Saturday, August 16, 2008

Sekitar Penamaan Calon Permatang Pauh





Ini adalah gambaran sekitar penamaan calon Permatang Pauh.Hampir 100 Ribu penyokong PR menguasai arena di Pusat Penamaan Calon Permatang Pauh.Hanya segelintir penyokong BN yang berani di dalam kawasan pagar sahaja.

Kami akan merakam ceramah malam ini.TBO.

Thursday, August 14, 2008

Umno - kokok berderai -derai , kepala dan ekor bergelumang tahi


Oleh : Sang Kelulut
kelulut@telokbakong.com

Tarikh :14.08.2008

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26.08.2006 yang melibatkan tokoh paling berpengaruh diMalaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim membuatkan UMNO - BN terus melolong bagaikan disampuk puaka.

Lolongan ' Ketuanan Hak Melayu ' tidak jemu - jemu menjadi pembasah lidah para pencacai dan pemimpin bangkrap idea UMNO . Mereka tidak sedar bahawa dasar merekalah yang meracun secara senyap hak - hak yang sepatutnya dimiliki orang - orang Melayu .Tetapi bila UMNO diambang kemusnahan mereka mencari kambing hitam kononnya Hak Melayu semakin terhakis natijah kerjasama Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI.

Untuk rekod, Umno yang menentang Malayan Union pada tahun 1946 itu bukanlah UMNO yang ada pada hari ini. UMNO 1946 itu adalah gabungan 39 politik dan persatuan - persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura.Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1 - 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Kemudiannya dirasmikan dengan perlembagaannya sekali di Istana Besar , Johor Baharu.

Pada 1948 muncul pula Gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang juga acuan Malayan Union tetapi didalam bentuk yang berlainan. Timbul pula masalah " Jos Soli " yakni memberi kerakyatan kepada semua kaum yang berada di Tanah Melayu ini ditentang habis - habisan oleh orang Melayu .

Dalam hubungan ini , pihak Inggeris bersetuju untuk melaksanakan Jos Soli Terhad ( dengan syarat - syarat ketat). Gagasan Persekutuan Tanah Melayu ini ditentang oleh ramai orang Melayu dan juga parti politik Melayu .

Oleh kerana Inggeris menerima dan mengakui UMNO sebagai wakil orang Melayu maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini diterima pada 1 Februari 1948.

Adalah diyakini bahawa UMNO ini sendiri adalah benih penjajah yang telah disuburkan melalui kalangan orang Melayu sendiri . Pimpinan ini telah mendapat " ijazah" malahan menyuntik racun pecah dan perintah yang telah begitu lama membius jasad serta fikiran orang Melayu .

Prof Dr Ramlah Adam pernah menulis dalam buku beliau berjudul " Gerakan Radikalisma DI Malaysia 1938 -1960 m/s 412 ".......maka termeterailah Perlembagaan 1957 yang memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu tetapi menghapuskan ketuanan orang Melayu untuk selama - lamanya.Sejak tahun 1948 penerima Jos Soli Terhad tidak pernah diambil berat dan tidak pernah dikaji dan diperketatkan oleh orang melayu ( UMNO).Apabila Suruhanjaya Reid menggubal Perlembagaan Tanah Melayu untuk kemerdekaan , masalah ' kerakyatan' tidak timbul lagi.Inilah yang dimaksudkan oleh Ramlah Adam " Hapus untuk selama - lamanya " .


Kini UMNO dan gerombolan cucu cicit mereka meraung, melolong lagi tentang "ketuanan" .Jenis apakah mereka ini adakah setelah hilang 2/3 majoriti baru tersedar taraf 'tuan" sudah hampir lucut ? . Ketika memenuhi kerusi di parlimen siapakah yang mengkhianati bangsa Melayu?


Bagaimana kedudukan ?


* Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
* Tanah rezab melayu
* Biasiswa kepada pelajar
* Agama Islam sebagai agama rasmi
* Kepentingan tulisan jawi
* Kedudukan Raja - Raja Melayu
* Sistem kehakiman dan perundangan
* Rasuah dan salah guna kuasa
* Singapura terlepas ( zaman siapa memerintah ? )
* Pulau Batu Putih ( baru terlepas)
* yang lain cari sendiri...


Inilah agaknya nilai - nilai ketuanan versi Umno dalam suasana politik Malaysia yang penuh ketidakjujuran namun fakta sejarah tidak pernah berbohong.Cuma terpulang kepada rakyat kalau mahu terus bertuankan UMNO sejarah membuktikan merekalah yang menjual kehormatan Malaysia. Jika mereka terus diberi kuasa bermakna "bius" penjajah masih ada ditangan UMNO .

Wednesday, August 13, 2008

Alahai... Parti Kesayanganku {PAS}


Oleh: Sang kelulut

kelulut@telokbakong.com

Teori Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya semakin hampir jika dilihat kepada mood rakyat serta kenyataan daripada Ketua Umum PKR , Dato Seri Anwar Ibrahim.
Semakin menyakinkan lagi apabila DSAI akan bertanding dalam piliharaya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal jadi penentu hidup mati persaingan politik Anwar Ibrahim samada mampu untuk terus melangkah ke putrajaya atau pun tidak .

Lantaran keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DSAI kita menyaksikan sokongan yang sangat luar biasa dari kalangan pimpinan politik yang lain serta para pengikut mereka yang pelbagai kaum.

Dari satu sudut gelombang dan karisma PKR tampak disambut baik oleh golongan bukan Melayu tetapi ada pihak yang melihat orang Melayu masih lagi tercari - cari siaran gelombang yang dibawa oleh frekuensi PKR dengan kata lain , orang Melayu masih ragu atau masih belum boleh menerima dengan baik parti alternatif ini .

Untuk rekod kita dapat saksikan PKR telah berjaya menambat hati bukan Melayu dalam masa yang singkat sedangkan Parti Pas yang majoritinya berdarah Melayu masih kurang mendapat sokongan Melayu secara meluas persoalannya dimana silapnya ?

Mungkin pendapat ini tidak benar seratus kerana Kedah ,Perak dan Kelantan dikuasai PAS ...tapi bagaimana Parlimen ? Menurut DSAI acara hijrah beramai - ramai ahli parlimen BN akan berlaku 16 sept 2008 dimana gerombolan bekas BN ini akan menyertai PAKATAN RAKYAT .

Kini timbul pula kerisauan baru kepada PRESIDEN PARTI KU ( PAS ) bimbang sekiranya bukan Islam menguasai majoriti parlimen dan rela meninggalkan Pakatan jika majoriti Islam di Parlimen menjadi minoriti.

Penulis merasa hairan kenapa ketika DSAI dimedan tempur Permatang Pauh kenyataan sebegini kita keluarkan .Bukankah terlebih baik kita tumpukan pilihanraya ini dan apa - apa yang bersifat teknikal kita tunggu selepas 16 sept 2008 ?

Apakah tidak pernah dibincangkan selama ini ketika bersama merangka strategi PAKATAN tentang risiko PR dan BN terhadap ISLAM ?

Apakah PAS gagal menarik perhatian Ahli parlimen Umno ? sebaliknya Anwar begitu yakin mengatakan bahawa akan ada penghijrahan . Apakah baru kini kita (Pas) merasa tersepit ? Sepatutnya sebelum kita memutuskan untuk bersama PAKATAN natijah inilah yang paling aula di ambil kira.

Peluang besar inilah yang ditunggu - tunggu oleh UMNO - BN untuk dijadikan " bahan bakar" jentera pilihanraya mereka . Dunia mahu melihat Permatang Pauh akan menjadi medan 'perkuburan UMNO - BN atau barzakh PAKATAN RAKYAT !

Tapi mungkinkah kita yang sedang menggali kubur kita sendiri ?

Monday, August 11, 2008

Dari Telok Bakong Ke Permatang Pauh

Pengumunan penting buat penduduk Telok Bakong.Satu buah bas yang di taja Kapt(B) Hj Usaili Alias Ketua Bahagian PKR Parit telah di sediakan.Kuota untuk penduduk Telok Bakong adalah 20 orang dan Bota adalah 20 orang.Setakat ini 10 kuota sahaja lagi yang tinggal untuk penduduk Telok Bakong.Di jangka akan bertolak pada pukul 12.00 malam pada 15.8.2008.
Untuk tempahan sila hubungi En.Tuah 019- 474 2580.Siapa cepat dia dapat,kalau lambat dia melompat!!Di khabarkan juga konvoi kereta dari kampung ini turut menyertai misi ke Permatang Pauh.

Bagi aturcara kakitangan Telok Bakong Online adalah seperti dibawah:

5.00 am - Bertolak

7.30 am - Di jangka sampai ke Permatang Pauh dan sarapan.

8.30 am - Ke Pusat Penamaan calon dan melaporkan berita terkini.

12.00 pm - Lawatan ke Bilik Gerakkan dan penyerahan poster kempen.Bergambar di kediaman ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tuk Kun.

4.00 pm - Menaiki jambatan untuk menjamu selera Mee udang Salwa di Gertak Sanggul.

6.00 pm - Tapao Shareef Nasi Kandar hehe.(sampai rumah tergebe nyepe)

Bagi yang naik bas dan semua rakyat Perak di pelawe untuk seisi bergambar dan video bersama rakan TBO untuk di muatkan ke dalam website TBO.Semoga kita selamat pergi dan kembali dan datang lagi untuk Hari Pengadilan(Judgement Day) pada 26 Ogos kelak.REFORMASI!!!

"Selamat Datang Ke Putrajaya Perdana Menteri Ke 6 Datuk Seri Anwar Ibrahim"
dari Telok Bakong Online

Telok Bakong:Pemilihan Peringkat Cawangan Gempar!!


Hujung minggu lepas berlangsung pemilihan ketua kampung JKKP atau lebih tepat lagi Tok Sidang Umno.Di Kampung Paloh Tok Sidang Jakpo telah 'mengekalkan jawatan' tanpa tandingan.Maka dengan ini terdapat 2 Tok Sidang di kampung ini setelah Tok Sidang dari Keadilan Saudara Li Lop terlebih dahulu dilantik setelah menang tanpa bertanding juga dalam pilihanraya pemilihan ketua kampung yang lalu.Ketika pemilihan itu wakil dari Umno tidak masuk bertanding.

Beralih pula di Telok Bakong Tengah.Tok Sidang Alin di cabar oleh Cikgu Bahari dan akhirnya Tok Sidang Alin berjaya mengekalkan jawatannya.Tok Sidang Bakar dari Pas juga mengalas tugas yang sama.Manakala di Padang Marhum Saudara Nikmat telah dicabar oleh Saudara Arqam.Terdapat rundingan peringkat awal untuk megelakkan pertandingan dan akhirnya Saudara Arqam menarik diri.

Terdapat isu-isu yang agak panas semasa pemilihan Umno di kampung ini.Seorang hamba Allah tidak berpuas hati setelah tewas dalam perebutan jawatan yang ditandinginya dan mengugut akan menyertai Pakatan Rakyat.Manakala seorang calon wanita yang dijangka menang tanpa bertanding di kejutkan di hari pertandingan apabila terdapat calon akan menentangnya.Kaedah undian adalah nama calon dibawah di undi dulu.Biasalah orang perempuan deme gemor je ngangkat tangan,bila masa ngundi tu yang mula nama naik banyaklah ngundi.Maka calon utama wanita ini mendapat sokongan minoriti setelah kebanyakkannya sudah tak boleh mengundi lahi.Hahahaha.Lawak kome.

Di peringkat pencalonan Ketua Bahagian Parit,Datuk Zain setakat ini mendahuli 46 - 20 mengatasi Datuk Nasaruddin Hashim.Barang harus di ingat ini hanya lah pencalonan,pengundian nanti macam-macam boleh terjadi.Kita tengok sajalah pemilihan mereka ini,sekadar melaporkan pasal Telok Bakong Online orang Umno pun ada juga nengok.Website deme udah lama benor tak berupdate.

Tapi....jangan lupa 16 September 2008,kalau Anwar Ibrahim menjadi PM apa kan jadi pada Tok Sidang Umno ini.Takkan masih di kekalkan,mustahilkan?.Jangan orang Umno marah pulak,ini bukan serangan peribadi,sekadar makluman sahaja.Sebelum terlambat baiklah mari menyertai kami di Pakatan Rakyat,dengan tangan terbuka kami mengalu-alukan kehadiran saudara.Kita memang bersaudara....

Linkwithin