Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 5:06 PM
PETALING JAYA: Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencetuskan rasa tidak senang di
kalangan sekutu Pakatan Rakyat apabila didakwa mahu mengekalkan Tan Sri
Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pandangan itu ternyata merisaukan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP apabila PAS secara konsisten
mengambil pendirian bertentangan dalam isu krisis kepimpinan di negeri
itu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan untuk mengekalkan Khalid dinyatakan
oleh Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat
baru-baru ini.
"Yang agak merisaukan saya adalah
dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Hadi
tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah
dengan mengekalkan Tan Sri Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau
kelemahan Tan Sri Khalid," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Kebimbangan Nik Nazmi yang juga
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu dilihat
mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan
mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai menteri
besar.
Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Seri Setia itu mengingatkan Hadi supaya tidak berterusan
mengambil keputusan yang bertentangan dengan PKR dan DAP dalam isu
menteri besar.
"Pilihan itu tentulah bertentangan
dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
"Meskipun isu perlantikan menteri
besar belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai
menteri besar peralihan yang telah diterima Sultan Selangor. Apatah lagi
Tan Sri Khalid kini hanyalah Adun bebas tidak berparti," katanya.
8 comments:
PAS akan bersama BN tidak lama lagi
Macam ada sesuatu yang tidak dapat dibaca setiapkali langkah baru diambil. Setiapkali usaha penuh beradab dan cukup berhemah cuba diambil, setiapkali pula dibalas dengan pendapat-pendapat yang aneh dan tidak masuk akal. Jika keputusan-keputusan tidak waras ini terus dilayan lebih ramai pihak yang asalnya berkredibiliti akan hilang kredibiliti. Mengapa susah sangat untuk fokus kepada masalah sebenar? Mengapa perlu dilayan jawapan-jawapan yang terkeluar tajuk ini? Sebelum lebih banyak pihak hilang kredibiliti, tentukan dengan jumlah kiraan tepat calon yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan dan lantik sahaja beliau sebagai MB. Semua akan selamat.
Berhentilah daripada bersikap buruk sangka
org beri kenyataan bertentangan, diaingat kita nak join musuh.. aper daaaa..
Kerja menyiar berita tanpa fatabayyanun...sama taraf dgn org yg membuat fitnah...periksa dahulu kebenaran sblm menyiarkan sesuatu. Jgn sekdr sensasi...krn nk kan sensasi diri menangung dosa yg besar krn menjadi rantaian penyebar fitnah terhdp ulamak...menjadi penyebab org bersangka buruk pd ulamak...nauzubillah...
Tapi seperti kata nabi...klu dh x malu...buatlah...kerja fitnah plak tu...maka dptlah kepuasan didunianyg sedikit ni...sekjp...krn dpt memesongkan sokongan rakyat dr ulamak...tanpa peduli batas agama...berseronoklah....kepuasan dgn kejahatan...doa2 lah kau mati dulu sbb klu kau mati dulu mungkin ulamak memaafkannkau...tp klu ulamak mati dulu...naya kau dunia akhirat menangfung dosa penyambung fitnah..nk mati dhndiseksa...dlm kubor apatah lg...dipdg mashyar...urghhhh...waktu tu anuwar ke rapu zi ke..depa lps tgn..maslah sendiri x tetangung...nauzubillah
Baca lah sikit hadis2 nabi brkenaan org yg menyebar fitnah...x percaya kt ulamak..blh google...sebar fitnah pd ulamak plak..sdg ulamak adalah pewaris2 nabi. Ulamak palsu xkn thn sebrgini lama...skjp jrr allah bls...tp kau...islam blum tentu lg...baru sedikit habuan dunia...nauzubillah
Apa alasan kau dpn allah nanti?
Post a Comment