Saturday, June 2, 2012

Thursday, May 31, 2012

Nasib Generasi Bangsa Tergadai

Oleh : Msinc TBO




Pada 28hb Mei yang lalu telah diadakan satu siri ceramah umum yang berlangsung di Kg Nasaruddin Seri Iskandar Perak anjuran PAS Parit yang menampilkan dua orang penceramah, dimulai oleh Y.B Zainuddin.Beliau adalah DUN Lubuk Merbau dan bekas Exco Agama.Penceramah kedua ialah Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) iaitu NGO yang menjaga kebajikan generasi kedua dan ketiga Felda.
Dalam ceramahnya Y.B Zainuddin telah menyanggah setengah pendapat yang menyatakan Melayu akan terhapus jika tiada Umno.Alasannya mudah,melayu telah wujud jauh lebih lama daripada Umno itu sendiri.Sebelum ada nya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946,Kaum melayu telah lama bertapak dan mempunyai ketamadunan sendiri.Kaum melayu telah berkembang di segenap nusantara dan membentuk kerajaan yang kuat serta mempunyai sosio budaya yang kukuh.Pada pendapat beliau,UMNO lah merupakan perosak orang Melayu dari pelbagai sudut.Penyusutan luas tanah rezab Melayu yang berkeluasan 3 juta hektar semasa pengunduran British dari Tanah Melayu kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995 banyak disebabkan oleh kegiatan tamak pemimpin pemimpin UMNO yang begitu rakus membolot keuntungan dari pengambilan tanah tersebut dengan nama pembangunan. Apa yang tinggal untuk kaum melayu yang miskin ini adalah tanah tanah rezab yang tiada nilai komersial dimana kedudukannya adalah tidak strategik seperti di pergunungan,kawasan hakisan,paya dan sebagainya.Menurut perlembagaan, setiap inci tanah rezab melayu yang diambil,Ianya mesti digantikan dengan kadar yang sama disuatu tempat yang lain.Malangnya undang undang ini tidak dipedulikan oleh pemimpin yang haloba.

Tambah beliau lagi,mengubalan undang undang yang berkaitan dengan Petronas telah memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dalam beberapa perkara telah mengakibatkan Perdana Menteri mengambil peluang bekenaan untuk mengkayakan diri dan kroni.Dalam perlembagaan telah member kuasa mutlak kepada Perdana Menteri menentukan Syarikat Hiliran yang berurusan dengan Petronas telah membolehkan Perdana Menteri melantik syarikat syarikat kroni yang mengaut keuntungan besar dari urus niaga dengan Petronas.Antara syarikat yang terlibat ialah Kencana dan Scomi.Syarikat ini mempunyai hubungan dengan anak anak Perdana Menteri pada masa itu.Akibatnya kroni PM yang dapat manfaat besar.
Pengerusi ANAK Mazlan Aliman pula banyak membicarakan tentang perubahan pemikiran yang berlaku kepada peneroka Felda dan Felcra.Perubahan ini adalah kerana dasar Felda yang begitu menekan seperti Akta Penempatan Berkelompok 1960 hendaklah dimansuhkan kerana menjadi instrumen yang bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan. Asalnya Felda menggalakkan peneroka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah. Akibat akta itu, kini lebih 80% tanah peneroka berakhir jatuh ke tangan Felda Plantations.
Akta Penempatan Berkelompok 1960 telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.Akibatnya beban hutang peneroka bertambah. Prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan gagal.Setiap kali berunding menuntut hak, Felda akan mengungkit semula Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960. Mereka membangkitkan semula soal-soal pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran Felda. Akhirnya peneroka tidak boleh buat apa-apa.
Akta itu tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja. Ia telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua. Peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu. Lebih malang, peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan Felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Kajian mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Pendapatan daripada tanah ini dijangka tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.
Diatas sebab sebab yang dinyatakan menyebabkan mentaliti peneroka menjadi lebih berani untuk menyanggah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno dan konco konconya.Atas dasar keadilan dan kebenaran telah dapat disaksikan bahawa lebih 3000 orang peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah diatas sebab penipuan yang dilakukan oleh Felda diserata negara diatas menyusutnilaikan gred buah sawit milik peneroka.Banyak kes saman yang telah dimenangi oleh peneroka ini dan pihak Felda telah membayar ganti rugi sebanyak 11 juta setakat ini.Beliau berharap dengan adanya perubahan besar pemikiran para peneroka akan membawa perubahan kepada senario politik Negara.

Msinc-Hormat dan tabik kepada perjuangan peneroka yang melawan kezaliman dan ketidakadilan..peneroka bukannya Haram JXdXX..seperti yang dilemparkan oleh orang itu..peneroka ni …kin lame…kin cordek…kin lame ..kin cordek..

Linkwithin