Saturday, May 4, 2013

TBO Edisi Hari Mengundi Akan Muncul,TerusKan Bersama Kami Semasa Hari Mengundi..

TBO akan membuat siaran langsung terus menerus dan tembus menembus kepada anda pada hari mengundi yang berlangsung esok.Ini bermakna TBO akan melakukan kemas kini yang lebih kerap untuk menyalurkan berita berita terkini mengenai PRU 13.Ianya merupakan berita semasa yang sedang berlaku,kiraan undi,liputan ditempat pengundian dan keputusan pilihan raya bagi DUN Bota,Belanja dan juga Parlimen Parit.


Kami akan membuat liputan berupa berita ringkas,gambar gambar dari wartawan kami,berita berita panas yang terkini serta keputusan keputusan dari peti undi dari 16 tempat mengundi yang berada di DUN Bota.Kami akan cuba melakukan kemaskini untuk setiap setengah jam atau satu jam pada hari kebebasan esok dan akan berusaha memberikan berita berita yang terbaik untuk anda.


Diharapkan pembaca terus melayari TBO untuk mengetahui perkembangan politik semasa yang berlaku di Perak Tengah.TBO...Saluran Keme Untuk Mike Me..

Program Bersama Ustaz Zulkifly Ibrahim Calun DUN Bota N 39 Hari Ini..Jom Pergi..

8.00 am-Edar Risalah di Pasar lambor Kiri

9.00 am -Edar risalah di Pasar Sari Bota Kanan

10 am -Konvoi Pakatan Rakyat Berkumpul Di Petronas Seri Iskandar

4.00pm Santai Jentera di Durian Kudung

7.00 malam Solat Maghrib dan Zikir Munajat Di Bilik Gerakan Utama PKR Bota Kanan.

9.00 malam Ceramah Kemuncak Di Blik Gerakan Utama PKR/Markaz Pas Bota Kanan.

HIJRAH BOTA.....RAKYAT BANGKIT BOTA BERUBAH

Contoh Terbaik Mempolitikkan Masjid.Sejauh Mana Politik Dengan Agama Dapat Dipisahkan.


Solat jumaat di Masjid Telok Bakong semalam diserikan dengan kehadiran risalah risalah yang disalin (photocopy) dari Berita Harian bertarikh 9 hb April 2013 yang bertajuk Haram mengundi DAP, PAS dan PKR.Kedatangan jamaah untuk menunaikan sholat Jumaat agak terganggu dengan kehadiran risalah tersebut yang diletakkan dihadapan pintu masjid.Orang ramai agak kebingungan kerana setahu mereka kerajaan UMNO/BN sememang nya cuba memisahkan politik dan agama termasuk juga institusi agama.Namun dengan kehadiran risalah yang berbentuk fitnah ini membuatkan segala anggapan mereka meleset.


Namun begitu,apabila jurufoto TBO cuba mengambil gambar risalah tersebut ,JKK Masjid dengan segera menyimpan risalah tersebut.Mengapa?..Biarkan lah ianya disitu supaya rakyat boleh membuat kenilaian antara yang benar dan yang bathil.

Malam Xpresi Anak Muda Beramai ramai Libanglibu/Qiamat

Datang semua sahabat.akustik n rock version ada esok.Kami turunkan semua instrument termasuk drum elektronik khas untuk semua!!

Thursday, May 2, 2013

Senario Politik Umno Perak Tengah Kacau Bilau..Haru Biru

Berita ni ringkas jer,berdasarkan hasil siasatan dan cerita cerita penyokong umno sendiri.Dikhabarkan,kini Umno Parit sedang dilanda sindrom tidak percaya dan tidak berkenan kepada calun calun yang bertanding dikawasan mereka.Mereka ini tidak menunjukkan protest mereka secara terang terangan sebagaimana yang berlaku ditempat tempat lain.Curahan rasa ini cuma akan berlaku dikertas undi sebagaimana yang dilakukan pada tahun1969 dan 1999.Jadi jangan rasa terkejut apabila suatu keputusan yang mengejutkan berlaku di DUN Bota dan Parlimen Parit.

Didalam kawasan Bota,beberapa golongan telah bertindak memboikot calun calun UMNO yang bakal bertanding.Didalam DUN Bota,Dato Nasharuddin Hashim akan bertanding tiket DUN.Pencalunan beliau ini telah menimbulkan perasaan sangsi dan curiga kepada penyokong kuat UMNO disitu.Ini boleh dijelaskan dengan tindakan ahli umno sendiri yang telah mengedarkan beberapa risalah yang mengutuk tindakan Dato Nasharudin yang melompat tempoh hari.Risalah ini juga telah mempersoalkan kesetian Dato Nasha tersebut.

Katak Besooor....
Golongan golongan yang menentang keras pencalonan ini ialah dari golongan muda yang telah bergerak begitu aktif bagi pihak UMNO.Mereka beranggapan sewajarnya Barisan Nasional memberi peluang kepada golongan muda untuk menjadi calun DUN Bota kerana kawasan Bota ini terlalu mundur kebelakang.Jesteru itu daya kerja dan buah fikiran anak muda amat diperlukan untuk mengerakkan pembangunan Bota supaya berada dilandasan yang betul.

Sebenarnya dari sembang sembang kedai kopi,masyarakat setempat telah hilang kepercayaan kepada calun UMNO ini.Beliau cuma nampak muka sekali sekala di DUN Bota dan cuma akan hadir dimajlis majlis utama sahaja.Beliau tidak cuba mendampingi rakyat dengan serapat rapatnya.Tidak hairanlah apabila seorang Ketua Kampung Umno telah menyatakan kepada orang ramai di kedai kopi kopi,bahawa sekirannya BN mencalonkan  kembali,BN akan tewas di DUN Bota kerana ramai yang akan merasa kurang senang dan suka terhadap calun.

Saudara Ridzuan dan Kawan Kawan, Sekarang Banyak Membantu Kempen PR di Lambor Kiri


Untuk kawasan Parlimen pula,berlaku keadaan tidak puashati kepada calun iaitu Dato Zaim Abu Hasan yang bertanding di Parlimen Parit.Perpecahan berlaku dicawangan cawangan Umno di sebelah kiri Sungai Perak.Antara cawangan yang terlibat ialah Umno Cawangan Lambor Kiri.Ketidakpuasan ini telah mengakibatkan Ketua Pemuda Kampung tersebut telah bertindak keluar parti dan menyertai PAS bersama keluarga dan 50 orang ahli Umno dan rakan rakan nya.Diberitakan juga UMNO Cawanagan Telok Kepayang dan Kg Aji juga telah merancang melakukan boikot terhadap UMNO pada PRU ke 13 ini.Di sesetengah tempat,terdapat juga pemimpin utama UMNO tempatan telah mengarahkan agar pengikut pengikutnya tidak mengundi UMNO kerana beliau berasa kecewa kerana tidak dicalonkan setelah menunggu giliran untuk sekian lamanya.Calun yang ada sekarang dirasakan begitu sukar untuk melepaskan segala pegangannya.

13 Wawasan Ustaz Zulkifly Untuk Rakyat Bota Bahagian Kedua


6.Untuk Kampung Kita
Memastikan Setiap Kampung Mempunyai Pusat Membaca.
Mengadakan Semakan Bersama Laporan JKKK.
Meningkatkan Semua Aktiviti Kebersihan Dan Pengindahan Kampung.

7.Untuk Remaja Dan Belia Kita
Menubuhkan Kelab Kelab Remaja Dan DUN Bota.
Mengadakan Kawasan Padang Permainan Dan Rekreasi.
Menyalurkan Anak Anak Dun Bota Ke IPTA Dan Latihan Kemahiran.

8.Untuk Kemudahan Awam
Mewujudkan Insiatif Pengaduan Awam DUN Bota
Mewujudkan Pasukan Penilaian Dan Pengawasan Kemudahan Awam DUN Bota.

9.Untuk Mengatasi Gejala Sosial Masyarakat Kita
Mewujudkan Pasukan Pembenteras Gejala Sosial DUN Bota
a.Penagihan Dadah,Hidu Gam
b.Lumba Haram
c.Bersekedudukan
d.Judi Dan Arak
e.Ponteng Sekolah/Lepak.

10.Untuk Kesihatan Kita.
Meningkatkan Khidmat Kesihatan Untuk Warga Tua Dan Uzur Di Seluruh DUN Bota.
Menggiatkan Panel Perunding Kesihatan Komuniti DUN Bota.
11.Untuk Keselamatan Kita
Mewujudkan Pasukan Membasmi Jenayah DUN BOTA
Mengadakan Kerjasama Erat Antara Polis Dan Masyarakat Untuk Benteras Jenayah

12.Untuk Pentadbiran Kita
Memastikan Ketelusan Di Pejabat Daerah
Mewujudkan Badan Benteras Rasuah Masyarakat DUN Bota.

13.Untuk ICT Dan Internet Kita
Mewujudkan pusat pusat internet percuma untuk rakyat.
Mengadakan Ruangan Halaman Web/Forum Yang Mengabungkan Kesemua Elemen Elemen 13 Wawasan,(Kerajaan Siber) Supaya  Rakyat Dapat Maklumat Yang Tepat Dan Senang Dicapai.
Mengadakan Aktiviti Dan Program Menjadikan Rakyat Bota Mahir Dan Celik ICT

Wednesday, May 1, 2013

Politik Malaysia Ketinggalan 15 Tahun Kebelakang..Masih Perlu Ceramah,Tampal Poster,Bendera..Ubah Untuk Kematangan Politik.

Encik Ansor Dato' Rava'ai Peguam Jentera Kempen DUN Bota
Semalam telah berlangsung ceramah anjuran Pakatan Rakyat bertempat di Markas Bersama Pas dan PKR di Kg Padang Changkat. Antara penceramah yang turut memberikan ceramah mereka ialah Encik Mohd Ansor Dato Riba'ie seorang peguam dan juga Jentera Kempen Pilihanraya Dun Bota mewakili Calun Dun Bota Ustaz Zulkifly Ibrahim.Turut juga memberikan ceramah ialah Dr Ismail seorang Prof. Madya dari Universiti Tempatan dan juga seorang anak tempatan Lambor Kanan. Saudara Anuar Zakaria juga sempat berucap diawal majlis.Tuan Haji Nik Zaki, Pembantu Khas Dr Yaakob Sapari Exco Selangor dan Tuan Haji Joni,seorang aktivis politik terkenal tempatan.
Haji Nik Zaki

Anwar Zakaria Setiausaha PKR Perak
Dalam ceramahnya Encik Mohd Ansor telah mendedahkan pelbagai taktik dan tipu helah yang mungkin akan dilakukan oleh UMNO/BN bagi memenangi PRU 13. Antaranya ialah dengan pengunaan dakwat kekal yang didakwa oleh SPR akan tahan selama 3 hari tanpa pada.Pendedahan oleh blogger serta pemimpin PR telah menunjukkan dakwat tersebut mudah untuk dihilangkan.Ianya akan hilang apabila ianya dibasuh dengan air biasa.Kesan kesan dibawah kuku juga akan hilang sekiranya dibasuh dengan sabun atau alat peluntur yang lain.Dengan senangnya dakwat kekal ini dibasuh,akan memudahkan kewujudan pengundi hantu yang akan mengundi untuk kali kedua.




Pak Yeop,Nazri Dan Abang Jalil..Semua Adalah Penyokong Tegar PR..
SPR nampaknya telah bercelaru dalam memberikan pencerahan dalam perkara ini.Mereka juga telah melakukan ujian dan memdapati dakwat ini boleh dihilangkan dengan muda dalam sekelip mata.Ini berbeza dengan kenyataan SPR sebelum ini yang menegaskan bahawa dakwat ini akan kekal dalam tempoh 3 hari.Akhirnya SPR mengeluarkan kenyataan bahawa faktor faktor dakwat tersebut tidak kekal lama ialah ianya tidak digoncangkan sebelum diguna.SPR telah menyalahkan petugas pilihanraya kerana tidak mengoncangkan botol dakwat sebelum diguna.Perkara ini telah menunjukkan tahap SPR yang tidak professional dalam mempraktikkan satu satu peraturan atau pengunaan di dalam pilihanraya.(Sekiranya anda mengunakan penyembur racun serangga,sekira nya anda tidak mengoncang dahulu tabung racun,nyamuk yang anda sembur tidak akan mati...)

Dr Ismail Anak Watan Lambor Kanan yang Menjadi Kebanggaan Masyarakat
Dr Ismail didalam ceramahnya,banyak membuat perbandingan tentang cara cara kempen di negara Malaysia dan Negara negara lain terutamanya Amerika Syarikat dan Britain.Menurutnya didalam kempen pilihan raya Malaysia ,Dato Najib Razak telah mengunakan sebanyak lebih dari 60 Billion semenjak beliau memegang tampok pemerintahan.Berbanding dengan dengan pemimpin di Amerika Syarikat yang cuma mengunakan 15 billion sahaja untuk seluruh Amerika.Perbelanjaan Pilihanraya di Malaysia juga adalah diluar kawalan dari syarat syarat yang dikeluarkan oleh SPR.

(Petikan dari blog pro BN).Perbelanjaan Iklan Barisan Nasional RM73 Juta
  • Jikalau pada Februari 2013, Barisan Nasional telah membelanjakan sekitar RM40.7 untuk tujuan iklan Pilihanraya Umum ke 13 (KLIK SINI), terkini Barisan Nasional (BN) dan Pejabat Perdana Menteri sekurang-kurangnya telah berbelanja sebanyak RM73 juta bagi bulan Mac 2013 bagi kempen Pilihanraya Umum ke 13 kali ini
  • Pejabat Perdana Menteri berbelanja RM67.8 juta pada Mac 2013 (sumber Nielsen Malaysia Media Research)
  • BN berbelanja iklan sejumlah RM4.9 juta pada Mac 2013 (sumber Nielsen Malaysia Media Research)
  • Iklan Barisan Nasional ada di mana-mana sekarang di papan iklan terutamanya di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan, di Internet, saluran Media Prima, syarikat pembekal TV berbayar Astro, radio, Facebook, Twitter di mana kebanyakannya adalah iklan esklusif untuk Barisan Nasional sehingga berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13

Dr Ismail turut menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Britain.Disana orang tak sebok sebok pergi ceramah politik.Ceramah politik semasa kempen pilihanraya adalah begitu minimum.Begitu juga halnya dengan material kempen.Sukar untuk melihat deretan dan timbunan poster poster seperti yang berlaku di Malaysia.Ceramah,bendera parti dan poster adalah sangat kurang digunakan kerana rangkaian TV di Britain begitu toleransi dan demokrasi didalam hal hal pilihan raya. Setiap Parti Politik  akan diberi peluang untuk berkempen di dalam rangkaian TV pada setiap malam.Masa keudara akan diagihkan sama rata kepada setiap parti yang bertanding.Justeru itu para pengundi cuma perlu menonton TV untuk mendengar amanat dan manifesto dari parti parti ini.Beliau juga turut berharap sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menuju ke Putrajaya,perkara perkara ini akan diberi perhatian yang tinggi.

Haji Joni Bekas Ahli Umno Yang Sekarang Berjuang Dibawah Bendera PR..Syabas Tuan Haji..

Sebuah Pantun Dari Haji Joni

Putih Putih Bunga Melati
Merah Merah Buah Delima
Pakatan Rakyat Sangat Baik Hati
Apa Dibuat Semua Orang Suka

Tuesday, April 30, 2013

Video Rintihan Rakyat Yang Kecewa Terhadap BN Di Perak Tengah

Panass..Sambungan..Ketua Kampung Tidak Mahu Ustaz Terus Mengajar Di Masjid Selamanya.PR Akan Bela Islam Dan Ulamak (Bahagian Akhir)..


Salah Sebuah Masjid Di Pantai Timur..Tiada Kaitan Dengan Cerita
Ustaz itu mengambil masa setengah jam lebih untuk menerangkan penjelasan tentang isu Hasan Ali mewajibkan undi umno tersebut.Rata rata muslimah yang merupakan penyokong UMNO tersebut berpuas hati dan faham dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Ustaz bekenaan.Namun berita tersebut telah sampai kepada Ketua Kampung yang kebetulan berada di bilik gerakan BN yang berhampiran dengan masjid.
Ustaz Badrul Amin Dan Ustaz Zulkifly Ibrahim Dalam Suatu Majlis Agama (Gambar Hiasan)
 Ketua Kampong telah bergegas ke masjid dan telah membuat arahan supaya kuliah agama tersebut diberhentikan.Beliau memarahi  Ustaz dengan menyatakan beliau telah mengunakan masjid untuk berpolitik.Ketua Kampung dengan nada kasar telah memarahi Ustaz tersebut,sehingga menimbulkan perasaan kurang senang para hadirin.Sepatutnya Guru yang menabur ilmu kedada pelajar mustilah dihormati.Sekiranya ada sesuatu perkara yang kurang disenangi,maka wajarlah berbincang  secara peribadi dengan guru.Siapalah anda jika dibandingkan dengan Ustaz yang telah berusia 70an itu,Sejak dari muda beliau telah mendidik dan mengajar ilmu kepada seluruh masyarakat.


Menuntut Ilmu Tidak Kira Usia..Hormati Guru Guru..

Untuk meredakan keadaan Ustaz hanya menyuruh Ketua Kampung tersebut beredar kerana Ustaz ada pertalian saudara,pangkat adik dengan Ketua Kampung.Dengan tenang Ustaz menyatakan bahawa politik dan kehidupan tidak berpisah.Beliau berhujah berdasarkan apa yang terdapat dalam Al-Quran.Beliau terpaksa menerangkan kebenaran kerana beliau takut kepada balasan dan hukum Allah dan tidak mahu mengunakan ugama untuk kepentingan diri dan parti.Sebagai seorang Islam,setiap hambanya mustilah mengikut setiap perintah dan mejauhi larangan Allah.Islam mustilah dijadikan sebagai cara hidup bagi mendapat keredhaan Allah semata mata.Ustaz telah meminta supaya Ketua Kampung agar tidak takutkan hukum manusia tetapi akur kepada perintah Tuhan.
Ustaz Abu Bakar Husin YDP PAS (SRC 1983-1987) Ajaran Guru Menjadi Pedoman Hidup..Menentu Jalan Sepanjang Kehidupan..Terima Kasih

Mungkin kerana kebernasan jawapan Tuan Guru tersebut,telah menyebabkan Ketua Kampong berasa panas hati menyebab beliau memberi amaran dan ugutan kepada Tuan Guru bahawa beliau tidak lagi dibenarkan mengajar di Masjid berkenaan untuk selama lamanya.Tuan Guru membalas,semuanya didalam perancangan Allah,tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan izin Nya.Apabila timbul kebenaran,segala kebathilan akan lenyap.Insaflah sebelum terlambat,semakin fajar menyinsing..semakin hilang kegelapan malam.

Ketua Kampung masih tidak berpuashati.Pada malam harinya,Ketua Kampung telah meminta pendapat semua JKK Masjid yang rata ratanya penyokong UMNO.Hampir semua JKK Masjid telah bersetuju untuk singkirkan Ustaz dari masjid untuk selama lamanya.Cuma seorang JKK telah membantah keputusan tersebut kerana beliau merasakan Ustaz tersebut cuma mahu menyatakan kebenaran dan menyatakan hukum hukum Allah.

Menyaksikan peristiwa tersebut sesungguhnya telah memberi  hikmah dan kesedaran kepada kaum wanita yang menghadiri kuliah berkenaan.Rata rata telah mempersetujui dengan hujah hujah yang diberikan oleh Tuan Guru.Tindakan Ketua Kampung yang menghalau itu dirasakan adalah untuk melindungi kedudukan dan kepentingannya sahaja,dan bukannya kerana ingin menegakkan Islam.Berdasarkan kesedaran inilah,ada dikalangan muslimah berjanji  akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat didalam PRU 13 bagi menjamin kehidupan yang sejahtera dunia dan akhirat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat,nasib guru agama ini akan dibela.Pengakuan dari salah saorang ahli Jawatan Kuasa Masjid pula berjanji akan melakukan rombakan besar besaran terhadap organisasi masjid yang selama ini dimonopoli oleh ahli UMNO.Selepas 5 hb Mei,Sekiranya ditakdirkan rakyat memberi mandat kepada PR untuk memimpin negeri,Ustaz ini akan dibenar untuk mengajar dimana mana surau dan masjid,dengan tiada halangan.Calun PKR DUN Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim berjanji dan akan berusaha bersungguh sunguh mengalakkan aktiviti dan program yang berunsur keagamaan diadakan didalam DUN Bota.Peristiwa ini telah dimaklumkan kepada beliau.Beliau memandang serius dan akan melakukan tindakan tindakan yang sewajarnya untuk mengangkat kembali syiar Islam seandainya Pakatan Rakyat kembali mentadbir negari Perak .

Monday, April 29, 2013

Ketua Kampung Malukan Dan Halau Ustaz Yang Ajar Mengaji Keluar Dari Masjid (Bahagian Satu)



Peristiwa yang sedang panas diperkatakan di dalam sebuah kampong didalam DUN Bota.Dikhabarkan ada sebuah masjid menganjurkan kuliah agama di petang petang tertentu.Program kuliah agama ini dikhaskan untuk muslimah ini dijalankan oleh seorang Ustaz yang sememangnya sekian lama telah mengajar di dalam Masjid masjid di sekitar Perak Tengah.Ustaz tersebut merupakan seorang anak tempatan dan sangat dihormati oleh orang orang kampong kerana jasanya didalam pengembangan agama Islam.

Guru Teman..(SRC 1983-1987)Ustaz Abu Bakar Husin YDP PAS Perak..Teman Sanjung Ilmu Yang Beliau Telah Curahkan
Peristiwa bermula apabila terdapat soalan soalan yang dikemukakan oleh muslimah sepanjang kuliah berkenaan.Seorang orang kuat Umno telah bertanya kepada Ustaz bekenaan,"Apakah pandangan Ustaz tentang kenyataan Ustaz Hasan Ali yang menyatakan bahawa wajib mengundi UMNO/BN dalam PRU 13 ini?".Maka demi kebenaran dan keakuran terhadap perintah perintah Allah,Ustaz berkenaan telah memberi  penjelasan berdasarkan Al-Quran dan Hadith mengenai isu bekenaan.

Gambar Hiasan
Antara hujah hujah yang dikemukakan oleh Ustaz berkenaan ialah secara peribadi Hasan Ali bukanlah orang yang berkelayakan untuk memberikan hukum.Beliau tidak mendapat pendidikan agama yang secukupnya hingga membolehkan beliau mengeluarkan hukum.Beliau adalah seorang pakar motivasi dan mendapat Izajah didalam bidang Perancang Bandar dan Wilayah.Hasan Ali juga adalah seorang yang telah gagal dalam mengejar cita cita politiknya yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor.Berdasarkan hakikat inilah maka sebarang pendapat Hasan Ali dalam mengeluarkan hukum mustilah diteliti dahulu.
Ustaz berkenaan menjelaskan lagi,UMNO atau Barisan Nasional wajar ditolak dalam PRU 13 ini kerana Parti itu tidak memperjuangkan Islam secara bersungguh sungguh.Ini dapat dilihat setelah 56 tahun memerintah tetapi hukum hudud masih gagal diwujudkan.Banyak kenyataan pemimpin pemimpin UMNO yang mengecam dan memperlekehkan hukum Hudud.Sebaliknya untuk tujuan politik,UMNO telah mempersalahkan PAS kerana gagal melaksanakan hudud di Kelantan.Sebenarnya UMNO telah mengunakan isu hukum hudud untuk melaga lagakan parti parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya antara PAS dan DAP..

Pemerintahan dibawah UMNO adalah berdasarkan sistem Barat dan sekular  yang telah terpesong jauh dari landasan agama.Matlamat utama pemimpin Umno bukanlah menegakkan agama Islam tetapi sebaliknya banyak cenderung kepada kepentingan sendiri dan kroni sahaja.Umno hanya akan mengunakan ugama sekiranya ia memberi kelebihan kepada parti.Setiap dasar dan polisi tidak dapat mendekatkan masyarakat kepada Allah.Apa yang diberi pertimbangan adalah kemajuan dan pembangunan materialistik semata mata.

UMNO sebenarnya telah banyak melakukan penindasan terhadap Islam untuk kepentingan politik mereka termasuklah penahan ISA keatas tokoh tokoh Islam seperti Dr Buhanudin al-Helmi.Kekangan kekang kepada Sekolah Agama Rakyat juga banyak dilakukan di zaman Dr Mahadhir,kononnya SAR adalah tempat melahirkan ahli ahli parti pembangkang terutama nya PAS. Tulisan Jawi juga mahu dihapuskan di zaman Khir Johari sebagai Menteri Pendidikan.Lebih serius,pendidikan Agama Islam tidak dijadikan teras didalam sistem pendidikan negara.Ianya lebih menekan pendidikan untuk hidup sahaja .Ini menyebabkan rakyat semakin menjauhi agama akibat pimpinan yang tidak beratkan Islam dalam setiap dasar dan polisi.
Bersambung…

Linkwithin