Monday, September 15, 2014

Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.Mkini.

1 comment:

Anonymous said...

Mulut bontot lbh sesuai...apa yg keluar ttp busuk

Linkwithin