Monday, March 23, 2009
Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin menangi 3 kerusi PRK
kelulut@telokbakong.com
23.03.09
Setelah gagal mendapatkan perkenan Sultan agar membubarkan DUN Perak Pakatan di'anugerahkan' pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang. Ketika mood rakyat perak dikatakan menyebelahi Pakatan harus diingat sikap terlalu yakin boleh membawa padah .
Para pemimpin dan penyokong jangan mudah membuat andaian hanya berdasarkan jumlah kehadiran pada sesi ceramah semata - mata . Kebiasaanya mereka yang hadir ceramah adalah dikalangan penyokong tegar . Dimana mereka akan bergerak disetiap lokasi diadakan ceramah umum .
Tetapi faktor semasa akan menjadi faktor penarik kepada golongan atas pagar. Jika mereka hadir dan mendapat maklumat secara langsung maka itu adalah bonus bagi Pakatan Rakyat.
PRK parlimen Bukit Gantang pada kali ini adalah medan ujian moral bagi PAS - UMNO.Mahu atau tidak tindakan Istana sebelum ini dalam mencorakkan politik perak akan mempengaruhi pola pengundian.
Tidak keterlaluan jika dikatakan pihak istana pun akan mendapat hembusan ' angin sepoi - sepoi ' yang bertiup dari arah Bukit Gantang .
"Kita gunakan kaedah 3M, iaitu menerang, mendamping dan menawan,"
Demikian dijelaskan oleh Pengarah Operasi Jentera Pilihan raya PAS Parlimen Bukit Gantang, yang juga Pengerusi Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Perak, Asmuni Awi dalam sidang media di Markaz PAS Negeri di Air Kuning, Taiping semalam.
Masalah besar Pas adalah untuk mendapat undi golongan wanita .Hampir disetiap pilihanraya golongan ini adalah terlalu sedikit memangkah Pas. Dan jika usaha digandakan , mesra terhadap mereka pasti sokongan golongan Hawa akan terlihat.
Pengundi dari golongan muda perlu kepada pendekatan kreatif. ceramah yang berapi - api bukan cara terbaik.
Jika benar dakwaan pimpinan Pakatan yang tidak serius ketika berhadapan kaum bukan melayu amat dibimbangi. Kuala Trengganu pernah merekodkan ada segelintir penceramah yang berapi - api tetapi gagal meresap kedalam pemikiran pendengar.
Sekali lagi diingatkan faktor calon di KT tidak sama di Bukit Gantang.
Kekuatan jentera yang maksima amat diperlukan , Perak bloggers@network akan sentiasa memberi kerjasama . Mereka akan bergerak bersama bloggers yang lain membantu Pakatan Rakyat dari pelbagai kaedah.
Harapan ini harus digalas bersama orang politik pula jangan memandang enteng sumbangan para bloggers .Sikap terlalu yakin dengan kekuatan sendiri akan membuahkan penyesalan .
Selain Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai juga akan berlangsung .
Tetapi tumpuan utama adalah Negeri yang terdapat dua Menteri Besar iaitu Perak Darul Ridzuan.
Pas perlu mengantikan umno ,bukan bersama buat masa ini .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Menang atau kalah kena terima hakikat nanti dan perancangan ahli parti manakan sama dengan perancangan Allah swt.
Apapun, selamat berkempen untuk parti bulan dibukit gantang.
Post a Comment