Kuala Terengganu – Kerajaan UMNO/BN Terengganu telah menukar nama Jambatan Sultan Mahmud kepada ‘Jambatan Bandaraya KT’
Perkara tersebut telah menjadi sebaran umum apabila satu ‘hand-bill’ yang mengwar-warkan program Larian Jambatan yang telah diadakan pada 21 Mac baru-baru ini.
Buletinonline mendapat salinan ‘hand-bill’ tersebut di hantar melalui e-mel oleh seorang Blogawan (blogger) hari ini.
Dalam ‘hand-bill’ yang menyatakan maklumat tentang program larian tersebut, jambatan Sultan Mahmud yang diberi nama sempena al-Marhum ayahanda Sultan Mizan Zainal Abidin telah diubah menjadi ‘Jambatan Bandaraya KT’.
Blogawan tersebut mempersoalkan adakah kerajaan BN Terengganu tidak serik-serik atau paling tidak belajar daripada insiden derhaka terdahulu.
Katanya UMNO/BN Terengganu pernah mengungkapkan perkataan “Kami Nak Deris, Natang!!” dalam krisis pelantikan Menteri Besar pada Mac, 2008.
Beliau turut menyoal, kenapa nama Jambatan Sultan Mahmud pula ditukar kepada Jambatan Bandaraya? Tidakkah ianya bakal mengguris DYMM Sultan Mizan kali kedua?
1 comment:
Sebenarnya ramai yang tidak faham komuniti dan corak pemikiran orang Terengganu.
Post a Comment