Monday, June 1, 2015

Nyawa DSAI Dalam Bahaya?

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA

Telah 110 hari Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah jahat yang dilontarkan ke atas beliau. Amnesty International telah mengisytiharkan bahawa beliau merupakan seorang tahanan politik sejak 17 Februari 2015, iaitu kira-kira 7 hari selepas beliau didapati bersalah dalam sebuah fitnah yang didalangi oleh musuh-musuh politik beliau.

Walaupun semangat juang beliau tidak pernah luntur, selama beberapa lama beliau di dalam penjara, dapat diperhatikan penurunan berat badan beliau secara mendadak. Kebimbangan kami meningkat apabila diberitahu yang keadaan kesihatan beliau semakin menurun dalam masa beberapa bulan yang lepas.

Semenjak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kg yang sungguh membimbangkan sekiranya ini berterusan. Terdapat juga simptom kesan darah dalam sampel najis beliau, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat. Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan.

Beliau juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahu kanan  beliau (dalam sebuah kejadian setahun lepas), yang masih meletakkan beliau dalam keadaan kesakitan. Kecederaan ini memerlukan pemeriksaan MRI, rawatan dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Kami mendapat maklumat bahawa Dato’ Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital. Amat dikesali sekali atas kelewatan kerajaan dalam memenuhi permintaan ini. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu beliau juga tidak endahkan untuk beberapa minggu.

Kami dimaklumkan juga bahawa Dato’ Seri Anwar telah dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.

Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh peguam Dato’ Seri Anwar yang telah menemui beliau untuk tempoh dua hari yang lepas, yang beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari Selasa, 2 Jun 2015, untuk pemeriksaan, permerhatian dan rawatan perubatan.

KEADILAN dan keluarga Dato’ Seri Anwar sangat mengesali kelewatan bertindak oleh kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan kepada Dato’ Seri Anwar. Kami menuntut agar beliau diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang diperlukan oleh beliau. Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Dato’ Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan diberikan sehingga keadaan beliau pulih.

Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Dato’ Seri Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama.

KEADILAN akan terus mendapatkan maklumat terkini berkenaan kesihatan beliau daripada keluarga Dato’ Seri Anwar dan juga barisan peguam beliau yang mesti diberikan akses sepenuhnya kepada beliau sepanjang tempoh beliau berada di hospital.

Dato’ Johari Abdul
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli Parlimen Sungai Petani
Ketua Whip KEADILAN

Nurul Nuha Anwar
March2Freedom

9 comments:

Anonymous said...

Sebelum masuk penjara boleh tour satu Malaysia, masuk penjara jer sakit situ sini. Tak nampak lagi penipuan dia?

Anonymous said...

Semoga ALLAH memberi kamu nikmat sakit atau penyakit wahai anonymous 12:11. Amin...

Hari ni sihat, tiba2 ALLAH bagi bala.... pas tu lu pikirlah pakai otak yang tak berapa cerdik tu....(bukti bodoh. Penyokong UMNO.) Oleh Dr.G.

Anonymous said...

Biàsa làaa tuuu. Dulu pun macam tu... Tak taubat taubat pun, dah tu... harap harap la ini khifarah tuhàn untuk dia terampun juga dosa. Cee lepeh dia tengok esok menonong la dia nya niaga agama balik ngata orang sana sini memperodak peranda Kawan Kawan lain. Lior ke bebenorr

Anonymous said...

..

Anonymous said...

Hu hu hu .Lawak mega minggu ini

Anonymous said...

Dah namanya UMNO, sudah tentulah ada merencanakan sesuatu supaya DSAI akan didapati mengidap penyakit berbahaya dgn bantuan orang upahan tertentu. Alangkan sample DNA pun boleh dicuri dari jagaan doktor, apalah sangat susahnya untuk memasukkan sesuatu ke dlm tubuh DSAI itu. Shafee pun akan senang hati mengeluarkan hujah nanti, rancangan regu syaitan yg dikenali amat mudah digarap.

Anonymous said...

Apabila seseorang menganiaya saudaranya, tunggulah balasan kifarah yang pasti akan tiba. Bukti liwat banyak yang question mark. Ape bendelah mahkamah hari ini. Macam sial ungka mawas babi siamang puaka. Engkau hakim ko tengoklah duduk ko kat mana akhirat nanti.

Wan Rosli said...

Aku sokong kau.. entah apa2 tah mahkamah sekarang.. namun begitu kebanyakan org2 pkr tetap x yakin dgn hukum Allah.. insaflah saudara2ku.. jgn tergoda sgt dgn mainan dunia politik sekular..

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


Linkwithin