|
Salah Sebuah Masjid Di Pantai Timur..Tiada Kaitan Dengan Cerita |
Ustaz itu mengambil masa setengah jam lebih untuk
menerangkan penjelasan tentang isu Hasan Ali mewajibkan undi umno tersebut.Rata
rata muslimah yang merupakan penyokong UMNO tersebut berpuas hati dan faham
dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Ustaz bekenaan.Namun berita
tersebut telah sampai kepada Ketua Kampung yang kebetulan berada di bilik
gerakan BN yang berhampiran dengan masjid.
|
Ustaz Badrul Amin Dan Ustaz Zulkifly Ibrahim Dalam Suatu Majlis Agama (Gambar Hiasan) |
Ketua Kampong telah bergegas ke masjid dan telah membuat
arahan supaya kuliah agama tersebut diberhentikan.Beliau memarahi
Ustaz dengan menyatakan beliau telah
mengunakan masjid untuk berpolitik.Ketua Kampung dengan nada kasar telah memarahi Ustaz tersebut,sehingga menimbulkan perasaan kurang senang para hadirin.Sepatutnya Guru yang menabur ilmu kedada pelajar mustilah dihormati.Sekiranya ada sesuatu perkara yang kurang disenangi,maka wajarlah berbincang secara peribadi dengan guru.Siapalah anda jika dibandingkan dengan Ustaz yang telah berusia 70an itu,Sejak dari muda beliau telah mendidik dan mengajar ilmu kepada seluruh masyarakat.
Menuntut Ilmu Tidak Kira Usia..Hormati Guru Guru.. |
|
|
Untuk meredakan keadaan Ustaz hanya menyuruh Ketua Kampung tersebut beredar kerana Ustaz ada pertalian saudara,pangkat adik dengan Ketua Kampung.Dengan tenang Ustaz menyatakan bahawa
politik dan kehidupan tidak berpisah.Beliau berhujah berdasarkan apa yang
terdapat dalam Al-Quran.Beliau terpaksa menerangkan kebenaran kerana beliau
takut kepada balasan dan hukum Allah dan tidak mahu mengunakan ugama untuk
kepentingan diri dan parti.Sebagai seorang Islam,setiap hambanya mustilah
mengikut setiap perintah dan mejauhi larangan Allah.Islam mustilah dijadikan
sebagai cara hidup bagi mendapat keredhaan Allah semata mata.Ustaz telah
meminta supaya Ketua Kampung agar tidak takutkan hukum manusia tetapi akur
kepada perintah Tuhan.
|
Ustaz Abu Bakar Husin YDP PAS (SRC 1983-1987) Ajaran Guru Menjadi Pedoman Hidup..Menentu Jalan Sepanjang Kehidupan..Terima Kasih |
|
Mungkin kerana kebernasan jawapan Tuan Guru tersebut,telah
menyebabkan Ketua Kampong berasa panas hati menyebab beliau memberi amaran dan
ugutan kepada Tuan Guru bahawa beliau tidak lagi dibenarkan mengajar di Masjid
berkenaan untuk selama lamanya.Tuan Guru membalas,semuanya didalam perancangan
Allah,tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan izin Nya.Apabila timbul
kebenaran,segala kebathilan akan lenyap.Insaflah sebelum terlambat,semakin
fajar menyinsing..semakin hilang kegelapan malam.
Ketua Kampung masih tidak berpuashati.Pada malam harinya,Ketua Kampung telah meminta pendapat semua JKK Masjid yang rata ratanya penyokong UMNO.Hampir semua JKK Masjid telah bersetuju untuk singkirkan Ustaz dari masjid untuk selama lamanya.Cuma seorang JKK telah membantah keputusan tersebut kerana beliau merasakan Ustaz tersebut cuma mahu menyatakan kebenaran dan menyatakan hukum hukum Allah.
Menyaksikan peristiwa tersebut sesungguhnya telah
memberi hikmah dan kesedaran kepada kaum
wanita yang menghadiri kuliah berkenaan.Rata rata telah mempersetujui dengan
hujah hujah yang diberikan oleh Tuan Guru.Tindakan Ketua Kampung yang menghalau
itu dirasakan adalah untuk melindungi kedudukan dan kepentingannya sahaja,dan
bukannya kerana ingin menegakkan Islam.Berdasarkan kesedaran inilah,ada
dikalangan muslimah berjanji akan memberi
undi kepada Pakatan Rakyat didalam PRU 13 bagi menjamin kehidupan yang
sejahtera dunia dan akhirat.
Bagi pihak Pakatan Rakyat,nasib guru agama ini akan
dibela.Pengakuan dari salah saorang ahli Jawatan Kuasa Masjid pula berjanji
akan melakukan rombakan besar besaran terhadap organisasi masjid yang selama
ini dimonopoli oleh ahli UMNO.Selepas 5 hb Mei,Sekiranya ditakdirkan rakyat
memberi mandat kepada PR untuk memimpin negeri,Ustaz ini akan dibenar untuk
mengajar dimana mana surau dan masjid,dengan tiada halangan.Calun PKR DUN
Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim berjanji dan akan berusaha bersungguh sunguh
mengalakkan
aktiviti dan program yang berunsur keagamaan diadakan didalam DUN
Bota.Peristiwa ini telah dimaklumkan kepada beliau.Beliau memandang serius dan akan melakukan tindakan tindakan yang sewajarnya untuk mengangkat kembali syiar Islam seandainya Pakatan Rakyat kembali mentadbir negari Perak .
No comments:
Post a Comment