Tuesday, September 9, 2014

PKR beri Pengkalan Kubor pada PAS


PKR memberi laluan kepada PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang sebelum ini ditandingi PKR.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Azizah, keputusan itu dibuat untuk "berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat".

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum BN dijangka mengumumkan calon mereka di Tumpat, esok.

Wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN mati akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pilihan raya kecil pada 25 September.



3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...satu langkah yang bijak daripada WAWI...kita harap PAS dapat merampas kerusi ini..jangan dok berperang sesama sendiri...tumpukan peluru kita ke arah musuh. Tapi cukup malang terdapat di kalangan manusia yang memperlekehkan penyerahan kerusi ini oleh PKR... berbagai tuduhan dilemparkan kepada WAWI dan PKR...kata-kata sindiran dan sebagainya... PAS minta PKR bagi...yang menjadi masalahnya tukang karut dan tukang komen...pemberian ada niat disebaliknya untuk mendapat jawatan MB Selangor lah...ada yang boeh cerpen satira lah... kalau tak bagi ... timbul juga cerita seumpama dan sewaktu dengannya... Inilah dikatakan manusia...kalau orang lain serba tak kena tapi kalau diri sendiri semuanya okay... Orang lain buat semuanya tak betul ..yang dia buat sahaja yang betul....Inilah martabat syaitan mengikut pengikut tasauf......

Anonymous said...

Pkr mmg sengaja bagi laluan. Pas tak boleh menang. Undi Dari dap Dan pkr pon pas tak akan dapat .. Kalau la calon orng hadi.. Blok professional tak akan bagi undi Maknanya undi pas pon akan berpecah.

Anonymous said...

nampaknya macam itu lah..tengok calunnya macam kurang wibawa ajer..

Linkwithin