Wednesday, March 25, 2009

Che Det akan perturunkan ilmu tahan lama kepada Najib



kelulut@telokbakong.com

28.03.09


Najib Razak semakin hampir menuju kepuncak kepuasan .Tetapi nikmat kepuasan itu belum lagi teruji.Pasangan Najib untuk ' berpacar ' masih belum diijab kabulkan.

Antara Ibni Yasin atau Ibni Taib yang menjadi pilihan ' rombongan ' melayu umno bersatu .

Ketika merasmikan perhimpunan agung tiga sayap utama parti Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC melaungkan umno akan berubah.

Rakyat akan memantau apakah perubahan yang beliau maksudkan. Apakah berubah semakin agresif terhadap pembangkang? Jika sebelum ini Pak Lah dilihat sedikit berlembut maka beliau tidak bertahan lama .Malah dikatakan punca kemerosotan prestasi BN .

Belum pun duduk dikerusi empuk perdana menteri, nun diutara malaysia polis sudah bertindak kasar terhadap penyokong PR.Arahan siapa ? kenapa secara tiba - tiba bertindak keterlaluan.

Jika era reformasi 1997 - 1998 setiap perhimpunan rakyat pasti bermandi asap , darah malah provokasi dari pihak tertentu menjadi - jadi. Akibatnya himpunan rakyat dapat dipatahkan dari masa kesemasa .

Dan sedia dimaklumi bahawa perdana menteri ketika itu adalah Tun Che Det. Sepanjang pentadbiran beliau yang melebihi 20 tahun peristiwa tangkapan malah terdapat juga kes - kes kematian .

Sebagai contoh kes Memali yang sehingga kini masih belum selesai..


Ketika krisis pertembungan Che Det dan Pak Lah memuncak . Najib diakui oleh Dr Mahathir calon yang paling layak menduduki tahta kerajaan .

Kini Najib hanya selangkah melangkah sebagai PM. Sudah pasti orang harapan che Det ini akan mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagaimana mahu mengekalkan kuasa agar tahan lama .

Jangan lupa Mahathir juga adalah seorang strategist dimana idea politiknya sukar ditelah .Apakah Najib juga akan sepintar beliau sama - sama kita perhatikan .


www.telokbakong.com.


www.telokbakong.blogspot.com

1 comment:

Bila Diary Bercerita said...

Agaknya Tun teringin masuk balik UMNO dan yakin anaknya akan menang jadi Ketua Pemuda.

Linkwithin