Friday, June 26, 2015

Terima Kasih Atas Ingatan Dan Teguran Dari Kalian

Kenyataan Media.

TERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN INGATAN

Saya dan kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa PAS dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini.

Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk samada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Hj Mohamad Sabu
09 Ramadan 1436H
26hb Jun 2015‎

13 comments:

Unknown said...

Sungguh kudus hati mu wahai saudara ku abang Mat Sabu walau pun kamu dan yang lain lain tersingkir dek kerana "CHAI".

Kini kelihatan puak puak yang menang melalui "CHAI" itu kelehatan sudah meroyan. Kalau yang meroyan itu para ahli akar umbi lain cerita nya. Ini yang meroyan itu merupakan "TOP GUN".
Mengapa anda semua perlu meroyan? Sepatut nya anda semua bergembira saperti a/l "SNEAK" setelah dapat menyingkirkan mereka yang pernah membuat jasa kepada parti.

Selain dari pada "MEROYAN" kini terdedah pula kisah silam si Mokhtar Senik sehingga ada report polis di buat pada tahun 2006.

Buat saudara Mat Sabu and the geng terus kan lah hasrat kamu. Kami sedia menunggu tarikh yang boleh di katakan keramat itu.

Anonymous said...

Abg mat . Kami sentiasa bersama mu

Anonymous said...

Kami menunggu G18 dgn parti baru.
sudah jelek kami luhat aoa yg afa dlm PAS yg ada.
penuh dgn ularrrr

Unknown said...

Pas kan kuat,Yang Dr Harun Din susah hati sangat tu kenapa?. Biarkanlah kumpulan Mat Sabu nak buat parti baru. lagi pun pas bukan nak menang pilihanraya. Setahu sayalah mat sabu ni berjuang dalam pas sepenuh masa, dia tak ada kerja lain dari dulu hinggalah sekarang.Ceramah tak berhenti henti, keluar masuk penjara perkara biasa. Kau orang singkir dia cara yang hina dan kotor. Baginikah sikap saorang Islam

Anonymous said...

Dah kalah tu sudahlah abg Mat oii. Kalau org dah suka jgn meroyan. Rilekla. Atau pecen pun ok juga. Kadang-kadang kita rasa kita bagus sangat tapi orang lain menilai kita sebaliknya. So terimalah seadanya. Cita rasa kita atau sesuatu kumpulan tak semestinya sama dengan orang atau kumpulan lainya. Malu orang tengok kalau kita sedaya upaya cuba nak paksa orang lain supaya sokong kita. Belajarlah untuk reti redho dengan seadanya.

Anonymous said...

Wahai org politik semua cuba-cuba la belajar cari makan dgn cara lain pula. Jgn asyik terikat dgn politik semata-mata sebagai suber mencari rezeki. Bila sampai masa kita ni dah tak laku lagi, beralihlah kebidang lain pula. Rezeki dimana-mana. Bukan apa takut bila kita tetap nak memaksa diri utk cari rezeki dgn politik, kita akan terlibat pula dgn kerja-kerja yg tak sihat dan tambah memecah belahkan bangsa kita. Secara tak langsung pula akan merosakkan serta memecah belahkan ikatan persaudaraan sesama org islam kita.

Anonymous said...

ye abg mat sabu. teruskan lah. jangan ragu2. kami menunggu parti baru. you will get my vote. tinggalkan saja parti kolot pas tu. jangan toleh belakang lagi. teruskan.

Anonymous said...

Teruskan Abang Mat tubuh part Bary yang punya Ulama yng berpegang pada ajaran Islam.Sekarang pun aku dah tak sanggup nak dengar Ustaz sampul dan Ularmak yang suka memaki dan menyokong mungkar memberi khutbah dan ceramah.Kita perlukan wadah baru.Biar ustaz sampul ini lemas dengan labu-labunya.Rakyat sedang menunggu Parti Baru dengan bersandarkan Ulamak yang Bijak dan Ikhlas.

Cikgu hisham said...

Syabas n tahniah...jawapan terbaik daripada abg mat..usah dibalas dgn sindiran, kecaman dan cacian....tunjukkan bahawa Islam ini indah.

Abd razak said...

org muda tengok lama dan mendalam.mengapa benci sangat kamu kat pas dan ulama' nya.jangan dibenci melampau mungkin ia baik utkmu.jangan di puji golongan yg satu melampau mingnkin topeng sidajal menghasut.

Anonymous said...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti

lagu tu laa said...

apa2 pun teruskanlah hasrat tu jangan bertangguh lagi,biar ada pengomen yang berbau UG/GU/PROULAMA nak komen dan kata pun itu hak pengomen yang hati dia sakit tu.harap pru14 akan ada nama2 calon dari G18 diseluruh negara.bang mat dan 17 yang lain tu dah tahu sepak terajang dalam politik.terus maju kehadapan hingga tertubuh partai baru. anda semua tak akan 'tengelam'yakinlah!

Asrul Sani said...

Bincanglah secara mendalam...geng G18 semuanya golongan cerdik pandai, berpengalaman luas dan matang. Apa saja keputusan Bang Mat kami akan ikut. Hasrat kami adalah melihat kewujudan suatu parti baru berteraskan Islam yang lebih terbuka dan mementingkan kemuliaan akhlak.

Linkwithin