Thursday, February 4, 2010

Tuesday, February 2, 2010

Siapa bom jangka didalam Pakatan Rakyat ?


kelulut@telokbakong.com

2.2.10


Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu diambil kerana amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.

Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti.

PKR seakan dilihat parti yang semakin rapuh dari kaca mata sesetengah pemerhati.Sebagai orang luar itu hak mereka untuk berkata.Sepatut mereka yang didalam partilah lebih faham akan sepak terajang politik.Bukan sekadar politik diantara parti malah politik didalam parti juga harus diberi keutamaan.

Lihatlah lagak aksi para pemimpin PKR termasuklah para YB yang masing - masing menunjukkan " akulah reformis" .Maka dengan mudah diputar belit media massa.
Tambahan pula terdapat kalangan para YB bekas UMNO yang tidak konsisten .Agaknya mungkin sudah terlalu lama berdarah keris karat. Maka darah itu sudah tercemar.

Mereka ini seakan bebal bahawa yang mengundi adalah rakyat.Bukan setakat ahli parti yang dipentingkan.Rakyat akan memilih maka jagalah cara bertindak.

Pas tidak banyak masalah didalam hal ini walaupun terdapat kekeliruan namun para pemimpinnya masih mampu mengawal keadaan.Jika timbul dakwaan ada YB Pas mahu melompat kedalam 'tong tahi' itu tanda dia sudah hilang akal.Malah dakwaan ini masih samar.

DAP pula sudah menunjukkan bukti bahawa para YB DAP juga mampu melompat contoh di Perak YB Jelapang berjaya melompat atas kepala pengerusinya.Di Pulau Pinang YB DAP sudah pandai main wayang cina.Kini pentasnya PCM , parti ini parti baru yang ditaja oleh BN bagi mengimbangi kelemahan MCA.Maka alternatif sudah ada PCM namanya.

Kita sama sama saksikan para badut ini beraksi.Mungkin para badut ini membawa bom jangka didalam kostum mereka.Maka tidak mustahil tiba- tiba PR meletup lantas menyembah bumi.

Pada masa hadapan pilihlah calon yang berkualiti janganlah main tangkap muat sahaja !
Inilah akibat tamak mahukan kerusi akhirnya calon yang menang buat perangai belum sempat menang satu penggal.Sibuk kehulu kehilir jadi Jebat jadian.Akhirnya jadi badut buat kenyataan akhbar.


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Salahudin Ayob di Kg Layang Layang Kanan.







Siri ceramah ini julung julung kali diadakan di kg Layang Layang kanan yang merupakan satu satunya kubu kuat Umno kawasan Parit ini memberi isyarat jelas bahawa Umno akan dikuburkan dikawasan majoriti Melayu dan memberi gambaran bahawa orang Melayu bukan lagi pembela Umno,sebagaimana Umno yang tidak lagi membela kepentingan Melayu.Kadar kehadiran adalah mengalakkan dari pada penduduk setempat.Mereka mengenepikan tekanan dan ugutan dari Umno dan hadir beramai ramai bagi mendengar amanat daripada pemimpin.
      Para penceramah pada malam ini adalah dari pelbagai parti.Dari Pas ialah Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Abu Bakar Husin,Y.b Zainuddin,Dr Najihah.Dari Pkr Haji Usaili Alias dan dari DAP ialah Yb Sivakumar Speaker Dun Perak yang sah.Pemimpin dari pelbagai parti ini telah membuat ulasan dari pelbagai pendekatan.Yb Zainudin telah mengunjurkan agar penyokong Pakatan Rakyat berhubung dan bersosial dengan cara yang baik dengan ahli ahli Umno agar dapat memikat hati mereka.Dengan kata lain,para pendokong Pakatan Rakyat hendaklah menghapuskan kebencian mereka kepada puak puak Umno serta melakukan kebaikan tanpa mengira parti dan kefahaman politik.Yb Sivakumar memberi penekanan untuk jentera pilihanraya bersiap sedia kerana jikalau UBN terdesak,Si Mugabe mungkin akan meminta Sultan Perak membubarkan DUN secara mengejut,sekiranya keputusan Mahkamah memihak kepada Dato Seri Ir Muhammad Nizar.
         Penceramah utama pada malam ini iaitu YB Salahudin telah memperincikan Deklarisasi Pakatan Rakyat iaitu Pakatan Rakyat sekiranya bejaya memerintah negara akan mengekalkan Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.Pakatan juga bersetuju mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara,manakala hak hak istimewa Melayu turut diakui dan dikekalkan.Sebenarnya Umno telah menyalahgunakan hak hak keistimewaan melayu ini dengan membolot peluang perniagaan,projek,saham dan sebagainya yang diperuntukan untuk membantu melayu yang miskin,kepada kroni atau lebih dikenali sebagai Umnoputra.
       Sesungguhnya siri ceramah yang dianjurkan ini telah membuka suatu lembaran baru politik di Kg Layang Layang Kanan.Diharapkan akan lebih banyak aktiviti diadakan bagi meranapkan pengaruh Umno yang telah lama berakar umbi didada para penduduk tempatan.Syabas kepada Jentera Pas Layang Layang dan tuan rumah kerana berjaya menganjurkan acara ini dengan jayanya.Pihak TBO akan berusaha menyiarkan ucapan Y.B Salahudin untuk tatapan anda semua.
Msinc-berharap semua jentera pakatan rakyat bersiap sedia dan aktif tidak mengira samada berlakunya pembubaran dun,atau tidak.kerana musuh akan menyerang sekiranya kita terleka.bak pepatah...yang tidur,makanan si jaga..

Linkwithin