Monday, June 2, 2014

Dimana Silapnya? Bahagian I



           Dari pendengaran dan gosip gosip dari orang Telok Intan sendiri dan juga dari pemerhatian semasa politik tanahair tanpa adanya suatu kajian yang saintifik dan teperinti didapati antara sebab sebab utama ialah kerana peperatusan kadar mengundi yang rendah.Kenapa kadar ini menurun dengan begitu drastik jika dibandingkan dengan PRU 13?.Ianya banyak berhubungkait dengan keengganan pengundi untuk mengundi.


           Seperti yang kita ketahui bahawa ramai penduduk Telok Intan berhijrah ke bandar bandar besar untuk bekerja.Penghijrahan yang berlaku sejak dari tahun 70an ini,telah berterusan sehingga kini.Ramai pengundi telah berhijrah ke Kuala Lumpur,Johor Baharu dan Singapura.Mereka mereka ini adalah penyumbang utama undi untuk DAP.Ini adalah kerana kemudahan maklumat dan keadaan bandar telah banyak menyedarkan mereka kepada kepincangan kepincangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.Namun mungkin kerana cuti yang singkat serta kos untuk balik adalah tinggi,maka golongan ini tidak turun mengundi kerana mereka menjangkkan DAP akan menang mudah seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang.Jangkaan mereka ini melest kerana ada lagi faktor yang menyumbang kepada kekalahan ini.


         Antara faktor keengganan untuk mengundi oleh penduduk tempatan sendiri adalah kerana kempen kempen Umno yang memainkan isu isu hudud dan hak keistimewaan bumiputra telah berkesan keatas orang orang Melayu yang dahulunya menyokong Pakatan Rakyat.Ini ditambah lagi dengan kenyataan Dyana mengenai Hudud.Walaupun beliau telah menerangkan dengan lebih jelas tentang kenyataan nya yang terdahulu,namun ianya tidak dapat memuaskan dan menyakinkan kepada pengundi pengundi Islam,menyebabkan mereka mengambil langkah berkecuali dengan tidak mengundi.Pada mereka,pemikiran Dyana agak terlalu liberal.Begitu juga kenyataan Dyana mengenai penghapusan hak keistimewaan orang Melayu telah juga menjadi faktor prnyumbang.(kemungkinan kenyataan Dyana telah berjaya di putarbelit oleh UMNO).Adalah diandaikan sekiranya Dyana dapat menguruskan isu Hudud dan Bumiputera ini dengan baik dan kemas,keputusan PRU ini akan memihak kepada Pakatan Rakyat...bersambung..

Sunday, June 1, 2014

Siapa Yang Menang?


Pendapat dan komen komen rakyat


-Tahniah org Telok Intan...dapat universiti baru le pasni..huhuhhu

-Laju le intetnet lps ni

-alhamdulillah.. ada hghway nanti senang nak pegi kolumpo.

-Elok le dpt universiti. Sbb mlm ni kite dh tahu tahap kecodikan org teluk intan had mana.. X pun, bykan tadika le dulu..

-Senang le kite ,boleh hantar anak2 dan cucu ke University of Teluk Anson,ya ..

Tak ngape pr kalah prk ni ade hikmahnye.??? bior rakyat menilaikan kemajuan janji2 kerajaan umno bn masa 
berkempen tu.tertunai @ sebaliknye???Sebab yg penting IAlah masa PRU 14 nanti......

-BIARLAH ORANG MELAYU KITA HENDAK HIDUP SUSAH,MEREKA TAK NAK PERUBAHAN,ORANG MELAYU KITA NAKKAN GST NAK SEMUANYA NAIK..JADILAH HAMBA UMNO SEUMUR HIDUP...JANGAN MEREKA KESALKAN SELEPAS INI JIKA 1 HARI NANTI MEREKA MAKAN UBI KAYU DENGAN SAYUR KANGKUNG...SUSAH NAK DIDIK ORANG KITA NI.

Linkwithin