Friday, August 24, 2012

Perangkap Baru Buat Petani Dari Barisan Nasional





Ini lah bentuk bantuan yang diberikan pada penanam padi apabila bermulanya musim penanaman padi .Selain dari baja butiran,juga dibekalkanbaja cair.Baja berbentuk cair ini tidak pernah diberikan dulu.Ianya dianggap langkah terdesak BN untuk meraih sokongan rakyat dengan membekalkan baja yang mempunyai cap dacing.Kenapa mesti cap dacing?..tidak buleh kah cap lembu ke..cap kondo ke..Apakah dengan terteranya gambar dacing tersebut yang merupakan lambang untuk Barisan Nasional..bermaksud bantuan baja ini diberi dari Dana Barisan Nasional sendiri..Dari mana BN dapat dana yang begitu besar untuk mengadakan bantuan ini.

Sebagai seorang yang biasa dengan penanaman padi,bantuan baja ini kadang kadang dilihat menghalang kepada kemajuan pesawah itu sendiri.Ini adalah kerana baja yang dibekalkan tersebut adalah bermutu rendah.Kandungan NPK didalam baja telah dikurangkan.(Benda yang nak dibekalkan dengan kuantiti yang banyak biasanya dosnya akan dikurangkan..kerana ianya hanya untuk kaburi mata rakyat sahaja bukannya kerana benar benar mahu meningkatkan taraf ekonomi rakyat)Tetapi petani terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk upah menabur baja ini.Mereka juga tidak membeli baja tambahan kerana memikirkan baja bantuan ini sudah cukup untuk menampung keperluan tanaman mereka.Nyata mereka telah tersilap membuat kiraan.Oleh kerana baja ini bermutu rendah,pengunaannya gagal melonjakkan hasil pengeluaran.Hasilnya petani tidak mendapat keuntungan yang lebih.Ianya sekadar cukup cukup makan sahaja.Ini akan mengakibatkan Putaran Ganas Kemiskinan terjadi. Putaran Ganas Kemiskinan ini terjadi kerana hubungkait dengan keadaan petani yang gagal meningkatkan pengeluaran.Kegagalan untuk meningkatkan produktiviti ini menyebabkan petani akan gagal melakukan tindakan tindakan untuk memajukan dan membangunkan pertanian mereka kerana kekurangan modal.Hal ini akan terus berpusing pusing dan memerangkap petani didalam lingkaran ganas kemiskinan tanpa dapat melepaskan diri.Salah satu yang dikenal pasti sebagai punca terjadinya keadaan yang sebegini ialah pembekalan baja yang tidak bermutu kepada petani. Bagi petani yang sedar akan kenyataan ini,mereka mengambil langkah mengunakan baja dan racun komersial yang berada dipasaran,walaupun harganya lebih tinggi.Ini mengakibatkan mereka mendapat untuing yang lebih.Berlainan dengan nasib petani yang mengunakan baja dari dana Barisan Nasional ini,rata ratanya mula mengulung tikar.

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Dari Kami TIM TBO


Selamat Hari Raya Kami Ucapkan Maaf Zahir dan Batin dari Tim TBO.Sebarang salah laku dan kesilapan semasa penulisan harap dimaafkan.Tapi tiada lah aku nak minta maap dari Geng Songkok Tinggi tu...pasai aku tak de rasa nya buat salah kat deme..Deme yang banyak buat salah pada rakyat...

Linkwithin