Tuesday, May 20, 2008

Pakatan Rakyat Perak Tengah

Di dalam situasi sekarang samaada PAS da PKR Parit seharusnya dapat memantapkan lagi kerjasama dari masa ke semasa.Di peringkat negeri kerjasama semakin serasi dan mantap.

Terdapat di peringkat daerah-daerah seolah olah berlumba lumba untuk menjadi tuan kepada parti yang lain.Peringkat akar umbi seolah olah curiga dengan pihak lain.Arahan dari pihak atasan tidak di patuhi.Sepatutnya Pejabat Menteri Besar sudah dapat menghidu masalah ini.Kelewatan mengeluarkan suatu dasar untuk di guna pakai ke peringkat daerah secara rasmi patut dielakkan demi mewujudkan suasana harmoni di peringkat daerah.

Sesungguhnya tiada sesiapa samaada PAS atau Keadilan di peringkat daerah akan mengetuai pihak lain.Ini adalah dasar utama Pakatan Rakyat.Pihak Pas dan Keadilan Parit harus mengambil tindakkan ke atas ahli akar umbi yang tidak mahu menerima dasar ini.MB Perak adalah Menteri Besar semua.Jangan Pihak PAS berasa inilah masanya melebarkan pengaruh dan kuasa tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan yang lain iaitu PKR dan DAP.

Di Perak Tengah ada segelintir ahli dari parti tertentu cuba menunjuk partinyalah 'leader' dan segala aktiviti dibuat tanpa pengetahuan parti yang satu lagi.Mujurlah parti suatu lagi dapat berfikiran rasional.Janganlah kita kecewa di kemudian nanti hanya kerana isu remeh temeh sebegini.Ketua ketua parti masing masing dapat menjalinkan kerjasama tetapi akar umbi masih tidak mahu akur araha pemimpin!Buat semua penyokong Pakatan Rakyat,kita harus mendisplinkan diri dalam berpolitik.Jangan berpolitik jika arahan MB Perak pun sukar nak diikuti.

Buat Pas dan Keadilan Perak Tengah sama sama kita berusaha lebih keras lagi menjamin kejayaan mutlak di masa depan.Zaman sudah berubah,pemikiran jumud tiada tempat lagi dalam dunia politik.Jangan kerana sayangkan jawatan ketua parti masing masing pemimpin menurut sahaja suara hati akar umbi yang kadangkala harus di sanggah demi kepentingan jangka panjang.Pastikan kita memberi khidmat kepada rakyat lebih bermutu dari zaman pemerintahan UMNO dulu.

Teguran ini untuk semua parti politik pakatan rakyat.Penulis tiada menyebelahi mana mana parti politik.Tulisan ini dibuat berdasarkan pengamatan penulis.Harap pihak Pas dan Keadilan jangan berasa tersinggung kerana teguran Telok Bakong Online adalah tanda sayang.Anggaplah ianya kritikan membina dari kami.

No comments:

Linkwithin