Friday, April 25, 2008
Hijau Bumi Tuhan
Oleh Msinc
Ate,.bila je aku bukak tlk bakong online,dalam ruangan chat,.padang koba selalu je jadi sebutan dan idaman,kalu "Mat Chemor", selalu je nak pegi padang koba.Sebenonye padang koba ni menjadi sentimental value bagi kite semua,kat situ le kite main bola,main perang,berkelah,mandi tebin dsb.Sebab lain ialah ianya tempat terindah di t.bakong..ye tak?.Tapi ponah ke kome memikiokan jika 4,5 kali raya lagi..kome mungkin tak dapat tengok padang koba lagi???.Itu hanya kemungkinan..aku tak berani nak cakap sebab apa.Kome le kena selidik ape sebabnye..saja je nak suruh kome perah minda sikit..walaubagaimana pun padang koba tetap hak kite semua.Hak warga T.Bakong,tak ada sape sape yg boleh rampas dari kite.Kite akan pertahankan padang koba.Hidup padang koba!..dan koba-kobanye.Takbir
Coretan Kenangan Nagabersembor
Padang koba telok bakong ni kirenya bnyk jugak peristiwa yg hebat dan bersejarah berlaku di sini..
Masa dulu nak pergi ke padang koba pun kena lalu titi kecik yg dibuat dari batang kayu..menyeberangi sungai mati kat belakang mesjid dulu....lepas itu pulak buat gotak (jambatan) kat tepi bagunan tadika tu...kete boleh le masuk..selalu nye kete moris minor baba kasim le selalu gi padang koba..
skrg nak pergi padang koba dah senang dan jalan pun dah di tarkan lori pun boleh masuk..
padang koba juga tempat utk mengeratkan tali perhubungan antara penduduk kg...ada yg berkebun situ , ternak binatang dll...
Paling best masa ada sukan ayo kat padang koba dah 2 kali buat kat situ..memang seronok ..dari situ penduduk kg keluar beramai-ramai menyertai aktiviti sukan ayor yg bermaca-macam ragamnye. ini dpt mengeratkan lagi silaturahim hbgn antara penduduk kg..
satu lagi kat padang koba ini juge le terpilihanya lokasi penggambaran drama aksi purba termahal di malaysia iaitu "Kota Setia" .hampir semua penduduk telok bakong menjadi pelakon tambahan..memang berbakat juge org2 telok bakong...
satu lagi ade juge peristiwe seram kat padang koba satu ketika dulu..iaitu cerita antu pocong keluor dari ayo sg perak..kecoh juge le masa tu...sampai masuk majalah mastika...
apa2 pun padang koba tetap menggamit kenangan indah yg menyimpan bnyk kenangan dulu... akhir kata "sayangilah padang koba kite"
nagabersembor
Thursday, April 24, 2008
Pemuafakatan Demi Ketuanan Melayu!!
Ketuanan Melayu adalah satu isu yang paling lawak diutarakan oleh pemimpin Bee End.Ia dicanangkan sesudah berakhirnya PRU 12.Tak perlu dilayan isu sebegini oleh Pakatan Rakyat.Sudah lupakah Umno suatu ketika dulu ketika Tuan Guru Nik Aziz mengajak diadakan musyawarah,dipandang sepi oleh pemimpin Umno.Kenapa?Ketika itu Umno bongkak dengan kekuasaan majoriti yang mereka dapat dari rakyat.Bila rakyat sudah matang berpolitik,sokongan dari hari ke hari merundum dan kekuasaan beransur hilang dari genggaman baru nak membicarakan ketuanan melayu.
Wahai orang - orang melayu yang masih bermazhabkan Umno , masa belum terlambat untuk bertaubat.Tanggapan tahyul diminda yang menjadi akidah kalian bahawasanya hanya Umno mampu menjaga survival orang melayu adalah karut.Media BN menghentam kerajaan Pakatan Rakyat,tidakkah terfikir yang mereka hentam adalah rakyat Perak ,Kedah,P.Pinang,Selangor ,Wilayah Persekutuan dan Kelantan.Bodohkah rakyat dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat!Isu melayu berpecah menyebabkan isu ketuanan melayu nyemboi(muncul).Melayu berpecahkah?Ya..Melayu Umno yang berpecah.Adakah masalah Umno berpecah masalah kita?Bukan?Kalau udah bukan buat apa bermuafakat!!
Kalau katakan Pas,Keadilan dan Umno bermuafakat demi ketuanan melayu apa langkah seterusnya.Bersatu dalam satu parti?Ini lagi lawak tahap gabannya.Sejarah Pas dulu jadikan iktibar.Tak tahu selak balik sejarah dolu-dolu.Ate itu tak kena ini tak kene apa ke yang ndaknye.Macamana nak nyelesaikan masalah melayu(Umno) berpecah ni.
Begitu mudah jalan penyelesainya.Bebudak pun tahu.BN sudah tak relevan.Karut marut.Masalah dalam Umno semakin rumit,berebutkan jawatan dan beraneka lagi yang kalian pun tahu.Orang melayu hanya boleh bersatu di bawah Pakatan Rakyat.Berhijrahlah dan kami semua akan menerima dengan hati terbuka semua ahli Umno,Gerakan,MIC,MCA dan lain lain.Ada 3 Pilihan.Pas,Keadilan dan DAP.Pilih yang mana anda suka tiada paksaan.Bersatu kita ke arah Masyarakat Madani.Masyarakat Madani pun tak tahu,tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim :).
Tuesday, April 22, 2008
Setiap Selasa adalah Hari Bertemu Pelanggan - MB Perak
Semua rakyat jelata Perak boleh ke Banguan Suk Perak di Ipoh untuk mengadu masalah secara terus kepada barisan exco kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
Senarai Portfolio Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak:
MENTERI BESAR PERAK
YAB Dato' Seri Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
(PAS : Pasir Panjang)
E-Mel : nizarmb@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Kewangan
Pembangunan Ekonomi
Tanah
Hasil Bumi dan Sumber Asli
Keselamatan
Pembangunan Luar Bandar
EXCO KANAN
YB Dato' Ngeh Koo Ham
(DAP : Sitiawan)
E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tenaga dan Air
Hal Ehwal Bukan Islam
EXCO
YB Nga Kor Ming
(DAP : Pantai Remis)
E-Mel : ngakorming@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pendidikan
Kerajaan Tempatan
Perumahan
Pengangkutan Awam
EXCO
YB A. Sivanesan A/L Achalingam
(DAP : Sungkai)
E-Mel : asivanesan@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Kesihatan
Alam Sekitar dan Suumber Manusia
EXCO
YB Seah Leong Peng
(DAP : Pasir Bedamar)
E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Kebudayaan, Belia dan Sukan
EXCO
YB Chen Fook Chye
(DAP : Keranji)
chenfookchye@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Perpaduan dan Integrasi Nasional
Hal Ehwal Pengguna
EXCO
YB Su Keong Siong
(DAP : Pasir Pinji)
sukeongsiong@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi
EXCO
YB Jamaluddin bin Mohd Radzi
(PKR : Behrang)
E-Mel : jamaluddinradzi@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pertanian
Perdagangan
EXCO
YB Tai Sing Ng
(PKR : Kuala Sepetang)
E-Mel : taisingng@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Industri
Penerangan
EXCO
YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu
(PKR : Changkat Jering)
E-Mel : mohdosman@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Pelancongan
Pembangunan Insan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
EXCO
YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof
(PAS : Lubuk Merbau)
E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my
Pengerusi Jawatankuasa:
Agama
Pendidikan Islam
Wanita dan Kebajikan
Monday, April 21, 2008
Blog Vs Media Arus Perdana?
Melihat dari temuramah dalam Rancangan TV1 mengenai blog rasa pengacara tu mcm berdebat bukan menemuramah Datuk Kadir Jasin.Soalan kebebasan antara media perdana dan blog dijawab bijak.Datuk Kadir Jasin menjawab media perdana tidak bebas,memesongkan berita.Namun di blog juga tidak bebas kerana akan disaman jika ada unsur fitnah.Pengacara tersebut hanya memikirkan blog dari sudut politik sahaja.Soalan belum habis dijawab sudah di potong oleh pengacara yang menonjol sangat pro Umno.Soalan bodoh dan provokasi.Adakah blog relevan menjadi media alternatif? Undian sms memberikan jawapan!!Padan muka RTM.Rancangan caca marba penuh dengan kelam kabut.Baik tengok Youtube,TV PAS,TV Keadilan dan TVTB :).Dah RTM,TV3 dan perkakas Umno menipu rakyat maka lahirlah jutaan blog yang menyalur maklumat yang jujur untuk manusia yang berfikir dalam menilai isu semasa.
Berjayakah Puteri Umno Perak gerak 'Misi Puteri 2013' tawan semula negeri
Mengikut laporan terkini Umno melalui Pergerakan Puteri UMNO mahu mengembeleng tenaga menawan semula negeri Perak dari Pakatan Rakyat.Apa tindakan kita di pihak Pakatan Rakyat Perak?Usaha perlu diteruskan dengan lebih gigih dengan memberi pendedahan apa yg dilakukan oleh kerajaan negeri Perak dari masa ke semasa.Sebagai contoh kita download dari youtube video ceramah Pakatan Rakyat dan edarkan ke pelusuk kampung agar mesej pemimpin kita sampai ke akar umbi.
Video Himpunan Rakyat Di Stadium Perak tempohari telah di cetak dan di edarkan.Persepsi orang kampung ada yang terkejut tak sangka MB Perak macam ni!!!
Menyakinkan mereka.Kalau kome balik kg bawalah bahan - bahan yang terbaru untuk mak ayah kita serta masyarakat kg kita agar mereka tidak lagi terus terpesong anutan politik mereka selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)