Friday, September 19, 2014

Adam Adli dihukum penjara 12 bulan kerana menghasut



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim, setelah didapati bersalah atas tuduhan hasutan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pihak pendakwa telah membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdahulu, peguam Adam Adli, Latheefa Koya dalam mitigasinya berkata ia adalah kesalahan pertama Adam Adli yang masih belajar undang-undang di sebuah kolej swasta.

Pesalah pertama di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau maksimum tiga tahun penjara.

Beliau memohon mahkamah supaya hanya mengenakan hukuman denda kerana tiada yang cedera akibat daripada apa yang dikatakan oleh anak guamnya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas meminta hukuman penjara dikenakan, kerana berkata seruan Adam Adli supaya menggulingkan kerajaan yang sah, adalah serius.

Hakim Mat Ghani, selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, membenarkan penangguhan hukuman itu dan mengekalkan jaminan sebanyak RM5,000.

Selain Adam Adli, mereka yang turut didakwa atas tuduhan menghasut di forum yang sama ialah Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua; ahli PAS Tamrin Ghafar, pemimpin pelajar Mohd Safwan Anang, aktivis dan peguam Haris Ibrahim serta aktivis Hishamuddin Rais.

Awal bulan ini, Mohd Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara.

Msinc-Adam tabahkanlah hati mu dalam mengharung dunia yang penuh durjana.


Tuesday, September 16, 2014

Ape Ke Bende Ni?




Permandangan petang ini medan PRK PENGKALAN KUBOR,adakah pelayar pelayar alam siber masih tak faham APA MAKNA SEMUANYA ITU?.Mereka ini semua baru balik daripada satu program yang anjurkan oleh UMNO/BN di sini..
- Adakah ini satu perlawanan yang ADIL? .Cuba tanya puak2 SPR,apakah maknanya RASUAH PILIHANRAYA? Apakah tujuan pemberian itu semua dalam suasana PRK,kalau TIDAK MENGHARAPKAN UNDI daripada mereka-mereka yang menerima pemberian itu?


Dari Face Book - https://www.facebook.com/milokosong.koww.3?fref=photo

Monday, September 15, 2014

Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.Mkini.

Linkwithin