Seruan dari kubur Changkat Melintang
" Wahai orang tua yang telah bongkok dan dekat ajalnya,
Apakah engkau telah bersiap - siap menghadapi alam kubur ?
Wahai pemuda gagah yang bergelumang maksiat dan berjuta cita- cita sia-sia ,
Apakah engkau telah bersiap - siap menghadapi malam pertama ?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah;
Ia mungkin malam pertama bagi malam - malam syurga ....
Atau mungkin menjadi malam - malam pertama daripada lubang - lubang neraka .
Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian .Tidak seorang pun akan tahu bilakah harinya. Ia akan hadir menjemput dengan penuh misteri. namun , ada sesuatu yang menakutkan, apakah yang akan terjadi setelah kematian ?
Lantaran itu , setiap insan perlu bersiap sedia dan husnul khatimah / mati dalam keadaan baik harus menjadi pilihan.untuk mengecapinya patuhi segala perintah ALLAH SWT dan jauhilah segala laranganNYA.
Alam kubur adalah alam yang mengerikan dan membuatkan penghuninya tidak sabar menanti hari pembalasan.Azab atau nikmat yang dirasai didalamnya adalah permulaan pembalasan dari allah swt Pemilik alam semesta.Bimbingan dan pedoman perlulah dicarigali kerana hiruk - pikuk dunia terkadang melalaikan.Iman yang selalunya pasang surut perlu pupukan terutama ketika ketakwaan kepada TUHAN ( ALLAH ) yang memberi nikmat semakin kita lupakan dibuai anganan yang tidak berkesudahan.
Aku berpesan kepada diri sendiri serta sahabat - sahabat ku sekelian bahawa dunia ini hanyalah mainan ..buktinya...kelmarin baru sahaja kita menyaksi dan mendengar perkhabaran bahawa salah seorang dari kita telah pergi selamanya telah meninggalkan dunia ini .
Meninggalkan segala yang dimiliki ...apa yang dibawa hanyalah iman dan takwa
BAGAIMANA KITA ?
Esok lusa mungkinkah kita? Apakah mustahil ?
P/s al fatihah buat rakan sebayaku YUSRI BIN ALANG PILIH ( Kingsway) yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.....sebulan sebelum beliau meninggal dunia aku sempat bertemu dan bergurau dengannya.Tetapi Allah Swt lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Mati tidak mengenal usia ....jom kita solat dan belajar agama sekaligus buang ego, rasa malu terhadap manusia kerana ALLAH SWT lebih patut kita malu.
Tidak malukah kita, nafas, makanan, minuman, ketenangan dan segalanya adalah milik ALLAH .Kenapa kita tidak pernah malu kepadaNYA...." kemudahan" itu kita guna sepuasnya, tapi untuk meletak dahi sujud kelantai menyembah TUHAN YANG MENCIPTAKAN SELURUH ALAM amat payah ...pernahkah kita terfikir?
Manodin / kamarul_baharin74@yahoo.com
Friday, May 9, 2008
Agenda Lawatan MB Perak ke Daerah Perak Tengah
Oleh KTB
10.00 pagi
Lawatan Kerja Ke Daerah Perak Tengah Dan Taklimat Pembagunan Daerah Di Pej Daerah Pk Tgh bertemu Ketua ketua Jabatan dan Kakitangan Kerajaan
1.00 ptg
Jamuan Bersama Rakyat di tapak berhampiran SIDEC Bandar Universiti(Bandar Teknologi)
Seri Iskandar(dengo citer deme 4 ekor koba akan nguling)
3.00 ptg
Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Gajah(kalau ada masa akan merasmikan Kilang Minyak Burung Unta di Telok Bakong)
9.00 malam
Ceramah Perdana Di Kampung Telok Kepayang Bota Kiri.Tapak ceramah sudah di siapkan tadi.
(cite org telok kepayang nak numbang 3 ekor koba)
Jadi semua rakyat jelata datanglah beramai ramai ke Majlis Pakatan Rakyat.
Insyallah kalau panjang umur KTB dan Msinc akan membuat liputan xlusip.Penaja tak ade tak ngape ler:)
Thursday, May 8, 2008
Ketua Kampung Perak:RM200 Elaun Hanya Yang Jujur Akan Kekal
Seramai 817 ketua kampung di Perak kini akan hanya menerima elaun bulanan RM200 daripada kerajaan negeri tanpa elaun tambhan RM400 sebulan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata dengan demikian, jawatan ketua kampung tidak lagi akan menjadi rebutan seperti sebelum ini disebabkan ganjarannya, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh mereka yang benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya ketua kampung yang baru juga tidak lagi akan dibenar melaksanakan sendiri pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing seperti sebelum ini. "Projek-projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah tertentu dan bukannya diserahkan kepada ketua kampung untuk melaksanakan dan menentukan kontraktor mana nak buat. Jadi, ketua kampung tidak mempunyai banyak projek untuk mereka melaksanakannya seperti sebelum ini.
"Itu sebab dulunya jawatan ketua kampung itu dicemburui, orang nak (jawatan) ketua kampung tapi di sini konsep ketua kampung itu adalah satu amanah, bukan banyak sangat ganjaran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Semasa Perak dikuasai Barisan Nasional sebelum ini, ketua kampung turut menerima elaun bulanan RM400 yang dibayar oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah selain elaun bulanan RM200 yang dibayar oleh kerajaan negeri.
Mohammad Nizar berkata mesyuarat exco hari ini turut membuat keputusan meminta Pejabat Tanah dan Galian Perak membekukan serta-merta pemberian geran hak milik kepada mana-mana individu atau syarikat yang memohon kawasan tanah yang telahpun diterokai oleh pihak lain sejak lama dulu.
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah kerajaan negeri mendapati terdapat unsur diskriminasi dan ketidakadilan dalam keputusan memberikan geran hak milik sedemikian oleh kerajaan sebelum ini.
"Bukan bermakna kita bersetuju dengan penerokaan (haram) tetapi sekurang-kurangnya kita akan mengkaji setiap kes itu satu per satu," katanya.

Alam Barzakh
Oleh KTB
Alam Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh. Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, brutal kah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dipelupohnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan,jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh,kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...
Apabila berlaku kematian siapa yang paling sedih?Yang meninggal ker atau yang ditinggalkan?Kalau kita jawab yang hidup sedih betul dan yang meninggal pun betui.Tapi soalan tadi sapa yang paling sedih!!Kalau dalam kubur salah jawab kena balun ler kita.Rasanya yang meninggal lagi sedih pasal yang hidup sebulan dua jer nganto sedekah doa tahlil lepas itu sebok ngejor hal dunia.Mak Ayah moyang serta kaum kerabat kita dan juga kaum muslimin/muslimat yang berada di Negeri Barzakh mengharapkan "money order"(dgn izin) atau bonus setiap hari dari kita dalam bentuk doa dan sedekah.Janganlah kita lupa ngerimnya setiap kali solat.Bukannya rugi malah untung berlipat kali ganda kita dapat dari Allah s.w.t.Jasa ibu bapa kita tidak akan terbalas hanya amalan kita yang mampu di hulurkan untuk mereka.Itu pun kalau Allah s.w.t memakbulkan doa kita,kalau tak.....Jadi hulurkan doa kita setiap hari tanda betapa kasih sayangnya kita pada ibu ayah.Moga bila kita "join the club "(dgn izin)Negeri Barzakh nanti Tuhan membuka hati anak anak kita pula ngerim doa dan sedekah.
Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...
MATI itu benar...
SYURGA - NERAKA Itu benar....dan..
Azab Kubur ...itu juga benarrrr.....
Benar Tetap Benar
Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita....
Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu dari Telok Bakong Online
AMIN YA RABBAL A'LAMIN
Tuesday, May 6, 2008
Syair Cak Kun Cak
Oleh Msinc
Negara sekarang heboh dengan isu kenaikan harga beras yang merupakan makanan ruji kebanyakkan rakyat Malaysia.Kesannya keatas ekonomi rakyat adalah membimbangkan.Apa yang pasti kesan keatas penduduk semestinya semakin perit,lantaran kenaikan harga minyak telah mendorong kepada kenaikan harga barangan lain.Dalam jangkamasa dua minggu kebelakangan ini harga minyak mentah dipasaran dunia di sekitar USD 117 sebarrel.Belum lagi selesai kita bergelut dengan harga minyak ini,harga beras pula telah meningkat.
Kenaikan harga beras ini,walaupun menjadi bebanan kepada rakyat,ianya dapat meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah.Sebelum kenaikan harga beras,setiap tan adalah bernilai RM710 termasuk subsidi.Maka selepas kenaikan,tentulah nilai per tan akan bertambah.Mungkin kita dapat mengambarkan senyuman pada pesawah-pesawah kita.Kenaikan harga beras ini dijangkakan dapat meninggikan lagi taraf hidup masyarakat kampong.Persoalannya,sejauh manakah masyarakat kampong terlibat disektor ini?
Di Kampung Telok Bakong, keseluruhan kawasan sawah padi adalah lebih kurang 200 ekar.Dari jumlah diatas 120 ekar diusahakan oleh “orang luar”(harap anda faham maksud “orang luar”tersebut )Manakala selebihnya dijalankan oleh petani tempatan.Orang luar ini telah mengambilalih tanah sawah kampong secara sewa sejak 20 tahun yang lalu didalangi oleh orang-orang tempatan sendiri.dalam usaha mereka mengekalkan tanah ini dari diambil oleh petani tempatan,mereka telah melakukan perbagai cara yang dianggap sebagai mengambil kesempatan dan mengianayai penduduk kampong.Sebagai contoh, dengan mengadakan perjanjian sewa tanah yang tidak dinyatakan dengan tepat tarikh tamat tempoh telah menghalang tanah tersebut dari diambilalih petani tempatan.Pernah juga berlaku kejadian dimana tuan pemilik tanah langsung tidak mengetahui tempoh sewa telah dilanjutkan.Sedar-sedar perjanjian telah ditandatangani.Siapa yang tandatangan perjanjian tidak diketahui.Mungkin hantu kot? Kadar sewa adalah tidak seragam,dengan kata lain,mana orang yang mereka boleh makan, akan diberi kadar sewa yang rendah.
Taktik terkini yang dilakukan oleh petani luar ini ialah menaikkan kadar sewa kepada RM 280 seekar. Sekiranya taktik ini berterusan, nescaya ramai orang kampong akan menyewakan bendang mereka kepada petani luar ini.Manakala bendang bendang yang selama ini diusahakan oleh petani tempatan ini akan jatuh ketangan petani luar ini.Akhirnya keseluruhan kawasan sawah akan dikuasai sepenuhnya.Lebih menyedihkan apabila mereka memonopoli,mereka akan menurunkan kembali sewa bendang.Itu taktik biasa mereka.Oleh itu hendaknya orang kampong berwaspada helah dan tipu muslihat mereka ini.
Setelah sekian lama kita dieksploitasi oleh mereka-mereka ini,diatas bumi kita sendiri,sanggupkah kita melihat orang luar ini berterusan menghisap madu dari tanah tumpah,ibu pertiwi kita,sepahnya diberi kepada kita?Apa nikmatnya yang telah kita perolehi dari kawasan sawah padi kita yang luas terbentang itu.Apa sumbangannya kepada pembangunan kampong?.Apa manfaatnya kepada generasi muda?.Dapatkah ibu-ibu kita menanggung sara hidup mereka semata-mata hasil dari sewa bendang?
Tidak dinafikan,segelintir petani tempatan telah membuka mata dan mula mengambilalih secara beransur-ansur tanah dari orang luar ini.Tetapi perkembangannya amat perlahan disebabkan oleh isu-isu teknikal seperti perjanjian dan tarikh tamat tempoh.Selain itu petani tempatan berhadapan dengan masalahan ketidakpercayaan tuan tanah terhadap keupayaan petani tempatan untuk mengusahakan tanah mereka.Mereka beranggapan petani tempatan bersikap tidak serius serta kurang pengetahuan.Sikap seperti ini sememangnya telah lama bersarang disanubari orang kita yang selalu saja tidak yakin kepada bangsa sendiri.Persoalannya,siapa yang boleh membangunkan bangsa kita?.Orang lain tidak akan menolong kita melainkan kita sendiri mengambil langkah membuka minda dan proaktif.Oleh itu berilah keyakinan dan sokongan moral kepada petani tempatan ini.Sehingga kini telah terdapat lebih dari 5 orang petani tempatan yang telah berjaya mengusahakan sawah di kampong.Syabas buat mereka dan teruskan usaha anda.
Apa manfaatnya sekiranya semua kawasan sawah dapat diusahakan oleh petani tempatan?.Ianya haruslah dinilai melalui sudut ekonomi dan sosial.Sekiranya petani tempatan yang mengusahakan sawah,sumbangan ekonomi yang paling besar yang dapat dijangkakan ialah resapan kebawah atau “trickle down effect”.Disebabkan adanya sektor penanaman padi yang dijalankan oleh petani tempatan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada belia-belia dikampong.Belia-belia seperti Rock Bendang, Gendut, Tuah (sekadar menyebut beberapa nama)akan lebih mudah mendapat pekerjaan.Bukan semua belia mampu untuk berhijrah kebandar-bandar besar untuk mendapatkan pekerjaan yang upahnya lebih lumayan.Pemuda-pemuda seperti Rock Bendang terpaksa menetap dikampong untuk membela nasib keluarga dan menjaga ayahnya yang uzur.Belia-belia ini lah merupakan harapan dan pembela orang kampong.Mereka-mereka ini lah yang bertungkus lumus mengali liang lahad sekiranya berlaku kematian dan menolong dalam setiap kenduri kendara.Tidak termasuk lagi menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan kejiranan.Jasa mereka ini harus kita hargai dan sanjung.Malah Tuah lah orangnya yang bertungkus lumus mengantung bendera PAS dan PKR disetiap penjuru kampong.Suatu sumbangan yang amat saya kenang.Jadi, kalau kome ada balik ke kampong,jumpe ngan Tuah ,belanje dia minum kedai Kulop..he..he..
Faedah selanjutnya,ianya akan membangunkan sektor sektor sampingan seperti gerai-gerai jualan makanan,kedai-kedai runcit,bengkel bengkel membaiki kenderaan, kerana setiap aktiviti penanaman padi ini akan mengunakan perkara yang disebut.Pekerja sawah akan membeli makanan dsb,keuntungan petani akan digunakan untuk membeli barangan keperluan dari kedai runcit di kampong.Sekiranya petani luar,dia semestinya membelanjakan keuntungan di kawasan asalnya.Jadi rantaian rantaian inilah yang akan memangkin pembangunan.Aktiviti ekonomi masyarakat kampong mestilah digerakkan,semakin laju ekonomi bergerak semakin membangunlah sesuatu masyarakat itu.Ini belum lagi diambil kira zakat tanaman dan sedekah yang diberi oleh petani tempatan ini kepada masyarakat kampong yang mana ianya akan digunakan untuk membantu masyarakat yang fakir.Tak mungkin petani luar tersebut akan bersedekah atau mengeluarkan zakat.
Oleh itu diseru kepada semua penduduk kampong supaya memberi sokongan kepada petani tempatan ini.Masyarakat haruslah mengubah sikap tidak percayakan orang sendiri.Beri sokongan kepada mereka.Manakala dari pihak kepimpinan yang ada sekarang hendaklah menjalankan kajian dan kaedah untuk membolehkan tanah-tanah bendang diambil kembali.Janganlah jadi seperti kepimpinan yang lalu,bukan sahaja tidak menghiraukan perkara ini malah sesetengahnya,bersengkongkol dengan petani luar demi kepentingan mereka sendiri.Ianya boleh dilakukan,negeri pun boleh di ambil,inikan pula tanah bendang.Bagaimana dengan masalah modal sekiranya pengambilalihan berjaya dilakukan?Mahukah individu selain dari kumpulan petani tempatan ini,melibatkan diri,Bagaimana caranya?.Kita akan mengunakan luang-luang ini untuk sama-sama memikirkan.Mungkin saya akan bincangkan di artikel mendatang. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.kalau hendak seribu daya,kalau tak nak seribu daleh.Hak masyarakat mesti dikembalikan.Kita bukan hendak merampas hak mereka.Kita cuma mahukan hak kita kembali.Kita tak kacau dan usik hak mereka, Cuma mahukan supaya hak hak kita tetap ditangan kita untuk membela nasib orang kita.Pulanglah ketempat asal mu…tempat asal mu..

Khalifah Yang Sempurna
Oleh Msinc
Matlamat kehidupan manusia dimukabumi adalah bertaqwa kepada Allah dan mencari keredhaan Nya.Inilah hakikat sebenar kehidupan yang sebentar ini yang wajib diperjuangkan oleh setiap insan disepanjang kehidupan.Hubungan dengan Allah dan manusia serta mahluk lain perlulah dijaga untuk menjaga dan mencapai status Khalifah Alam Maya,seperti yang telah dipertanggungjawabkan keatas kita.Ini bermakna hubungan dengan Tuhan pencipta alam hendaklah dijaga dan begitu juga hubungan dengan sesama manusia,makhluk lain dan juga alam sekitar.Setiap insan bertanggung jawab diakhirat keatas semua tindakan dan perlakuannya diatas muka bumi ini.
Oleh kerana sebagai sifatnya,semua manusia berperanan sebagai Khalifah maka,seharusnya setiap manusia itu mentadbir mukabumi secara adil,saksama,tidak menzalimi,bijaksana dan sebagainya,demi mengekalkan hubungan dengan Allah dan sesama makhluk ini tidak terjejas.Al-Quran dan Hadis perlu dijadikan pendoman dan matlamat hidup untuk menjadikan insan sebagai Khalifah yang sempurna.Didalamnya telah lengkap untuk dijadikan pendoman dan arah hidup yang merangkumi dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.Manusia yang menolak peraturan dan ketentuan dari Allah ini,adalah manusia yang tidak bersyukur dan adalah manusia yang engkar kepada penciptanya.Maka darjatnya sebagai Khalifah,tidak tercapai malah akan membawa kebinasaan kepada manusia dan makhluk-makhluk yang lain.
Hubungan dengan Allah adalah teras kepada peranan sebagai Khalifah.Hubungan ini perlulah diperlihara sebaik yang mungkin.Manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepada Nya serta mematuhi segala suruhan dan larangan nya.Disini pentingnya untuk menghapus dan membendung sifat sifat takbur,amarah,iri hati,tidak bersyukur kepada nikmat.kufur rahmat,ujub dan riak..ye ke KTB? Dan dimasukkan unsur-unsur rendah diri kepada Allah,sayang menyayangi sesama mahkluk,takut kepada yang Esa,menjauhkan diri dari dosa-dosa besar dan kecil,benci kepada kemungkaran dan kezaliman dan sebagainya.
Hubungan yang berikutnya,ialah hubungan sesama insan,makhluk dan alam semesta.Hubungan ini semestinya berlangsung dengan baik kerana kehidupan manusia di dunia adalah landasan untuk mencapai kebahagiaan diakhirat.Manusia tidak boleh berlaku zalim sesama sendiri,kepada binatang dan juga alam sekitar.Ini bererti,manusia tidak boleh melakukan kerosakan diatas mukabumi ini.Sebagai pemimpin,manusia haruslah menjalankan amanah Tuhan ini dengan sebaik yang mungkin berpandukan Kitab dan Sunnah.Sebarang penginayaan,kezaliman,ketidakadilan,kronisme,pentingkan diri dan keluarga,menipu, serta menafikan hak rakyat dan sebagainya,adalah perbuatan yang dapat merosakkan hubungan ini.Oleh itu taraf manusia yang sedemikian sifatnya dianggap gagal menjalankan tugasnya sebagai Khalifah.Maka natijah dari perbuatannya ini tentulah di neraka,seperti yang telah di janjikan oleh Allah.
Kepentingan menjaga kedua-dua jenis hubungan ini,adalah tidak lain ialah untuk bertaqwa dan mencari keredhaan pencipta alam semesta.Sebagai hamba dan mahkluk yang lemah dan hina,manusia berkewajipan untuk patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keesaan Nya.Demi mencapai kebahagiaan yang mutlak di dunia dan akhirat.

Monday, May 5, 2008
Amy Search,KTB dan Msinc amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz
Amy terharu dikunjungi Mursyidul Am
Intan Abdullah
Mon | May 05, 08 | 3:55:21 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk memperhalusi strategi bersama dalam rangka memperkembangkan kuasa politik ke peringkat nasional.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini beliau sedang menguruskan untuk mengadakan pertemuan antara kelima-lima negeri Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai agenda tersebut.
"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho, dekat sini, semalam.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
"Saya juga sedang dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai isi kandungan perbincangan tersebut," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.
"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.
Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.
"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.
"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.
Pada majlis yang sama, beliau telah menandatangani plak perasmian, serta menandatangani buku-buku terbaru karangan beliau yang turut dijual di kedai tersebut.
Pemilik kedai buku tersebut, Tajudin Senafi berkata beliau telah lama berhasrat menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan pembukaan cawangan baru kedai buku miliknya.
"Kemunculan cawangan ini merupakan yang ketiga di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dengan tujuan kami untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat di sini," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, penulis Hj Subky Latif serta ayahanda kepada bekas permaisuri Puan Seri Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman.
Menurut Tajudin, Puan Seri Aishah sememangnya meminati buku-buku karangan Ustaz Nik Aziz sehingga tidak melepaskan peluang mendapatkannya setiap kali terdapat karya terbaru.
Orang ramai berpusu-pusu memenuhi kedai buku tersebut sejam lebih awal yang kemudian semakin sesak semasa sesi tandatangan buku dijalankan di kedai tersebut.
Masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Ustaz Nik Abdul Aziz sambil mendapatkan tandatangan beliau.
Majlis turut diserikan dengan persembahan bacaan salawat oleh anak-anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ummah yang berusia tujuh hingga 14 tahun.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Abdul Aziz serta penyampaian cenderamata kenangan daripada pihak penganjur.
(Editor nak nambah sket)
Di ketahui ramai rockers menyokong Pakatan Rakyat.Walaupun rocker namun itu hanya sekadar hiburan,realiti kehidupan tetap seperti insan yang lain memerlukan keadilan dan perlindungan dari pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat jelata.Kami rockers akan berjuang untuk menarik golongan muda menyokong Pakatan Rakyat!!
Himpunan Rakyat Di Bota Perak Tengah!!!!
Pada perhimpunan rakyat yang akan berlangsung di Kampung Kepayang Bota Kiri pada 26hb Mei 2008 nanti.Badan Amal{NGO} akan mengedarkan borang - borang keahlian Pakatan Rakyat iaitu Pas dan Keadilan kepada mereka yang berminat.Oleh itu di seru kepada semua belia dan warga Kg.Telok Bakong menganggotai badan tersebut dengan tujuan berbakti kepada masyarakat.Ianya adalah atas dasar ikhlas dansukarela.Tiada upah dan elaun diberikan.Dapat juge nampong dose dose kita kome.Sebarang pertanyaan lanjut boleh di ajukan di kaunter penyerahan borang.
Kemungkinan besar MB Perak Dato Seri Ir . Mohamad Nizar akan turut hadir.Dengo kabo deme nak numbang 4 ekor koba.Jikalau tiada aral melintang MB akan merasmikan kilang minyak burung unta di Kg.Telok Bakong.Namun kita mampu merancang hanya tuhan menentukan.Oleh itu semua rakyat Perak Tengah dan kawasan sekitar di jemput turut sama menyertai Jamuan Rakyat ini.
Detik Bersejarah Di Dewan Orang Ramai Kg. Teluk Bakong
Pada 3hb Mei 2008 buat julung kalinya Pas Teluk Bakong telah menggunakan DOR Kg Telok Bakong untuk mengadakan majlis penerangan isu semasa oleh En. Rafaei merangkap pengerusi masjid kampung yang baru.Menurut beliau perancangan untuk membaiki struktur organisasi dan fungsi masjid agar lebih efesien sedang dirangka.
Jawatankuasa masjid kelak akan di lantik dikalangan tokoh Pakatan Rakyat di samping tidak mengetepikan calon yang berkelayakan dari UMNO.Terdapat pro dan kontra dalam isu ini.Namun kita di Pakatan Rakyat tidak harus mengikut Umno yang mana ketika berkuasa tidak memberi peluang kepada tokoh - tokoh agama di kampung yang di rasakan berkelayakan untuk menduduki kerusi jawatankuasa masjid hanya kerana berbeza mazhab politik.
Suasana ketika mesyuarat berlangsung dalam keadaan santai.Malah kunci Dewan Orang Ramai diserahkan sendiri oleh mantan tok sidang sendiri En. Halim kepada Cikgu Rafaei.Sama -samalah kita menggunakan dewan orang ramai kerana ianya DEWAN ORANG RAMAI!!
Ikutilah rakaman sedutan ucapan oleh Cikgu Rafaei orang kuat Pas ni sejak dari KTB,Msinc,Nagabersembor di alam rumaja lagi hehehe hanya di saluran TVTB saluran keme untuk kome!!!Xklusip utk kome semua.Takbir,Reformasi,Hidup Telok Bakong di bawah Pakatan Rakyat!!
Pengumunan: Saluran TVTB udah berpindah ke
http://www.youtube.com/telokbakong
Subscribe to:
Posts (Atom)