Saturday, March 23, 2013

ORANG SABAH DAN ORANG SULU TAKKAN SOKONG BN........INI KALI LAH...MUSTI TUKAR BAHH...

HIDUP SABAH, DAULAT SABAH.......

SEKARANG SENARIONYA DI SABAH SUDAH BERUBAH;-

1. PEMILIK IC HARAM YANG DATANG DARI FILIPINA KINI AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEBAB MEREKA INGIN MEMBALAS DENDAM DENGAN TINDAKAN KERAJAAN BN TERHADAP SAUDARA SENEGARA ASAL MEREKA DI LAHAT DATU.

2. SEMANGAT PATROTIK KINI MEMBAKAR HATI SELURUH RAKYAT SABAH YANG MAHUKAN KEDAULATAN SEBENAR RAKYAT SABAH BUKAN NYA SEKADAR DIJADIKAN LEMBU SUSUAN ATAU LUBUK EMAS KEPADA PEMIMPIN KERAJAN BN YANG SANGAT RAKUS........SEMANGAT PATROTIK MELEBIHI POLITIK KEPARTIAN.


3. AUTONOMI YANG DIJANJIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT SATU-SATU NYA TAWARAN TERBAIK BAGI RAKYAT SABAH....INI MENJURUS KEPADA SEBAHAGIAN BESAR TUNTUTAN SABAH DAN SARAWAK, 20 PERKARA PERJANJIAN KEMASUKAN SABAH SARAWAK KE MALAYSIA YANG TIDAK DITUNAIKAN SEJAK 1963.

.....BETUL-BETUL MAMPUS LAH BN KALI NI.

Katak Insaf
(tulisan asal dari komentar didalam blog anaksungai derhaka)


Msinc-INI KALI LAH.....RAKYAT BANGKIT ....SABAH BERUBAH

Friday, March 22, 2013

Ustaz Badrolamin Bongkar Kisah Sebenar Lahad Datu

Cikgu Samzuri Mantan Persatuan Pengetua Pengetua Malaysia
             Pada 18 hb March 2013 yang lalu,suatu ceramah umum telah diadakan di rumah Encik Yaakob di Kg Pasir Sena Lambor Kiri Bota Perak.Ceramah umum tersebut menonjolkan Ustaz Badrol Amin sebagai penceramah utama.Ustaz Zulkifly Ibrahim,Cikgu Samzuri dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramli.Majlis bermula pada pukul 9.00malam dihadiri oleh lebih 200 orang penduduk tempatan.Diakhir program dipersembahkan pula suatu sketsa anak muda yang menceritakan senario politik semasa.

              Badrol Amin pada malam itu telah membongkar apa yang sebenar telah terjadi di Lahad Datu.Beliau sebenarnya berasal dari Tawau Sabah.Jarak dari Tawau ke Dahad Datu cuma 100 km sahaja.Beliau juga pernah bertanding di Silam pada tahun 1999 dan masih ramai kawan disana.Menurut beliau sebenarnya penduduk penduduk Sulu di Sabah mempunyai senjata api adalah suatu kebiasaan.Perkara ini amat diketahui oleh Pihak Keselamatan.Tetapi mereka tidak mengambil tindakan kerana beranggapan senjata senjata yang dimiliki oleh orang orang Sulu ini hanya digunakan untuk memerangi tentera Philipina sahaja.

Tuan Haji Ramli Pengerusi Merangkap Penceramah Tambahan
            Setelah PBS berjaya memerintah Sabah setelah menewaskan Berjaya,Tun Mahadir telah memulakan projek pemberian IC kepada orang orang Sulu.Ini adalah kerana PBS dianggap sebagai "Parti Kristian".Orang Sulu ini sememangnya tidak akan memberi sokongan kepada PBS kerana mereka juga menentang kerajaan Kristian iaitu Kerajaaan Philipina.Ketika inilah pelbagai janji telah ditaburkan oleh pemimpin pemimin BN kepada orang Sulu untuk meraih sokongan mereka.Salah satu janji tersebut ialah pemberian tanah.Hasil dari sokongan orang Sulu ini,BN telah berjaya merampas Sabah dari PBS.

         Sehingga PRU 12,sokongan orang orang Sulu ini terus digunakan oleh BN untuk menjamin kuasa mereka di Sabah.pelbagai janji telah ditaburkan.Namun tidak satu pun ditunaikan.Orang Sulu di Sabah terus melarat tanpa pembelaan.Akibatnya, apabila kedengaran kabar angin bahawa mereka akan dikurniakan tanah,mereka teruja dan mengakibatkan peristiwa ini terjadi.Ianya tidak boleh dikatakan pencerobohan kerena mereka adalah warga negara Malaysia.Ketua kumpulan itu adalah warga negara dan pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan juga bekas ahli Umno.

Sketsa Anak Muda Yang Memberi Sindiran Kepada kerajaan BN
        Unjuran peristiwa ini telah menyebabkan Kerajaan BN menghantar 7 batillion tentera ke Sabah.Ianya bersamaan 7,000 orang tentera.Cuba bayangkan sekiranya Najib membubarkan Parlimen dan berlaku PRU 13 dimasa yang terdekat ini.Apa yang akan terjadi pada undi pos tentera ini?.Hint nya ialah nyanyian DSAI "Apa pasal sabah goyang?..Oleh kerana kekhuatiran tentang Sabah bakal akan jatuh ke tangan PR, menyebabkan penghantaran sejumlah tentera yang besar ini.Dari segi perkiraan,kegagalan menguasai sebahagian dari Parlimen Sabah akan mengakibatkan PR gagal untuk menuju ke Putrajaya.Ini menampakkan bahawa Peristiwa Lahad Datu ini amat penting kepada BN.Sejauh mana keberjayaan BN dan APCO memanipulasi peristiwa ini,menentukan keberlangsungan hayatnya.

Mantan Tok Sidang Telok Bakong Hulu dan Sdr Tuah
Sdr Saiful Merupakan Salah Seorang Yang Terlibat Dalam Sketsa Anak Muda
Memba Teman...HIDUP UAI..
Sebahagian Dari Hadirin

Thursday, March 21, 2013

Tazkirah Maghrib Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg Batu 16 Lambor Kanan

                 Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar Di Bilik Gerakan Kg Tua Kg Batu 16 Lambor Kanan telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya bermula dari 7.00pm hingga 8.15pm pada 10 hb Mac 2013.Sebelumnya DSAI telah menghadiri majlis perjumpaan rakyat anjuran Parti Keadilan Parit dan Parti Pas Parit (Padang Tenggala) Kedatangan DSAI ke Batu 16 telah disertai dengan konvoi bekereta dan Bas Jelajah Merdeka Rakyat.


              Majlis Tazkirah di Bilik Gerakan Kampung Tua itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim.Tetamu yang turut hadir ialah Mustapa Kamil Ayob,Mohd Noor Manuty dan Ustaz Ismi (YDP PAS Parit).


             Antara lain dalam tazkirahnya DSAI menekankan bahawa matlamat kehidupan manusia diatas muka bumi ialah mencari keredhaan Allah.semua manusia diwajibkan untuk akur dengan perintah dan aturan yang telah di tetapkan oleh Maha Pencipta.Manusia juga bertangungjawab untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin peminpin mereka.Pemimpin mestilah dipilih dari kalangan mereka mereka yang amanah dan jujur.Berlainan dengan keadaan politik Malaysia dewasa ini,ramai pemimpin yang dilantik dikalangan mereka yang pecah amanah serta tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat.Apa yang dipedulikan oleh pemimpin ini ialah untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni,merampas hak yang sepatutnya diagih agihkan dikalangan rakyat.

Satu Projek Gajah Putih

Ini adalah sebuah tempat menunggu bas.Biasanya satu malaysia,tempat tunggu bas musti ada bumbung.Tapi yang ni special punye...ade tiang aje..tak de bumbung.Lokasi bas stop ni berhampiran simpang masuk ke MRSM Parit.
Cube Kome tengok..tak de orang pun yang nunggu bas kat sini..apasal?...angat pijor libang libu wehh..udah tak de berbumbung...udah 6 bulan lebih tersadai jer macam tu..ijak ke deme nak ngojerkan bagi siap?udah madang duit ke kerajaan kite nih??..atau deme dah tak peduli..asyik ngirekan PRU 13 ajer...ce..citerr..ce..citerrr
Ate ape peduli dek deme nasib rakyat...deme bukannye naik bas..deme naik kete besor siap ade e..kon..Rakyat..lantak deme ler..Lagi satu..ini cuma satu bas stand aje..mengapa tidak dibina secara sederhana sahaja.Nengokkan pada tiangnya macam nak bina istana.Berhati hatilah guna wang rakyat..jimat cermat ler...kalau duit komer..gasak ler..tak de sape nak marah...

Msinc-Terkenang naik bas Sri Perak dizaman kecik kecik dulu..masa dulu kenderaan awam amat dititikberatkan..sejam sekali musti ada..sekarang ni..kalau nak tunggu bas ,udah berjanggut..baru ade.

Wednesday, March 20, 2013

Pas DUN Belanja Semakin Mengancam Dan Meresahkan

"SELAMAT TINGGAL UMNO...PAS PILIHAN KAMI".
Kerja Kerja Menaikkan Bendera Dilakukan Dengan Hati Yang Ikhlas
           Semalam TBO telah mengadakan lawatan kekawasan DUN Belanja dengan tujuan untuk meninjau perkembangan kempen PR terutamanya dari Parti Pas.Sepanjang perjalanan TBO telah berjaya merakam beberapa gambar yang menarik untuk tatapan anda.

Zaharin Sedang Test Mic..Bukan Nak Karaoke..Tau
            Ketika melalui penempatan kaum Cina di Kampung Parit Raja,kelihatan beberapa orang penduduk Cina bekerjasama menaikkan bendera PAS diluar kawasan perumahan mereka sebagai bukti sokongan Kaum Cina Parit tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat.Malangnya gambar ini tidak sempat dirakamkan.

Penyokong Yang Bersemangat..Siap Kibar Bendera lagi..
           TBO juga telah sempat singgah di Bilik Gerakan Kg Tua Belanja dan kami telah dilayan dengan baik dan mesra oleh semua petugas disana.Mereka telah juga sempat menjemput kami dan juga seluruh penyokong PR supaya hadir ke Majlis Kenduri Rakyat Bersama Timbalan Presiden Pas Tuan Haji Mohd Sabu malam ini 17hb Mac 2013.

           Melihatkan kegigihan mereka,TBO merasa kagum dengan gerak kerja dan iltizam untuk mengangkat PR sehingga ke Putra Jaya.Apa yang pasti mereka telah berjaya mengaktifkan bilik gerakan tersebut sepanjang hari sehingga pukul 4.00 pagi!!.Syabas diucapkan.

           Mereka juga turut menawarkan pertolongan kepada Jentera Pilihanraya DUN Bota sekira nya kekurangan tenaga kerja dan mempunyai masalah masalah di Kawasan Bota.dari maklum balas dari gerak kerja Cawangan ini,mereka berkeyakinan PR akan memenangi pilihanraya yang akan datang berdasarkan gerakkerja yang berterusan,sokongan rakyat,isu isu yang dikemukakan dan termasuk juga sabotaj sabotaj yang dilakukan kepada PR telah banyak menyedarkan rakyat.

         Pada malam hari pula,TBO telah sempat menghadiri ceramah umum dan kenduri rakyat anjuran PAS Cawangan Kg Sadang Parit.Antara penceramah ialah YB Idham Lim,Ustaz Zulkifly Ibrahim,Ustaz Ismi dan Dr Najihah Ahmad.


Tuesday, March 19, 2013

Gambar-gambar Sekitar Forum Tragedi Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

KUALA LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Di Petik Dari Blog Mae












Photo By EnoAsan Telok Bakong Online

Monday, March 18, 2013

Ikon Islam Perak Nyaris Tergadai...DUN Belanja Bakal Berubah...RAKYAT BANGKIT..BELANJA BERUBAH..

Ustaz Zulkifly Membuat Pembongkaran Yang Mengejutkan.
                Pada malam 16 hb March 2013,TBO telah sempat menghadiri ceramah umum dan kenduri rakyat anjuran PAS Cawangan Kg Sadang Parit.Antara penceramah ialah YB Idham Lim,Ustaz Zulkifly Ibrahim,Ustaz Ismi dan Dr Najihah Ahmad.Pengerusi Majlis pada malam itu ialah Tuan Haji Ramli Adnan.

                   Pembongkaran oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim tentang terdapat usaha usaha pemimpin UMNO untuk mendapatkan Sekolah Izzudin dan Sekolah Taayah Ipoh untuk dijadikan tapak apartment mewah adalah begitu memeranjatkan.Sekolah Izzudin Syah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah agama yang begitu terkenal di Perak.Sekolah ini telah ramai melahirkan agamawan,teknokrat,birokrat dan tokoh tokoh terkenal dalam pelbagai bidang.Salah seorang murid tua Sekolah Izzudin ialah Dato Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia.

                    Perkara ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati dikalangan bekas penuntut dan ibubapa pelajar.Untuk menghadapi konspirasi ini ibubapa dan pelajar telah bersepakat mengambil tindakan untuk melakukan sholat hajat memohon agar perkara ini tidak menjadi kenyataan.Badan badan dakwah juga turut melakukan beberapa bantahan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati dan tanda tentangan.Berkat dari ketulusan hati dan ketakwaan,doa dan memohonan mereka telah dimakbulkan Allah.Usaha usaha ini terberhenti ditengah jalan,dengan beberapa orang kospirator telah menghadapi 'masalah' akibat dari solat hajat yang dilakukan.Sekolah sekolah ini telah berjaya diteruskan kewujudannya demi meneruskan syiar Islam dibumi Perak.

Menarik Dan Lucu Bila Ustaz Ismi Bercakap Loghat Paghrit

                 Ustaz Ismi telah melahirkan kekagumannya kepada kebangkitan penduduk asal dari Kg Sg Perah kerana berlaku perubahan yang ketara kerana sebelum ini pada tahun 2008,selesai sahaja ceramah PAS disana,didapati semua bendera PAS telah dicabut oleh penduduk.Tetapi pada kali ini,semasa kempen beliau disana siang tadi,kelihatan bendera PAS telah tersedia terpacak menunggu kedatangan beliau dan rombongan.Semasa menemuramah beberapa orang asal disama,ramai yang memberi pengakuan akan memberikan sokongan kepada PR kerana segala penipuan penipuan terhadap orang asal oleh kerajaan yang memerintah telah terbongkar dan orang asal sudah sedia maklum tentang perkara itu hasil perkembangan teknologi maklumat dan internet.

Dr Najihah "UMNO Tak Cinta Melayu".
                  Dr Najihah Ahmad pula turut mempertikai kenyataan bahawa Umno membela dan cintakan Melayu.Beliau mempertikaikan kenapa kerajaan UMNO/BN tidak menambah bilangan Parlimen di negeri negeri Melayu seperti di Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penambahan Parlimen ini boleh menambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat dimana orang melayu begitu ramai di negeri tersebut.sebagai contoh Parlimen Baling mempunyai penduduk sejumlah 80,000.Mengapa tidak diwujudkan 2 kawasan Parlimen berbanding Parlimen Putrajaya yang mempunyai penduduk seramai tidak lebih 7,000 orang sahaja.Beliau juga turut membidas UMNO kerana sangup menyerahkan pemerintahan Pulau Pinang kepada Gerakan,walaupun UMNO menangi kerusi yang lebih disana.

PAS Caw Kg Sadang
Hadirin Khusyuk Mendengar Hujahan Pemimpin

Pengerusi Majlis Tuan Haji Ramli
Chef Ramli Bersama Rakan TBO
                  Syabas diucapkan kepada PAS Cawangan Sadang yang telah berjaya menganjurkan majlis yang begitu meriah dan memberi pelbagai maklumat ini.Semoga usaha usaha anda akan dapat balasan yang setimpal dari Allah.

Msinc-Sek Izzudin tu ada sentimental value..disitu ler msinc solat jumaat tiap tiap minggu dari tahun 1983-1987.. tempat jatuh lagi dikenang wehhh...

Sunday, March 17, 2013

Linkwithin