19.11.09 Isu pemberian tauliah adalah perkara lama yang sepatutnya tidak berbangkit dan menjadi sensasi.Penangkapan Dr Asri adalah sebahagian dari kisah Pejabat Agama tangkap para Agamawan. Pada zaman Umno memerintah Selangor para ustaz PAS adalah sasaran utama dengan alasan mengajar tanpa tauliah.Terlebih lucu apabila memohon tauliah pelbagai alasan tidak lojik dikemukakan. Pada zaman orang PAS memegang jawatan Exco Agama pula, sekali lagi agamawan di buru bagaikan penganas .Alasannya sama seperti orang Umno jaga Exco Agama " mengajar tanpa tauliah" . Kepada mereka yang telah memohon tauliah untuk mengajar ditolak mentah - mentah .Ketika temuduga soalan yang ditanya apa pandangan tentang Wahabi ( apa punya soalan). Pihak berkenaan apabila ditanya wartawan kenapa permohonan mereka ditolak ? Jawapanya mudah ; " mereka salah mengisi borang" . Pesanan kepada Pejabat Agama berkenaan buatlah kerja sebagai amanah. Bukan berhujah dengan sumpah seranah. Jangan melampaui bidang tugas , kelak rakyat memandang serong terhadap pihak yang sepatutnya menjaga kepentingan agama. Jika hanya kerana tauliah Dr Asri tidak dibenarkan mengajar agama, bagaimana Dr Hasan Ali ? . Beliau kerap menyampaikan kuliah , khutbah jumaat di Masjid , apakah kelayakan beliau ? Adakah Phd Dr Hasan Ali berkaitan Syariah, Hadis, Ussuludin ? |
Thursday, November 19, 2009
Isu Tauliah : Dr Hassan Ali ada tauliah ke ?
Wednesday, November 18, 2009
Sembahyang Sebagai Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak
Tazkirah
Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan
asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu Daud)
Diriwayatkan daripada ‘Abdul Malik bin al-Rabi’ bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah kanak-kanak bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Abu Daud)
Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya. Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau orang dewasa secara umum.
Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi akan datang.
Sememangnya diakui bahawa sembahyang merupakan perkara pokok dalam Islam. Tuntutan supaya menjaga sembahyang tidak pernah terangkat daripada manusia dalam apa keadaan sekalipun melainkan maut. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berhajat kepada taufiq dan hidayah Allah supaya sentiasa dapat teguh melaksanakannya. Disebabkan pentingnya hidayat untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)
Baginda tidak mendoakan untuk dirinya sahaja tetapi untuk zuriat keturunannya juga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan anak-anak. Kesolehan dan hidup dengan penghayatan agama merupakan kesinambungan yang sewajarnya diteruskan oleh anak-anak. Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hanya golongan tua yang melaksanakan ajaran agama dengan dibiarkan anak-anak mudah terumbang ambing dalam arus dunia. Perkara yang paling asas dan paling utama ditekankan kepada mereka ialah pendidikan tentang sembahyang dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang difahami daripada hadis di atas.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tujuh golongan yang Allah s.w.t. berikan teduhan-Nya pada hari yang tidak ada teduhan melainkan teduhan-Nya jua, imam (pemimpin) yang adil, remaja yang hidup membesar dalam pengabdian terhadap Tuhannya, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang dirayu oleh perempuan yang berpangkat lagi cantik lalu dia menjawab, sesungguhnya saya takutkan Allah, lelaki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga hanya dirinya sahaja yang tahu dan lelaki yang mengingati Allah seorang diri lalu mengalirkan airmatanya. (al-Bukhari, Muslim)
Remaja yang hidup dalam beribadat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya adalah hasil daripada pendidikan orang tua mereka. Mereka sejak dari kecil lagi mereka terdedah dengan suasana yang baik dan dilatih dengan asas-asas akhlak dan tanggunjawab terhadap agama. Sebaliknya jika generasi sekarang ini tidak menitik berat soal ini, akan datang nanti generasi yang mengabaikan tanggungjawab agama.
Allah s.w.t. berfirman:
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab
(dalam neraka), (Surah Maryam: 59)
Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hambanya supaya memikir tentang nasib generasi akan datang. Masa hadapan generasi akan datang berkait rapat dengan usaha yang dicurahkan
oleh genarasi sekarang.
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). (Surah al-Nisa`: 99)
Walaupun ayat ini dalam konteks anak-anak yatim berhubung dengan harta peninggalan, tetapi lebih utama kita sepatutnya memikirkan masa hadapan generasi akan datang dari segi kekuatan keimanan dan keagamaan. Bagaimanakah mereka dapat menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah dalam keadaan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan agama?
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” (Ibn Majah)
Mendidik anak-anak dengan keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas itu di peringkat awal usia mereka adalah menyukarkan mereka. Ini kerana rangkuman dan cakupan syariat amat luas. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak berlalu tanpa terdedah kepada tanggungjawab agama akan merugikan mereka pada masa akan datang. Tiga perkara yang ditegaskan oleh ahli-ahli pendidikan Islam supaya pendidik menekankannya pada kanak-kanak supaya mereka terlatih dalam suasana didikan yang baik. Pertama, menjauhi bohong dalam percakapan, kedua, mendirikan sembahyang dan ketiga, memberi khidmat kepada orang lain. Oleh itu, perhatian terhadap pendidikan anak-anak seawal mungkin sewajarnya diutamakan demi kelangsungan umat Islam di masa akan datang.
Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk www.darulkautsar.com
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ
سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا
بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu Daud)
عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ
إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya. Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau orang dewasa secara umum.
Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi akan datang.
Sememangnya diakui bahawa sembahyang merupakan perkara pokok dalam Islam. Tuntutan supaya menjaga sembahyang tidak pernah terangkat daripada manusia dalam apa keadaan sekalipun melainkan maut. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berhajat kepada taufiq dan hidayah Allah supaya sentiasa dapat teguh melaksanakannya. Disebabkan pentingnya hidayat untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)
Baginda tidak mendoakan untuk dirinya sahaja tetapi untuk zuriat keturunannya juga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan anak-anak. Kesolehan dan hidup dengan penghayatan agama merupakan kesinambungan yang sewajarnya diteruskan oleh anak-anak. Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hanya golongan tua yang melaksanakan ajaran agama dengan dibiarkan anak-anak mudah terumbang ambing dalam arus dunia. Perkara yang paling asas dan paling utama ditekankan kepada mereka ialah pendidikan tentang sembahyang dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang difahami daripada hadis di atas.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ
الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي
الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا
عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي
أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا
تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ
اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tujuh golongan yang Allah s.w.t. berikan teduhan-Nya pada hari yang tidak ada teduhan melainkan teduhan-Nya jua, imam (pemimpin) yang adil, remaja yang hidup membesar dalam pengabdian terhadap Tuhannya, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang dirayu oleh perempuan yang berpangkat lagi cantik lalu dia menjawab, sesungguhnya saya takutkan Allah, lelaki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga hanya dirinya sahaja yang tahu dan lelaki yang mengingati Allah seorang diri lalu mengalirkan airmatanya. (al-Bukhari, Muslim)
Remaja yang hidup dalam beribadat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya adalah hasil daripada pendidikan orang tua mereka. Mereka sejak dari kecil lagi mereka terdedah dengan suasana yang baik dan dilatih dengan asas-asas akhlak dan tanggunjawab terhadap agama. Sebaliknya jika generasi sekarang ini tidak menitik berat soal ini, akan datang nanti generasi yang mengabaikan tanggungjawab agama.
Allah s.w.t. berfirman:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ
فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
(dalam neraka), (Surah Maryam: 59)
Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hambanya supaya memikir tentang nasib generasi akan datang. Masa hadapan generasi akan datang berkait rapat dengan usaha yang dicurahkan
oleh genarasi sekarang.
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا
عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Walaupun ayat ini dalam konteks anak-anak yatim berhubung dengan harta peninggalan, tetapi lebih utama kita sepatutnya memikirkan masa hadapan generasi akan datang dari segi kekuatan keimanan dan keagamaan. Bagaimanakah mereka dapat menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah dalam keadaan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan agama?
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ
ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ
يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
Mendidik anak-anak dengan keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas itu di peringkat awal usia mereka adalah menyukarkan mereka. Ini kerana rangkuman dan cakupan syariat amat luas. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak berlalu tanpa terdedah kepada tanggungjawab agama akan merugikan mereka pada masa akan datang. Tiga perkara yang ditegaskan oleh ahli-ahli pendidikan Islam supaya pendidik menekankannya pada kanak-kanak supaya mereka terlatih dalam suasana didikan yang baik. Pertama, menjauhi bohong dalam percakapan, kedua, mendirikan sembahyang dan ketiga, memberi khidmat kepada orang lain. Oleh itu, perhatian terhadap pendidikan anak-anak seawal mungkin sewajarnya diutamakan demi kelangsungan umat Islam di masa akan datang.
Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk www.darulkautsar.com
Subscribe to:
Posts (Atom)