Tuesday, May 6, 2008

Khalifah Yang Sempurna

Oleh Msinc
Matlamat kehidupan manusia dimukabumi adalah bertaqwa kepada Allah dan mencari keredhaan Nya.Inilah hakikat sebenar kehidupan yang sebentar ini yang wajib diperjuangkan oleh setiap insan disepanjang kehidupan.Hubungan dengan Allah dan manusia serta mahluk lain perlulah dijaga untuk menjaga dan mencapai status Khalifah Alam Maya,seperti yang telah dipertanggungjawabkan keatas kita.Ini bermakna hubungan dengan Tuhan pencipta alam hendaklah dijaga dan begitu juga hubungan dengan sesama manusia,makhluk lain dan juga alam sekitar.Setiap insan bertanggung jawab diakhirat keatas semua tindakan dan perlakuannya diatas muka bumi ini.

Oleh kerana sebagai sifatnya,semua manusia berperanan sebagai Khalifah maka,seharusnya setiap manusia itu mentadbir mukabumi secara adil,saksama,tidak menzalimi,bijaksana dan sebagainya,demi mengekalkan hubungan dengan Allah dan sesama makhluk ini tidak terjejas.Al-Quran dan Hadis perlu dijadikan pendoman dan matlamat hidup untuk menjadikan insan sebagai Khalifah yang sempurna.Didalamnya telah lengkap untuk dijadikan pendoman dan arah hidup yang merangkumi dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.Manusia yang menolak peraturan dan ketentuan dari Allah ini,adalah manusia yang tidak bersyukur dan adalah manusia yang engkar kepada penciptanya.Maka darjatnya sebagai Khalifah,tidak tercapai malah akan membawa kebinasaan kepada manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Hubungan dengan Allah adalah teras kepada peranan sebagai Khalifah.Hubungan ini perlulah diperlihara sebaik yang mungkin.Manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepada Nya serta mematuhi segala suruhan dan larangan nya.Disini pentingnya untuk menghapus dan membendung sifat sifat takbur,amarah,iri hati,tidak bersyukur kepada nikmat.kufur rahmat,ujub dan riak..ye ke KTB? Dan dimasukkan unsur-unsur rendah diri kepada Allah,sayang menyayangi sesama mahkluk,takut kepada yang Esa,menjauhkan diri dari dosa-dosa besar dan kecil,benci kepada kemungkaran dan kezaliman dan sebagainya.

Hubungan yang berikutnya,ialah hubungan sesama insan,makhluk dan alam semesta.Hubungan ini semestinya berlangsung dengan baik kerana kehidupan manusia di dunia adalah landasan untuk mencapai kebahagiaan diakhirat.Manusia tidak boleh berlaku zalim sesama sendiri,kepada binatang dan juga alam sekitar.Ini bererti,manusia tidak boleh melakukan kerosakan diatas mukabumi ini.Sebagai pemimpin,manusia haruslah menjalankan amanah Tuhan ini dengan sebaik yang mungkin berpandukan Kitab dan Sunnah.Sebarang penginayaan,kezaliman,ketidakadilan,kronisme,pentingkan diri dan keluarga,menipu, serta menafikan hak rakyat dan sebagainya,adalah perbuatan yang dapat merosakkan hubungan ini.Oleh itu taraf manusia yang sedemikian sifatnya dianggap gagal menjalankan tugasnya sebagai Khalifah.Maka natijah dari perbuatannya ini tentulah di neraka,seperti yang telah di janjikan oleh Allah.

Kepentingan menjaga kedua-dua jenis hubungan ini,adalah tidak lain ialah untuk bertaqwa dan mencari keredhaan pencipta alam semesta.Sebagai hamba dan mahkluk yang lemah dan hina,manusia berkewajipan untuk patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keesaan Nya.Demi mencapai kebahagiaan yang mutlak di dunia dan akhirat.

No comments:

Linkwithin