Saturday, May 24, 2008

Lawatan MB Perak Ke Padang Marhum Kg Telok Bakong 26hb Mei

Sempena lawatan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Seri Ir.Mohammad Nizar bin Jamaluddin pada 26 hb Mei 2008 ke Daerah Perak Tengah nanti,beliau juga turut berkesempatan untuk merasmikan Kilang Minyak Burung Unta (Ostrich) MS Worldwide Manufacturing (M) Sdn Bhd yang terletak di Padang Marhum,Kg Telok Bakong.Syarikat ini adalah syarikat Bumiputera yang sedang berkembang pesat.MS Worldwide ini dijangkakan akan menubuhkan cawangan di Bandar Seri Iskandar dan Shah Alam.Buat masa ini barangan syarikat telah berjaya dieksport ke luar negara.Perkembangannya yang begitu pesat telah menjadi kebanggaan penduduk Kg Telok Bakong.
Lawatan ini merupakan suatu kebanggaan kepada warga Telok Bakong,kerana inilah masanya rakyat dapat mengenal dan beramah tamah dengan beliau.Menurut Y.B Usailli Alias,kesempatan sebegini sepatutnya diambil oleh orang ramai untuk mengenal dengan lebih dekat pemimpin mereka.Beliau juga menyatakan bahawa Y.A.B Menteri Besar akan memberi kelonggaran untuk rakyat berjumpa dengan nya tanpa protokol yang ketat.Selanjutan dari itu, pemilik MS Worldwide iaitu Encik Shahrom bin Shahidan telah berbesar hati menyediakan suatu jamuan rakyat diperkarangan kilang tersebut.Dari sumber-sumber tidak rasmi seekor lembu akan ditumbangkan.Beliau menyeru agar warga Telok Bakong sama-sama hadir untuk meraikan lawatan tersebut dan bersama-sama menyertai jamuan yang diadakan itu.Y.A.B Menteri Besar dijangkakan akan meluangkan masa di Kg Telok Bakong selama satu jam sebelum bertolak ke Kg Gajah. Lawatan tersebut dijadualkan bermula pada pukul 2.15 petang.
Oleh itu,diseru kepada semua warga Telok Bakong khasnya dan orang ramai amnya untuk datang beramai-ramai kemajlis perasmian ini,bagi menunjukan sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat ini.Bersama-samalah kita meraikan kedatangan Y.A.B Menteri Besar Perak ini dengan penuh mesra dan berhemah.Luangkanlah sedikit masa anda dan hebahkan berita lawatan ini kepada saudara mara dan rakan taulan.Ini merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk kita berjumpa dan berkenalan dengan beliau.Mungkin ada pesanan yang mahu beliau sampaikan kepada kita semua.

Friday, May 23, 2008

Pemancar Celcom Udah Siap



Pemancar Celcom sudah siap.3G tiada teman baru balik ngetes!!Tapi udah boleh nguling2 ler dalam rumah bersembang.Line penuh pelusuk kampung.Zaman cari line tepi jalan telah berlalu.Biarkan berlalu...ade yang nuko line lepas ni rasenya:)Tak payah lagi ke padang koba,tepi tebin...punggai pun anda boleh dihubungi..

Thursday, May 22, 2008

Majlis Bekas Pelajar SMT Ipoh 1973 - 2007



Semua bekas pelajar & guru SMT Brash Drive Ipoh dari tahun 1973 hingga 2007 di jemput hadir ke majlis berikut:

Pertandingan Golf Bekas Pelajar SMTI pada jam 8pg 31 Mei 2008 bertempat di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan sila layari laman web www.ihsanteam.com.

Majlis Makan Malam Bekas Pelajar bersama YAB MB Perak Dato' Seri Ir Hj
Mohd Nizar Jamaluddin (Bekas SMTI batch 73/74) pada jam 8mlm 31 Mei 2008
bertempat di Dewan Besar Sek Men Teknik, Brash Drive, Ipoh. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kehadiran sila layari laman web
www.ihsanteam.com.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan lain. Kita berharap setiap
batch dapat diwakili.

Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di tel 0193357111, tel
03-41437727, fax 03-41435727 atau emel mazlan@ihsanteam.com

Terima kasih, jumpa nanti

Ir Hj Ahmad Mazlan bin Othman
SMTI batch 1973/74

KTB,Eddie Tuid,Chaa Mat Raga,Idris Kamaruddin(SMTI Brash 1991 - 1992)hehehe

Wednesday, May 21, 2008

Ada Apa Dengan Umno

Oleh KTB

Krisis demi krisis dalaman Umno tidak dapat di tutup lagi.Sejak kempen PRU ke 12 lagi hingga kini kita dihiburkan dengan pelbagai versi blog dan website.Hampir keseluruhan berita yang di sanggal media perdana menjadi nyata dan benar.Pihak penyokong Umno yang bertuhankan berita dan kenyataan para menteri BN mula tidak senang duduk.Emosi mereka tidak ketahuan.Melepak di kedai kopi pun sudah jarang,seperti malu berhadapan dengan masyarakat.

Adakah kita penyokong Pakatan Rakyat sudah berpuas hati dengan situasi ini.Bagi penulis kita patut berpuas hati tapi tidak secara total.Kepuasan peribadi yang di impikan penulis adalah negara ini kembali ke landasan sebenar di bawah Perdana Menteri Pakatan Rakyat!!Waktu untuk kita bermusuh dengan akar umbi Umno dan BN sudah berakhir.Inilah masanya kita menyedarkan mereka agar kembali ke pangkal jalan.Memaafkan segala kesalah lalu mereka.Jangan kita pinggirkan mereka.Kita peluk mereka dengan penuh kasih sayang.Bagi mereka merasai kegembiraan kita menjelang era baru peringkat nasional di bawah Pakatan Rakyat.

Kini ahli Umno bagai penagih dadah yang baru di bebaskan dari penjara.Masyarakat sukar menerima kehadiran mereka.Tapi itu era zaman dulu.Kaedah terbaik jangan kita pinggirkan bekas penagih dadah terbaik.Malah ada penagih dadah lebih islamik dari kita kerana ketika dalam tahanan mereka di dekatkan dengan agama.Begiu juga ada ahli ahli Umno yang pakar dan pengalaman dalam bidang tertentu.Oleh itu kepada ahli ahli Umno khususnya marilah kita berhijrah ke PKR atau Pas yang mana kalian selesa.Islam menggalakkan umatnya bermaaf maafan.

Kami Pakatan Rakyat tidak membenci ahli Umno peringkat bawah,kita berbeza anutan politik tapi kita masih boleh gelak ketawa minum bersama.Kami menentang pemimpin utama Umno yang rakus dengan kuasa.Ahli bawahan Umno sudah lama tertipu,jangan biarkan anak cucu kita diperlakukan begitu.Justeru itu kami mengalu-alukan kemasukan ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat.Buat Pemuda Umno jangan bazirkan usia muda anda di dalam parti yang terbukti tidak relevan dulu kini dan selamanyee..

Tun Dr Mahathir pun sudah keluar dari parti usang ini.Suasana sekeliling kita pun kelihatan ramai ahli Umno sudah insaf dan sedar dan menyertai Pakatan Rakyat.Marilah kita bersama membangunkan Malaysia tercinta ini.Takbir,Reformasi dan Makkal Sakti!!!

Tuesday, May 20, 2008

Pakatan Rakyat Perak Tengah

Di dalam situasi sekarang samaada PAS da PKR Parit seharusnya dapat memantapkan lagi kerjasama dari masa ke semasa.Di peringkat negeri kerjasama semakin serasi dan mantap.

Terdapat di peringkat daerah-daerah seolah olah berlumba lumba untuk menjadi tuan kepada parti yang lain.Peringkat akar umbi seolah olah curiga dengan pihak lain.Arahan dari pihak atasan tidak di patuhi.Sepatutnya Pejabat Menteri Besar sudah dapat menghidu masalah ini.Kelewatan mengeluarkan suatu dasar untuk di guna pakai ke peringkat daerah secara rasmi patut dielakkan demi mewujudkan suasana harmoni di peringkat daerah.

Sesungguhnya tiada sesiapa samaada PAS atau Keadilan di peringkat daerah akan mengetuai pihak lain.Ini adalah dasar utama Pakatan Rakyat.Pihak Pas dan Keadilan Parit harus mengambil tindakkan ke atas ahli akar umbi yang tidak mahu menerima dasar ini.MB Perak adalah Menteri Besar semua.Jangan Pihak PAS berasa inilah masanya melebarkan pengaruh dan kuasa tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan yang lain iaitu PKR dan DAP.

Di Perak Tengah ada segelintir ahli dari parti tertentu cuba menunjuk partinyalah 'leader' dan segala aktiviti dibuat tanpa pengetahuan parti yang satu lagi.Mujurlah parti suatu lagi dapat berfikiran rasional.Janganlah kita kecewa di kemudian nanti hanya kerana isu remeh temeh sebegini.Ketua ketua parti masing masing dapat menjalinkan kerjasama tetapi akar umbi masih tidak mahu akur araha pemimpin!Buat semua penyokong Pakatan Rakyat,kita harus mendisplinkan diri dalam berpolitik.Jangan berpolitik jika arahan MB Perak pun sukar nak diikuti.

Buat Pas dan Keadilan Perak Tengah sama sama kita berusaha lebih keras lagi menjamin kejayaan mutlak di masa depan.Zaman sudah berubah,pemikiran jumud tiada tempat lagi dalam dunia politik.Jangan kerana sayangkan jawatan ketua parti masing masing pemimpin menurut sahaja suara hati akar umbi yang kadangkala harus di sanggah demi kepentingan jangka panjang.Pastikan kita memberi khidmat kepada rakyat lebih bermutu dari zaman pemerintahan UMNO dulu.

Teguran ini untuk semua parti politik pakatan rakyat.Penulis tiada menyebelahi mana mana parti politik.Tulisan ini dibuat berdasarkan pengamatan penulis.Harap pihak Pas dan Keadilan jangan berasa tersinggung kerana teguran Telok Bakong Online adalah tanda sayang.Anggaplah ianya kritikan membina dari kami.

Linkwithin