Peristiwa yang sedang panas diperkatakan di dalam sebuah kampong didalam DUN Bota.Dikhabarkan ada sebuah masjid menganjurkan kuliah agama di petang petang tertentu.Program kuliah agama ini dikhaskan untuk muslimah ini dijalankan oleh seorang Ustaz yang sememangnya sekian lama telah mengajar di dalam Masjid masjid di sekitar Perak Tengah.Ustaz tersebut merupakan seorang anak tempatan dan sangat dihormati oleh orang orang kampong kerana jasanya didalam pengembangan agama Islam.
Guru Teman..(SRC 1983-1987)Ustaz Abu Bakar Husin YDP PAS Perak..Teman Sanjung Ilmu Yang Beliau Telah Curahkan |
Peristiwa bermula apabila terdapat soalan soalan yang
dikemukakan oleh muslimah sepanjang kuliah berkenaan.Seorang orang kuat Umno
telah bertanya kepada Ustaz bekenaan,"Apakah pandangan Ustaz tentang kenyataan
Ustaz Hasan Ali yang menyatakan bahawa wajib mengundi UMNO/BN dalam PRU 13
ini?".Maka demi kebenaran dan keakuran terhadap perintah perintah Allah,Ustaz
berkenaan telah memberi penjelasan berdasarkan
Al-Quran dan Hadith mengenai isu bekenaan.
Gambar Hiasan |
Ustaz berkenaan menjelaskan lagi,UMNO atau Barisan Nasional
wajar ditolak dalam PRU 13 ini kerana Parti itu tidak memperjuangkan Islam
secara bersungguh sungguh.Ini dapat dilihat setelah 56 tahun memerintah tetapi
hukum hudud masih gagal diwujudkan.Banyak kenyataan pemimpin pemimpin UMNO yang
mengecam dan memperlekehkan hukum Hudud.Sebaliknya untuk tujuan politik,UMNO
telah mempersalahkan PAS kerana gagal melaksanakan hudud di Kelantan.Sebenarnya
UMNO telah mengunakan isu hukum hudud untuk melaga lagakan parti parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya antara PAS dan DAP..
Pemerintahan dibawah UMNO adalah berdasarkan sistem Barat
dan sekular yang telah terpesong jauh
dari landasan agama.Matlamat utama pemimpin Umno bukanlah menegakkan agama
Islam tetapi sebaliknya banyak cenderung kepada kepentingan sendiri dan kroni
sahaja.Umno hanya akan mengunakan ugama sekiranya ia memberi kelebihan kepada
parti.Setiap dasar dan polisi tidak dapat mendekatkan masyarakat kepada
Allah.Apa yang diberi pertimbangan adalah kemajuan dan pembangunan
materialistik semata mata.
UMNO sebenarnya telah banyak melakukan penindasan terhadap
Islam untuk kepentingan politik mereka termasuklah penahan ISA keatas tokoh
tokoh Islam seperti Dr Buhanudin al-Helmi.Kekangan kekang kepada Sekolah Agama
Rakyat juga banyak dilakukan di zaman Dr Mahadhir,kononnya SAR adalah tempat
melahirkan ahli ahli parti pembangkang terutama nya PAS. Tulisan Jawi juga mahu
dihapuskan di zaman Khir Johari sebagai Menteri Pendidikan.Lebih
serius,pendidikan Agama Islam tidak dijadikan teras didalam sistem pendidikan
negara.Ianya lebih menekan pendidikan untuk hidup sahaja .Ini menyebabkan
rakyat semakin menjauhi agama akibat pimpinan yang tidak beratkan Islam dalam
setiap dasar dan polisi.
Bersambung…
2 comments:
Memberhentikan dan men"gam" ustaz2 memang kerja munafik dan munafikin umno di mana2 surau dan masjid di bawah kelolaan majlis2 agama islam negeri pemerintahan umno.Kalau ada kuliah agama, perhatikanlah. Yang duduk paling depan berhampiran penceramah dan kelihatan amat khusyuk siap dengan buku tulis dan pen itu ialah barua/spy umno. Kerjanya ialah mencatit apa2 ucapan ustaz yang menyentuh bab zalim, aqidah atau berita semasa untuk dihantar ke pejabat2 agama supaya diambil tindakan. bagi jamaah perempuan jenis munafikin umno boleh dicam kalau dia bawa tape rekorder untuk rakam apa yang diucapkan oleh ustaz yang mengajar.Pernah di sebuah masjid di Seremban ustaz yang mengajar agama setiap minggu diberhentikan serta merta sebab kata dia tak baca utusan atau berita harian.Bagi puak2 umno, dua2 surat khabar tersebut lebih mulia daripada al-quran.
itu lah yang hendak diterangkan disini..pihak umno sememangnya melakukan tekanan terhadap ustaz ustaz yang mengajar di masjid..tujuanya agar kebenaran tidak dapat disampaikan kepada muslimin dan muslimah.saya akan adukan perkara ini kepada Pakatan Rakyat agar Ustaz ini dibela dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya apabila PR memerintah Negeri Perak pada 6hb 2013..Insy Allah..semoga diperkenankan doa kita..
Post a Comment