Thursday, March 21, 2013

Tazkirah Maghrib Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg Batu 16 Lambor Kanan

                 Solat Maghrib dan Tazkirah Dato Seri Anwar Di Bilik Gerakan Kg Tua Kg Batu 16 Lambor Kanan telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya bermula dari 7.00pm hingga 8.15pm pada 10 hb Mac 2013.Sebelumnya DSAI telah menghadiri majlis perjumpaan rakyat anjuran Parti Keadilan Parit dan Parti Pas Parit (Padang Tenggala) Kedatangan DSAI ke Batu 16 telah disertai dengan konvoi bekereta dan Bas Jelajah Merdeka Rakyat.


              Majlis Tazkirah di Bilik Gerakan Kampung Tua itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim.Tetamu yang turut hadir ialah Mustapa Kamil Ayob,Mohd Noor Manuty dan Ustaz Ismi (YDP PAS Parit).


             Antara lain dalam tazkirahnya DSAI menekankan bahawa matlamat kehidupan manusia diatas muka bumi ialah mencari keredhaan Allah.semua manusia diwajibkan untuk akur dengan perintah dan aturan yang telah di tetapkan oleh Maha Pencipta.Manusia juga bertangungjawab untuk menjadi pemimpin dan memilih pemimpin peminpin mereka.Pemimpin mestilah dipilih dari kalangan mereka mereka yang amanah dan jujur.Berlainan dengan keadaan politik Malaysia dewasa ini,ramai pemimpin yang dilantik dikalangan mereka yang pecah amanah serta tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat.Apa yang dipedulikan oleh pemimpin ini ialah untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni,merampas hak yang sepatutnya diagih agihkan dikalangan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

orang lambor bile nak sedor sesia orang bugis, batu bara, kabau dan kampar dok menumpang di tepi sungai perak kala tak ade semangat juang cam orang kaye ngah brahim serte ngah kamdin yg di tipu omputeh sekarang proxynye umno

Linkwithin