Monday, March 18, 2013

Ikon Islam Perak Nyaris Tergadai...DUN Belanja Bakal Berubah...RAKYAT BANGKIT..BELANJA BERUBAH..

Ustaz Zulkifly Membuat Pembongkaran Yang Mengejutkan.
                Pada malam 16 hb March 2013,TBO telah sempat menghadiri ceramah umum dan kenduri rakyat anjuran PAS Cawangan Kg Sadang Parit.Antara penceramah ialah YB Idham Lim,Ustaz Zulkifly Ibrahim,Ustaz Ismi dan Dr Najihah Ahmad.Pengerusi Majlis pada malam itu ialah Tuan Haji Ramli Adnan.

                   Pembongkaran oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim tentang terdapat usaha usaha pemimpin UMNO untuk mendapatkan Sekolah Izzudin dan Sekolah Taayah Ipoh untuk dijadikan tapak apartment mewah adalah begitu memeranjatkan.Sekolah Izzudin Syah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah agama yang begitu terkenal di Perak.Sekolah ini telah ramai melahirkan agamawan,teknokrat,birokrat dan tokoh tokoh terkenal dalam pelbagai bidang.Salah seorang murid tua Sekolah Izzudin ialah Dato Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia.

                    Perkara ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati dikalangan bekas penuntut dan ibubapa pelajar.Untuk menghadapi konspirasi ini ibubapa dan pelajar telah bersepakat mengambil tindakan untuk melakukan sholat hajat memohon agar perkara ini tidak menjadi kenyataan.Badan badan dakwah juga turut melakukan beberapa bantahan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati dan tanda tentangan.Berkat dari ketulusan hati dan ketakwaan,doa dan memohonan mereka telah dimakbulkan Allah.Usaha usaha ini terberhenti ditengah jalan,dengan beberapa orang kospirator telah menghadapi 'masalah' akibat dari solat hajat yang dilakukan.Sekolah sekolah ini telah berjaya diteruskan kewujudannya demi meneruskan syiar Islam dibumi Perak.

Menarik Dan Lucu Bila Ustaz Ismi Bercakap Loghat Paghrit

                 Ustaz Ismi telah melahirkan kekagumannya kepada kebangkitan penduduk asal dari Kg Sg Perah kerana berlaku perubahan yang ketara kerana sebelum ini pada tahun 2008,selesai sahaja ceramah PAS disana,didapati semua bendera PAS telah dicabut oleh penduduk.Tetapi pada kali ini,semasa kempen beliau disana siang tadi,kelihatan bendera PAS telah tersedia terpacak menunggu kedatangan beliau dan rombongan.Semasa menemuramah beberapa orang asal disama,ramai yang memberi pengakuan akan memberikan sokongan kepada PR kerana segala penipuan penipuan terhadap orang asal oleh kerajaan yang memerintah telah terbongkar dan orang asal sudah sedia maklum tentang perkara itu hasil perkembangan teknologi maklumat dan internet.

Dr Najihah "UMNO Tak Cinta Melayu".
                  Dr Najihah Ahmad pula turut mempertikai kenyataan bahawa Umno membela dan cintakan Melayu.Beliau mempertikaikan kenapa kerajaan UMNO/BN tidak menambah bilangan Parlimen di negeri negeri Melayu seperti di Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penambahan Parlimen ini boleh menambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat dimana orang melayu begitu ramai di negeri tersebut.sebagai contoh Parlimen Baling mempunyai penduduk sejumlah 80,000.Mengapa tidak diwujudkan 2 kawasan Parlimen berbanding Parlimen Putrajaya yang mempunyai penduduk seramai tidak lebih 7,000 orang sahaja.Beliau juga turut membidas UMNO kerana sangup menyerahkan pemerintahan Pulau Pinang kepada Gerakan,walaupun UMNO menangi kerusi yang lebih disana.

PAS Caw Kg Sadang
Hadirin Khusyuk Mendengar Hujahan Pemimpin

Pengerusi Majlis Tuan Haji Ramli
Chef Ramli Bersama Rakan TBO
                  Syabas diucapkan kepada PAS Cawangan Sadang yang telah berjaya menganjurkan majlis yang begitu meriah dan memberi pelbagai maklumat ini.Semoga usaha usaha anda akan dapat balasan yang setimpal dari Allah.

Msinc-Sek Izzudin tu ada sentimental value..disitu ler msinc solat jumaat tiap tiap minggu dari tahun 1983-1987.. tempat jatuh lagi dikenang wehhh...

3 comments:

sazaleeahya said...

Apa nk di heran kn,tanah Persekutuan Seruan Islam pun pernah mereka cuba dpt kn dn nk di ganti kn dgn tanah di Seri Iskandar.Mujur lh ramai dr kalangan AJK Persekutuan Seruan Islam yg membantah rancangan itu.Bgt juga dgn kediaman rasmi MB Perak pun nyaris tk di jual.

Telok Bakong said...

yup betul tu..perkara tersebut ada dinyatakan dalam ucapan ustaz zul..siapakah dalang atau pemimpin umno itu?..anda pastinya kenal..

Telok Bakong said...

banyak tanah wakaf untuk orang Islam telah bertukar taraf kepada kormersial dan dijual kepada taukeh taukeh cina..ini kah yang dikatakan membela Islam?

Linkwithin