Saturday, March 28, 2009

Telok Bakong Kini:Ayahanda Cham Midi kembali ke rahmatullah

Sms dari Msinc tadi memberi perkhabaran tentang pemergian ayahanda tercinta Cham Midi@Cham Rock Bendang pagi tadi.Setelah sekian lama mengidap penyakit penat akhirnya Allah lebih menyayangi allahyarham.

Marilah kita mendoakan agar roh arwah dilimpahi rahmat dari Tuhan Yang Esa.Sama2lah kita menyedekah Al- Fatihah keatas roh beliau.Bua sahabat kita Cham serta keluarga semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Friday, March 27, 2009

Pengundi Bukit Gantang:Jangan memalu-malu mangkah PAS!!

Perhimpunan Agung Umno seperti biasa meneruskan tradisi makian dan cacian.Yang bergusti deme,yang dicaci Pakatan Rakyat.Sasaran utama ialah Anwar dan Nizar dua watak yang sehingga kini masih gagal di perkosa mereka acapkali.Masih terus mengulangi kesilapan yang sama.Setiap kali serangan bertali arus di semburkan kesannya sebalik.Rakyat makin getik dan murka dan menjauhkan diri dari bayangan umNO.

Ketika meraikan kemenangan beliau Zahid Hamidi mengatakan akan merampas semula Bukit Gantang yang dipinjamkan kepada PAS.Udan rase nak nguling dengonye.Susah juga bagi pijam kan orang skang ni kome.Kena pilihanraya kalah barulah dinamakan pinjam.Codek bebenor Naib Presiden umNO ni tak boleh celen.Mana nak letak muka kalau kalah nanti,awal-awal lagi dah takbur.Ingat pemilihan umNO yang penuh rasuah tu ker.Kome rakyat Bukit Gantang buat malu jer kalau kalah dengan umNO.Kasi malu sikit kat Najib dan Zahid.Mantap konn padahal inilah barisan yang kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Ijak ker kome pengundi Bukit Gantang malu dengan pengundi dua tempat yang Pakatan Rakyat aibkan BN.

Usah le kome sengeh2 kat kedai kopi udah rasa menang PR di Bukit Gantang bila Nizar jadi calon.Seenornye lagi sengit kerana pasti gerombolan haprak ini akan sedaya upaya untuk menang nak jaga dan bodek Presiden baru deme tu.
Bior le Bukit Gantang menjadi igauan ngeri deme.

Aku malas nak komen semasa pemilihan umNO tu berlansung berbanding blog lain pasal apa kena mengena dengan kita Pakatan Rakyat.Kita ada misi yang lebih penting..

Sejarah Haprak umNO tidak melupakan kita

DENGAN NAMA ALLAH SAYA TERPANGGIL UNTUK MENJAWAB SEGALA CERCAAN BN TERHADAP MB NIZAR MB PERAK YG SAH DARI SEGI UNDANG2. TIDAK TAHU KEPADA SIAPA HENDAK DILUAHKAN BARULAH SAYA TERINGAT BLOG ANDA. 25 TAHUN YG LEPAS BAPA METUA SAYA BERSAMA2 PENYOKONG PAS SELEPAS SOLAT JUMAAT DIMASJID UBUDIAH TELAH MEMBAWA SEPANDUK MEMPERJUANGKAN NASIB SULTAN AZLAN SELEPAS MANTAN PM KITA CUBA UNTUK MENIDAKKAN NAIKNYA SULTAN PERAK TERSEBUT.

BERBAGAI USHA DILAKUKAN. BUKAN SAHAJA PERAK MALAH TEMPIASNYA KENA JUGA PADA NEGERI JOHOR. KETIKA ITU PASLAH BERJUANG HABIS-HABISAN MEMPERTAHANKAN RAJA KITA. TIDAK NAMPAKPUN KELIBAT UMNO DALAM MEMPERJUANGKANNYA. BILA TRAGEDI 6 FEBRUARI BERULANG UNGKAPAN INI YANG KELUAR DARI BAPA MERTUA SAYA " SIA-SIA SAHAJA AKU BERJUANG DAHULU UNTUK SULTAN". BUKALAH LIPATAN SEJARAH.

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN. BILA MB PERAK YB NIZAR MEMOHON AMPUN TERPAKSA MEMBUAT SUMPAH DERHAKA MEDIA TERUTAMA MEDIA YG BERLIDAHKAN BN MEMUTARBELITKAN KENYATAAN INI. MEREKA TERLUPA KETIKA MAC 2008 BNLAH YANG TELAH MENGGANTUNG SEPANDUK MENGHINA SULTAN TRENGGANU MERANGKAP YANG DIPERTUAN AGONG. SESUNGGUHNYA MELAYU UMNO MUDAH LUPA...ISLAM TIDAK MUDAH LUPA.INGATLAH FIRMAN ALLAH TAALA DI DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT KE 103 YANG BERMAKSUD KAMU ADALAH SEBAIK2 UMMAH DITURUNKAN KEPADA MANUSIA,KAMU MENYERU MELAKUKAN KEBAIKAN KAMU MELARANG MELAKUKAN KEJAHATAN, KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH...

Ahzizul Anuar

Wednesday, March 25, 2009

Che Det akan perturunkan ilmu tahan lama kepada Najib



kelulut@telokbakong.com

28.03.09


Najib Razak semakin hampir menuju kepuncak kepuasan .Tetapi nikmat kepuasan itu belum lagi teruji.Pasangan Najib untuk ' berpacar ' masih belum diijab kabulkan.

Antara Ibni Yasin atau Ibni Taib yang menjadi pilihan ' rombongan ' melayu umno bersatu .

Ketika merasmikan perhimpunan agung tiga sayap utama parti Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC melaungkan umno akan berubah.

Rakyat akan memantau apakah perubahan yang beliau maksudkan. Apakah berubah semakin agresif terhadap pembangkang? Jika sebelum ini Pak Lah dilihat sedikit berlembut maka beliau tidak bertahan lama .Malah dikatakan punca kemerosotan prestasi BN .

Belum pun duduk dikerusi empuk perdana menteri, nun diutara malaysia polis sudah bertindak kasar terhadap penyokong PR.Arahan siapa ? kenapa secara tiba - tiba bertindak keterlaluan.

Jika era reformasi 1997 - 1998 setiap perhimpunan rakyat pasti bermandi asap , darah malah provokasi dari pihak tertentu menjadi - jadi. Akibatnya himpunan rakyat dapat dipatahkan dari masa kesemasa .

Dan sedia dimaklumi bahawa perdana menteri ketika itu adalah Tun Che Det. Sepanjang pentadbiran beliau yang melebihi 20 tahun peristiwa tangkapan malah terdapat juga kes - kes kematian .

Sebagai contoh kes Memali yang sehingga kini masih belum selesai..


Ketika krisis pertembungan Che Det dan Pak Lah memuncak . Najib diakui oleh Dr Mahathir calon yang paling layak menduduki tahta kerajaan .

Kini Najib hanya selangkah melangkah sebagai PM. Sudah pasti orang harapan che Det ini akan mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagaimana mahu mengekalkan kuasa agar tahan lama .

Jangan lupa Mahathir juga adalah seorang strategist dimana idea politiknya sukar ditelah .Apakah Najib juga akan sepintar beliau sama - sama kita perhatikan .


www.telokbakong.com.


www.telokbakong.blogspot.com

Kerusi DUN Bukit Lanjan akan dikosongkan, selepas PRK 2 Bukit 1 Batang ?


kelulut@telokbakong.com

25.03.09




Pada jumaat lepas setelah selesai solat penulis bertemu dengan seorang kenalan.Dia antara individu yang rapat dan merupakan sebagai orang penting di Parlimen Bandar Tun Razak .

Kami bekerja di bangunan yang sama ,tetapi sejak beliau diamanah untuk membantu YB Tan Sri Khalid Ibrahim kami jarang bersua.

Pada pertemuan tersebut penulis bertanya tentang YB Eli apakah akan diterima perletakan jawatannya sebagai ADUN ?.

Beliau menjawab ; " akan letak jawatan , lagi pun itu kawasan kita "( Pakatan) ujar beliau sambil tersenyum .

Penulis menjangkakan Eli akan tetap ' bersara' awal memandangkan kes gambar separa bogel tempohari adalh terlalu berat . Lagi PKR sekarang ini semakin dilanda kemelut dalaman termasuk kes Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang .


PKR sebelum ini digambarkan sebagai parti yang telus.Maka pasti PKR mahu menunjukkan contoh yang terbaik.Pada hemat penulis mereka sedang menjalani ujian kemahiran pentadbiran .

Jika PKR gagal bertindak secara wajar pastinya kreadibiliti pimpinan akan terjejas.


Berbalik kepada kes Adun Bukit Lanjan , keputusan penuh samada ada dikosongkan atau tidak adalah bergantung kepada prestasi PR di Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai.


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Tuesday, March 24, 2009

BN Terengganu Derhaka, Tukar Nama Jambatan Sultan Mahmud?

Kuala Terengganu – Kerajaan UMNO/BN Terengganu telah menukar nama Jambatan Sultan Mahmud kepada ‘Jambatan Bandaraya KT’

Perkara tersebut telah menjadi sebaran umum apabila satu ‘hand-bill’ yang mengwar-warkan program Larian Jambatan yang telah diadakan pada 21 Mac baru-baru ini.

Buletinonline mendapat salinan ‘hand-bill’ tersebut di hantar melalui e-mel oleh seorang Blogawan (blogger) hari ini.

Dalam ‘hand-bill’ yang menyatakan maklumat tentang program larian tersebut, jambatan Sultan Mahmud yang diberi nama sempena al-Marhum ayahanda Sultan Mizan Zainal Abidin telah diubah menjadi ‘Jambatan Bandaraya KT’.

Blogawan tersebut mempersoalkan adakah kerajaan BN Terengganu tidak serik-serik atau paling tidak belajar daripada insiden derhaka terdahulu.

Katanya UMNO/BN Terengganu pernah mengungkapkan perkataan “Kami Nak Deris, Natang!!” dalam krisis pelantikan Menteri Besar pada Mac, 2008.

Beliau turut menyoal, kenapa nama Jambatan Sultan Mahmud pula ditukar kepada Jambatan Bandaraya? Tidakkah ianya bakal mengguris DYMM Sultan Mizan kali kedua?

Biodata Calon PAS Bukit Gantang

kelulut@telokbakong.com

24.03.09



YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin
Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.(aku KTB smti brash 91/92 hehe bangganya aku satu sek ngan MB)
University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.
Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant
Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)
Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO
Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic
State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008
Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”
Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
- Children : 5 boys, 3 girls

Calon UMNO - BN Bukit Gantang


Ismail Saffian
Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang dengan 30 undi.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.

Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Suara Nizar , Suara Keramat !


Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang.

Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.

Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina.

Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.

Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.

Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.

Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang 'ustaz' yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!

Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!

Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak 'buluh betung' yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?

Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan 'cerita' dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!

Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!

Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.

Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang 'body guard' keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…

Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.

Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik 'tocang' dengan ternobatnya suami menjadi MB.. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi 'kaduk naik junjung.'

Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.

Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.

Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.

Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.

Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.

Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.

Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…!

Nizar calon PAS PRK Bukit Gantang


YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diumumkan oleh Presiden PAS sebagai calon PRK Bukit Gantang sebentar tadi. Pengumuman itu disambut dengan taklbir dan tepukan gemuruh dari lebih 30,000 orang penyokong yang hadir dalam Majlis pengistiharan calon yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya Sebentar tadi.

“Saya ucapkan penghargaan kepada YB. Presiden PAS dan PAS yang telah mencalonkan saya , InsyaAllah saya akan meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Allahyarham Hj. Roslan Sharum” demikian antara ucapan DS. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas diumumkan sebagai calon PRK nizarcalon2Bukit Gantang

11.15 malam oleh Cina Islam

Monday, March 23, 2009

Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin menangi 3 kerusi PRK


kelulut@telokbakong.com

23.03.09

Setelah gagal mendapatkan perkenan Sultan agar membubarkan DUN Perak Pakatan di'anugerahkan' pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang. Ketika mood rakyat perak dikatakan menyebelahi Pakatan harus diingat sikap terlalu yakin boleh membawa padah .

Para pemimpin dan penyokong jangan mudah membuat andaian hanya berdasarkan jumlah kehadiran pada sesi ceramah semata - mata . Kebiasaanya mereka yang hadir ceramah adalah dikalangan penyokong tegar . Dimana mereka akan bergerak disetiap lokasi diadakan ceramah umum .

Tetapi faktor semasa akan menjadi faktor penarik kepada golongan atas pagar. Jika mereka hadir dan mendapat maklumat secara langsung maka itu adalah bonus bagi Pakatan Rakyat.

PRK parlimen Bukit Gantang pada kali ini adalah medan ujian moral bagi PAS - UMNO.Mahu atau tidak tindakan Istana sebelum ini dalam mencorakkan politik perak akan mempengaruhi pola pengundian.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pihak istana pun akan mendapat hembusan ' angin sepoi - sepoi ' yang bertiup dari arah Bukit Gantang .


"Kita gunakan kaedah 3M, iaitu menerang, mendamping dan menawan,"

Demikian dijelaskan oleh Pengarah Operasi Jentera Pilihan raya PAS Parlimen Bukit Gantang, yang juga Pengerusi Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Perak, Asmuni Awi dalam sidang media di Markaz PAS Negeri di Air Kuning, Taiping semalam.


Masalah besar Pas adalah untuk mendapat undi golongan wanita .Hampir disetiap pilihanraya golongan ini adalah terlalu sedikit memangkah Pas. Dan jika usaha digandakan , mesra terhadap mereka pasti sokongan golongan Hawa akan terlihat.

Pengundi dari golongan muda perlu kepada pendekatan kreatif. ceramah yang berapi - api bukan cara terbaik.

Jika benar dakwaan pimpinan Pakatan yang tidak serius ketika berhadapan kaum bukan melayu amat dibimbangi. Kuala Trengganu pernah merekodkan ada segelintir penceramah yang berapi - api tetapi gagal meresap kedalam pemikiran pendengar.

Sekali lagi diingatkan faktor calon di KT tidak sama di Bukit Gantang.


Kekuatan jentera yang maksima amat diperlukan , Perak bloggers@network akan sentiasa memberi kerjasama . Mereka akan bergerak bersama bloggers yang lain membantu Pakatan Rakyat dari pelbagai kaedah.

Harapan ini harus digalas bersama orang politik pula jangan memandang enteng sumbangan para bloggers .Sikap terlalu yakin dengan kekuatan sendiri akan membuahkan penyesalan .

Selain Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai juga akan berlangsung .

Tetapi tumpuan utama adalah Negeri yang terdapat dua Menteri Besar iaitu Perak Darul Ridzuan.

Pas perlu mengantikan umno ,bukan bersama buat masa ini .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

SERPIHAN ”TUGU DEMOKRASI” BERJAYA DILELONG SEHINGGA RM41,000


Serpihan batu marmar plak “Tugu Demokrasi” yang dibina di bawah ”Pokok Demokrasi” oleh Pakatan Rakyat sempena memperingati Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, yang telah dipecahkan oleh pihak tidak bertanggung jawab tempohari telah berjaya dilelong pada hari Ahad, semalam.

Namun apa yang menakjubkan, nilai lelongan telah berjaya mencecah setinggi RM41,000 hanya untuk lima ketul serpihan marmar, dimana harga bidaan adalah dari serendah RM500. Demikian sebagaimana telah dinyatakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapan beliau di majlis `Taklimat Khas & Dialog Serta Pelancaran Tabung Kebajikan Anak-Anak Perak Di Perantauan Sempena PRK Bukit Gantang’ di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar petang semalam.

Menurut beliau, selain dipecahkan, pecahan plak besar yang tinggal sudah tidak dapat dimanfaatkan lagi akibat telah disimbah dengan minyak tar.

Ada enam serpihan plak yang telah dijadikan sebagai cenderahati, namun hanya lima untuk dilelong, satu serpihan lagi disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.

Difahamkan, hasil kutipan daripada lelongan itu akan digunakan bagi membina tugu yang lebih besar dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Wang selebihnya akan dimasukkan ke dalam tabung peguam PR yang kini menjalankan kes-kes yang sedang diperjuangkan oleh pihak PR dalam menuntut keadilan di mahkamah.

Sunday, March 22, 2009

PRK KITA BUKAN MAHU MENANG.....KITA MAHU MENANG BESAR


Bengkel Kepimpinan Umno telah mengusulkan kemungkinan kakitangan awam dibenarkan berpolitik.Diketahui umum golongan gred A dilarang terlibat dalam kancah politik.Adakah ini langkah bijak dari Umno setelah sokongan dari rakyat semakin merundum.Mengikut tinjauan kumpulan sokongan kakitangan awam ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.Dari buruh semuanya semakin membenci Umno.

Langkah ini bakal memakan diri.Sama ada di laksanakan atau tidak tidak memberi faedah kepada Keajaan BN.Percayalah larangan tersebut selama ini hanya membuatkan golongan profesional kerajaan di halang dalam proses menyuburkan demokrasi.Hasilnya undian mereka majoritinya berpihak ke Pakatan Rakyat.

Dijangkakan 6 juta pengundi baru akan mengundi pada PRU 13.Majoritinya adalah golongan muda yang pasti akal pemikiran mereka sudah terdedah dengan kelaku sumbang mambang pemerintahan BN selama ini.Kadar peratusan mereka yang membaca media alternatif hampir mencecah 90%.Inilah rakyat yang menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding pada PRU 13 kelak.

Strategi seharusnya sudah di gerakkan oleh Pakatan Rakyat,Bloggers2 PR dan penyokong PR untuk menarik golongan ini.Setiap orang ada peranannya.Jangan kita mendabik dada kitalah juara dalam Pakatan Rakyat.Usaha kitalah yang menjamin kemmenangan mutlak kelak.Penyokong PAS ada caranya,Pro Keadilan ada acunya begitu jua DAP ada tekniknya.Matlamat sama hasrat sama cuma perlaksanaannya mungin sedikit berbeza.Jangan jadikan itu suatu masalah sesama kita.

Kita bukan sekuat mana lagi,PRU 12 kita telah dibantu oleh undi dari ahli Umno sendiri dalam kemenangan beberapa negeri.Yang kita sanggah adalah golongan atasan yang mabuk kuasa.Yang perlu kita tarik adalah rakyat dan ahli umno biasa yang menjadi jumlah pengundi terbanyak.Maka pendekatan harus sesuai dengan situasi tertentu dalam mengerakkan jentera PR.Mat Rempit ada menyuarakan keinginan mereka bersama jentera PR dalam berkempen.Namun ia di pandang sinis oleh segelintir penyokong PAS.Inilah satu contoh kegagalan penyokong PAS memahami hasrat pucuk pimpinan PAS sendiri.Sama2lah kita berubah untuk kebaikan bersama.

Tunjukkan kepada rakyat komitmen kita.Tanpa rakyat siapalah Pakatan Rakyat.Buat saudaraku dari Umno kami sedia menyambut kehadiranmu ke dalam Pakatan Rakyat.Tanyakan didalam hatimu mengapakah situasi politik semakin kacau didalam Umno.Kerana ahli sendiri pun ditipu hidup - hidup oleh pemimpin atasan Umno dan BN.Sama-sama kita membantu PR di Bukit Gantang,Bukt Selambau dan Batang Ai.Jangan terpedaya khabar angin kita sudah menang....Bila tengok berita TV3 suku kena faham terbalik.Baru betul berita songsang tu.

KITA BUKAN MAHU MENANG,KITA MAHU MENANG BESAR

Linkwithin