Saturday, April 13, 2013

Apabila 85 Peratus Cina Johor Sudah Sokong PR..Apa Yang Akan Berlaku?

Harakahdaily, 11 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sokongan pengundi Cina di Johor kini sudah mencecah 85 peratus kepada Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Dengan sokongan ini, PAS berkeyakinan Pakatan Rakyat akan memberikan sekurang-kurangnya 12 kerusi Parlimen di Johor untuk mempastikannya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

"Selepas satu tahun saya gempur Johor, saya yakin Pakatan akan menyumbangkan 12 kerusi Parlimen di Johor," kata Salahudin diikuti dengan tepukan bergemuruh para hadirin di Dewan Fadzil Nor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) itu.

Salahudin yang berucap selepas diumumkan sebagai calon PAS di Pulai bersama dengan Datuk Husam Musa calon PAS di Putrajaya dan Zamri Asa'ad Khuzaimi calon PAS Titiwangsa.

Menurut Salahudin, dengan hanya 35 peratus sokongan Melayu di Johor dan 75 peratus sokongan Cina, Pakatan akan mendapat kemenangan majoriti mudah dalam DUN Johor.

"Sebab itulah, Datuk Seri Najib lewatkan bubar, kerana dia tahu Johor tidak selamat lagi bagi BN," katanya.

Salahudin juga menjangkakan, Sabah akan menyumbang 15 kerusi parlimen manakala Sarawak 10 kerusi parlimen untuk Pakatan.

"Dengan unjuran ini, kita boleh sampai ke Putrajaya," kata Salahudin disambut takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

DAP Dan TBO kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis

 Ulasan TBO-Risalah ini berserta risalah mengenai Tuan Guru Nik aziz telah disebarkan di dun bota. baru baru ini,Risalah yang bertajuk 'dap rasis' ini telah disebarkan secara meluas oleh pihak pihak tertentu dipercayai oleh umno (Penyebar nya ialah ahli tegar umno,tbo telah mengenalpasti penyebarnya) yang bertujuan untuk memburuk burukkan parti dap dan pakatan rakyat.

satu risalah lain turut diedarkan bersama,iaitu mengenai TGNa.Kandungan nya ialah memburuk burukkan kepimpinan tuan guru nik aziz di kelantan.isunya antara lain ialah tentang pembolotan tgna terhadap balak di kelantan,isu air dan penajaan haji.disamping itu terdapat segmen yang menghina kepimpinan ulama itu.

tbo memandang serius tentang perkara ini.kepada penyokong pakatan rakyat yang menerima risalah ini,adalah dinasihatkan supaya memusnahkannya.diharap pimpinan pakatan rakyat dapat membuat siri siri penerangan untuk menangkis isu isu yang telah diutarakan didalam risalah ini.

hijrah bota....rakyat bangkit ..bota berubah..

Wartawan Sinar Harian
10 April 2013
DAP kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis
Howard (dua, kanan) bersama Kah Woh (tiga, kanan) menunjukkan risalah ‘DAP Rasis’ yang dikatakan diedarkan di sekitar Ipoh sejak lima hari lalu.
IPOH - DAP menganggap pengedaran risalah 24 muka surat bertajuk ‘DAP Rasis’ yang dikesan sejak lima hari lalu sebagai satu situasi politik tidak matang.

Risalah berbahasa Melayu yang mengandungi beberapa paparan mengutuk tindakan dan propaganda parti itu dipercayai diedarkan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Ipoh terutama lokasi majoriti penduduk Melayu.

Setiausaha DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, amalan yang cuba diterapkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menyentuh politik perkauman dan agama itu sama sekali tidak rasional.

Menurutnya, ia hanya menggambarkan tindakan terdesak sebelah pihak untuk meraih kepercayaan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita anggap ini satu fitnah, apa yang dipaparkan ini sama sekali tidak benar, isu-isu yang dibawa juga sebenarnya sudah dijelaskan sebelum ini. “Buat masa ini, kita masih belum dapat mengenal pasti pihak yang terbabit, namun tidak menolak kemungkinan ia didalangi parti lawan dalam usaha memburukkan nama parti ini dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada satu sidang media.

Hadir sama, Ketua DAPSY negeri, Wong Kah Woh dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali. Howard berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada pihak berkaitan untuk tampil memberi penjelasan sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, penyebaran buku berkenaan bukan sahaja menyalahi undang-undang dan akta penerbitan, malah ia dikeluarkan bagi tujuan menghasut rakyat. “Kita akan tunggu maklum balas selanjutnya sebelum tindakan lanjut termasuk laporan polis dibuat,” katanya.

Pengumuman Calon KEADILAN Perak 15 April (Isnin) Di Manjoi

BHf_1riCUAEnmD7

KUALA LUMPUR 12 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Perak pada 15 April ini.

Pengumuman itu dijadualkan akan diumumkan beliau ketika menyampaikan ceramah Pakatan Harapan Rakyat dalam siri jelajah ke negeri itu.

Ceramah pertama yang akan disampaikan beliau akan diadakan di Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala seterusnya acara kemuncak dalam ceramah keduanya, Anwar akan mengumumkan calon KEADILAN selain turut menyampaikan ceramahnya yang diadakan di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Seterusnya barisan penceramah yang akan bersama Ketua Pembangkang malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga calon KEADILAN Bagan Serai, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang diumumkan untuk mempertahankan kerusi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih kang, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, diumumkan calon Parlimen Lumut.

Selain itu, penceramah lain yang hadir sama antaranya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, Ustaz Zulkifli Ibrahim, Ketua Cabang Rembau yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan pimpinan KEADILAN Perak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50137

Msinc-TBO juga akan berada disana bersama seluruh Jentera PRU 13 Bota untuk mendengar sendiri penyistiharan tersebut. Diharap sesiapa dari Bota yang ingin berkonvoi ke Manjoi,sila tunggu di Bilik Gerakan Utama PKR Bota,selepas maghrib.Kita berkumpul dan bergerak bersama sama menuju ke Putrajaya..ooops silap..Manjoi daa..

Friday, April 12, 2013

Iwan Penyanyi Akan Sertai Santai- Seni Untuk Perubahan ,Kemenangan Islam Negara Berkebajikan


Penceramah:-

                 Iwan Syahman Penghibur Tanah Air

                 Dato Termizi Mat Jam Anak Watan

                 Drs Ishak Shaari Calon Pas Kg Gajah

                 Sdra Mustafa Kamil Ayyub Calon Parlimen


Tempat:      Pekan Telok Sareh,Kampung Gajah


Masa   :       9.00 Malam


Tarikh :       13 hb April 2013


SILA HADIR BERAMAI RAMAI

Kerajaan Sementara Tidak Boleh Guna Kemudahan Negara Untuk Kepentingan Parti Politik..!!! Tegas Prof Aziz Bari


PROF AZIZ BARI

Kerajaan Sementara Tidak Boleh Guna Kemudahan Negara Untuk Kepentingan Parti Politik,tegas Prof Aziz Bari dalam ucapannya kepada hadirin di Program Ceramah Kelompok di UPU Kg Aji Bota Kiri semalam (9hbMac2013).Menurutnya pemimpin pemimpin musti bijak dalam memahami erti demokrasi yang diwarisi dari penjajah itu.Kerajaan dan parti politik mustilah diasingkan.Kerajaan yang diwakili oleh parti yang memenagi pilihan raya harus lah bebas dari dipergunakan segala kemudahan dan insfrastukturnya oleh parti politik.

Zaim Zulkifly Bertindak Sebagai Pengacara Majlis

Ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan haruslah adil dan tidak bias dalam menjalankan dasar dasar dan penguatkuasaan.Ahli ahli politik yang membentuk kerajaan dilarang melakukan penekatan,pengasingan,penindasan dan sebagainya terhadap parti parti politik lawan

Kreatif

Di Negeri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menyerahkan kunci kereta rasmi nya berikutan dengan pembubaran DUN P.Pinang.Di Kelantan,Tuan Guru Nik Aziz mememang dari tahun 1990 lagi tidak mengunakan kereta rasminya selepas waktu pejabat.Beliau akan mengunakan kereta Datsun "buah khana"nya untuk pergi mengajar.Manakala Khalid Ibrahim telah mengarahkan supaya semua DUN mengunakan separuh sahaja kemudahan kemudahan untuk wakil rakyat setelah DUN Selangor dibubarkan.


Beliau menambah lagi,tanda tanda kejatuhan UMNO BN terserlah dengan melihatkan cara dan kaedah kempen BN sekarang.Biasanya parti yang akan kalah akan mengunakan bendera bendera besar dalam kempen mereka.Jelas kelihatan  BN telah banyak mengunakan Sepanduk sepanduk dan bendera besar dlam kempen mereka.

Beliau juga mengingatkan kepada pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat supaya sentiasa berwaspada kepada kebanjiran pendatang asing yang mungkin akan menjadi pengundi hantu.Beliau juga mensyorkan supaya Program program kempen UMNO dipantau dengan rapi untuk mengelakkan berlaku penyorokkan kad pengenalan dan "Brain Wash" keatas pengundi.Ianya biasa dilakukan dalam Program Anak Angkat Umno.Paling penting ialah disaat hari hari akhir sebelum mengundi.Mungkin wujud sindiket yang akan menandakan jari pengundi dengan dakwat hitam bagi mengelakkan pengundi melakukan pengundian.

Thursday, April 11, 2013

UNTUK RENUNGAN SEMUA UNTUK HADAPI PRU 13 TERUTAMA YANG TERLIBAT SEBAGAI JENTERA PRU


RENUNGAN:
 


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- Dsb

2) Dari pakai moto kap --- Kancil-Wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----Supervisor ----- Engineer --- Manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home Theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong 

.....
  T   E   T   A   P    ...  


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN
  UNTUK   MATI'  

Umpamanya:
 

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
 

Contohnya:
 

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
 

......infiniti. ......
 

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.
 

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
 

Sumber-E mail

Tidak Timbul Isu Berat Sebelah Kata Ketua Pemuda UMNO Parit.

USTAZ ISMI KETIKA BERUCAP DI TELOK BAKONG
SITI SAFA MOHD NOR (SINAR)
5 April 2013
PARIT - Dalam maklum balas terhadap kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkenaan penggunaan kemudahan awam untuk kepentingan parti politik tertentu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihak berkenaan perlu adil dalam memberi kenyataan.

Menurut Khairul Shahril, jika dilihat di setiap negeri diperintah pembangkang, situasi sama berlaku, iaitu premis awam seperti dewan dijadikan bilik gerakan atau bilik operasi parti pembangkang.

"Jangan lihat situasi di Perak sahaja. Mereka harus lihat secara menyeluruh sebelum buat kenyataan. Semua premis awam boleh digunakan jika mendapat kebenaran.

"Jika pihak yang bertanggungjawab menjaga premis itu memberi kebenaran, kita boleh gunakan. Begitu juga Pas, mereka boleh guna asalkan mendapat kebenaran setelah mengikut prosedur ditetapkan. Jadi tidak timbul isu berat sebelah," katanya.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib menyatakan rasa tidak puas hati kerana ada parti menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan mereka.


TBO- Masalah akan berlaku apabila pemimpin pemimpin politik tidak mempunyai kefahaman sebenar tentang apakah yang dimaksudkan demokrasi dan tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.TBO telah berulang kali membongkar tentang penyalahgunaan milik kerajaan oleh parti yang memerintah.Sebenarnya pengunaan hakmilik kerajaan sebagai alat dan utiliti UMNO ini begitu berleluasa dikawasan yang mempunyai ramai penyokong UMNO.Apa apa hal pun rujuk perlembagaan,jangan ikut sedap sendiri beri penyataan.Diharap SPRM berani mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini,ianya telah banyak mengelirukan pemimpin dan rakyat yang mempunyai kurang pengetahuan tentang demokrasi dan undang undang negara.

Di Negeri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menyerahkan kunci kereta rasmi nya berikutan dengan pembubaran DUN P.Pinang.Di Kelantan,Tuan Guru Nik Aziz mememang dari tahun 1990 lagi tidak mengunakan kereta rasminya selepas waktu pejabat.Beliau akan mengunakan kereta Datsun "buah khana"nya untuk pergi mengajar.Manakala Khalid Ibrahim telah mengarahkan supaya semua DUN mengunakan separuh sahaja kemudahan kemudahan untuk wakil rakyat setelah DUN Selangor dibubarkan.

Mungkin Ketua Pemuda Parit ini boleh senaraikan kawasan mana yang Pakatan Rakyat gunakan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan,supaya mudah diambil tindakan.Bagaimana dengan UMNO/BN ?

Apa Pandangan Pembaca,komen yang bernas akan dipaparkan dalam post ini...

Wednesday, April 10, 2013

Misteri Payung Hitam Di Seri Iskandar Terungkai Part 2

Payung Dipamerkan DiSetiap Persimpangan Penting

Ade payung di atas lampu traffic light??????......ape ke hal nye ni...macam ade satu isyarat aje ni...tak pernah tengok payung hitam di letakkan sebegitu rupe,baik kite guna masa hujan aje lagi baik.Ditengah-tengah kerancakkan bendere BN dan PR berkibar disekeliling disimpang empat Bote kiri dan kanan ni tetibe ade pulok payung ditengah-tengahnye..
Payung Hitam Yang Berterbangan Di Hembus Pawana

Yang teman dapat tengok payung ni ade 2 lokasi letaknye,lagi,di simpang empat bote kiri dan Bota kanan.Letaknye same juge diatas lampu traffic light letaknye.

Menurut kate beberape orang otai di Bote Kiri ni,itu adalah isyarat dari calon bebas yang akan turut serta bertanding di DUN Bota atau Parlimen Parit.Payung itu mungkin simbol yang akan digunakan oleh calon bebas tersebut.

Entah ler,mungkin ye atau mungkin tidak,kite tengok aje ler mase penamaan calon nanti jike ade lawan tiga penjuru maka betul ler tu......siapa orangnya,mungkin disini dan disini mungkin dapat menghuraikan segala persoalan.
Sumber Botaonline 
Gambor Oleh Telok Bakong Online

Tuesday, April 9, 2013

Misteri Payung Hitam Bergantungan Di Seri Iskandar...


Sekira nya anda berulang alik antara Bota dan Bandar Seri Iskandar,anda akan nampak banyak payung hitam digantungkan dipersimpangan jalan dan lampu isyarat.Payung payung hitam ini sungguh menarik kerana ianya kelihatan cuba menyaingi bendera bendera Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.Walaupun tidak sebanyak bendera bendera parti politik yang berkibaran,ianya tetap menjadi tarikan kerana bahan pengiklanan ini nampak berbeza dan diluar kebiasaan.


Apakah makna pengantungan payung hitam ini.Kita sedia maklum ada banyak persatuan persatuan di Malaysia mengunakan lambang lambang tertentu untuk menunjukan kehadiran mereka seperti melekatkan daun kelapa atau mengunakan stiker stiker yang mempunyai warna warna tertentu.Namun pengantungan payung hitam ini menimbulkan tanda tanya yang sungguh mendalam didalam kekalutan Pilihanraya Umum yang ke 13 ini.Apakah payung hitam ini akan turut serta memeriahkan PRU ini.



Kita tunggu kan jawapannya di artikel yang akan datang beserta gambar.Tunggu..

Kos hidup: Manifesto BN bersifat jangka pendek


KPRU, 09 Apr 2013
Dalam pelancaran ‘Aku Janji”-nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan manifesto yang seakan-akan manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) beberapa minggu yang lalu.

Namun, apa yang kekurangan adalah Najib tidak memberi penyelesaikan kepada bagaimana beliau hendak menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan taraf hidup dalam negara.

Di mana Najib ingin meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib gagal untuk menyatakan usaha mampan dan berjangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya rakyat Malaysia yang miskin.

Pemberian BR1M ini ternyata tidak mencukupi untuk meliputi satu tahun, malah perbelanjaan satu minggu bagi sebuah keluarga di kawasan bandar terutamanya kawasan-kawasan maju seperti Lembah Klang.

Di mana PAKATAN merancang untuk mengurangkan kadar caj air dan caj elektrik untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Najib masih meneruskan pemberian wang tunai yang tidak akan mengeluarkan rakyat Malaysia yang miskin dari kemiskinan.

Najib ingin meneruskan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan barangan yang dijual oleh KR1M mungkin lebih murah kerana tidak berjenama akan tetapi, dengan skandal kualiti rendah atau merbahaya, Najib telah menolak hak rakyat Malaysia untuk akses kepada barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Beliau telah menggalakkan situasi, kualiti rendah, harga rendah, keselamatan dan kesihatan rakyat diabaikan pada jangka masa panjang.

Najib juga mengutarakan menaikkan Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dari RM250 kepada RM300 namun pada masa yang sama, Najib tidak mengutarakan sebarang rancangan untuk membantu para pelajar pada jangka masa panjang, iaitu di mana kadar yuran kemasukan universiti kian meningkat terutamanya di sektor swasta, masih tiada penyelesaian alternatif kecuali penerusan pinjaman PTPTN yang sebenarnya membantu pihak institusi pengajian tinggi meraih keuntungan dan membebankan para pelajar terutamanya selepas habis pengajian.

Begitu juga rancangan Najib untuk melaksanakan dasar 1Malaysia 1Harga untuk barangan keperluan asas. Akan tetapi, pada masa yang sama, Najib gagal untuk menyatakan mekanisme untuk memastikan dasar tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak berkepentingan.

Ini adalah berbeza dengan PAKATAN merancang untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan merupakan suatu permulaan yang positif untuk membantu rakyat menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di samping meletakkan jenama politik kepada barangan keperluan asas rakyat, ianya tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah kabotaj di Sabah dan Sarawak.

Najib juga tidak menyatakan rancangan untuk membantu warga Sabah dan Sarawak untuk menghadapi kenaikan barangan memandangkan kedua-dua negeri mempunyai kadar kemisikinan antara yang tertinggi di Malaysia. Memandangkan dasar 1Negara 1Harga ini hanya meliputi barangan keperluan asas, ianya mempunyai skop yang lebih kecil dari skop yang diberikan oleh manifesto PAKATAN untuk menghapuskan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak.

Dalam manifesto BN, Najib memilih untuk mentransformasikan automotif negara dengan mengurangkan harga kereta sekurang-kurangnya 20 peratus akan tetapi, walaupun ianya diambil dari rancangan PAKATAN untuk menurunkan harga kereta dalam cara menghapuskan duti eksais, ianya tidak memberikan rancangan terperinci mengenai mekanisme untuk menurunkan harga serta jangka masa yang diperlukan untuk menurunkan harga kereta.

Secara asasnya, di bawah Najib, amalan pemberian wang tunai diteruskan tanpa memberikan penyelesaian kukuh kepada masalah kemiskinan dan ketidakmampuan rakyat untuk menghadapi taraf hidup yang kian meningkat.

Di mana Najib meletakkan jenama politik ke atas keperluan asas rakyat seperti pendidikan, perumahan, barangan runcit, kesihatan, Najib memilih untuk mempolitikkan kehidupan seharian rakyat.


*KPRU adalah Kajian Politik untuk Perubahan yang menjalankan kajian berkaitan pilihan raya.

'Kesilapan Taktikal' Manifesto BN Jadi Modal Pakatan


RAFIZI SEMASA MELANCARKAN BGU BOTA

 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat "kesilapan taktikal" dengan memasukkan kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat ke dalam manifesto BN.
Katanya, Najib kini tidak boleh lagi mendakwa dasar Pakatan akan membankrapkan negara apabila bertindak demikian.

"Sebelum ini, beliau kata dasar kita akan membankrapkan negara. Sekarang jadi boleh dilaksana," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan akan dibangkitkannya dalam kempen semasa pilihan raya umum akan datang, katanya.

Tambahnya, BN hanya mengemukakan "dua tiga idea baru" dan menyadur selebihnya dari manifesto Pakatan.

Janji yang dikemukakan BN dalam manifesto berkenaan juga terlalu umum, kata Rafizi lagi.

"Dalam manifesto kami, kami berikan tempoh masa yang jelas, dengan aliran tunai dan mekanisme jelas. Itu tidak ada dalam manifesto BN.

"Selepas lima tahun jika mereka kurangkan harga tol kepada 30 sen, ia juga akan dianggap janji ditepati. Janji mereka terlalu umum," katanya.

Tambahnya, beliau dan petugas parti lain bekerja keras untuk merangka dasar berkenaan dan seterusnya menyampaikan maklumat tersebut kepada orang awam.

"Saya tidak kisah (BN) menggunakan sebahagian daripada manifesto. Tapi perlu ada kejujuran intelek mengenainya. Perlu ada makluman yang tidak memihak bahawa idea berkenaan diambil dari manifesto kami," katanya.

Monday, April 8, 2013

Rafizi: Lebih banyak bantuan tunai jika Pakatan menang

RAFIZI KETIKA MEMBERI CERAMAH DI BOTA

 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat tidak akan menghentikan pemberian bayaran tunai sekiranya berjaya merampas pentadbiran negara dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, Pakatan akan memberi lebih banyak bantuan tunai yang akan disalur kepada kumpulan tertentu dengan lebih khusus.

"Tentulah ia tidak akan dipanggil BR1M. Kami tidak akan (beri secara) umum, hanya mensasarkan keluarga berpendapatan kurang RM3,000. Kami akan khususkan sasaran kepada kumpulan berbeza yang benar-benar memerlukan seperti suri rumah dan seterusnya," kataya.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan bahawa Pakatan tidak akan menjadikan pemberian tunai sebagai program ekonomi utamanya.

“Allah Akan Beri Ganjaran Berganda Kepada Mereka Mereka Yang Berjihad Menegakkan Agama Allah”.Pelancaran Dan Perasmian Bilik Gerakan JDM Telok Bakong Ceria Dan Panasss..Dengan Slaid Show...


CALUN DUN BOTA USTAZ ZULKIFLY IBRAHIM
       Telah berlangsung perlancaran dan perasmian JDM telok Bakong dalam suasana ringkas dan ceria.Majlis yang bermula pada pukul 9.30 malam itu turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak dan Ustaz Muhammad Ismi YDP Pas Parit.Ianya turut dihadiri oleh Jentera PRU DUN Bota dan masyarakat setempat.
CIKGU HASSAN,TUAN HAJI RAMLI DAN TUAN HAJI MA'AMUR SERTA HUSIN..MON MANA?

      Majlis ringkas itu telah diisi dengan ceramah ,tayangan video dan slaid dan jamuan makan malam.Selain dari itu JDM Telok Bakong telah bermesyuarat melakukan beberapa rombakan terhadap struktur organisasi .Ketua JDM disandang oleh ketua ranting Tuan Haji Bakar.Naib Ketua Encik Nazri Hassan,Setiausaha Encik Termizi,Bendahari Encik Baharom.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN,ANTARA BILIK GERAKAN YANG TERBAIK DALAM DUN BOTA

PERTUNJUKAN SLAID OLEH SDR ZAIM

         Manakala Jawatan Ketua Penerangan berlaku pertukaran kepada Encik Halimi Mansor.Logistik Dan Keselamatan Encik Wahid/Zaharin Abd Karim.Ketua Program Encik Sahak dan Ahmad Din bin Abd Rani mengantikan Encik Nazri yang melepaskan jawatan tersebut berikutan perlantikannya mengisi jawatan Pengarah Logistik didalam Jentera DUN Bota.

USTAZ ZUL MEMBACA DOA
        Dalam ucapannya Ustaz Zulkifly menegaskan bahawa untuk menang setiap ahli jentera mestilah mempunyai strategi dan perancangan yang baik dan teratur,berkerja dengan ikhlas dan tidak mengenal erti kalah dan jemu.Sejarah Islam menunjukkan kemenangan hanya akan dicapai dengan adanya perancangan yang baik serta ketakwaan kepada Allah.Walau apa pun perancangan jahat yang bakal diatur oleh pihak lawan,ketentuan Allah mengatasi semua.Ustaz Zul begitu berharap masyarakat setempat akan berani melakukan perubahan demi kebaikan dan kepentingan generasi yang akan datang.

BILIK MESYUARAT JDM TELOK BAKONG
USTAZ ISMI YDP PAS PARIT
       Ustaz Ismi turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk makanan kepada Bilik Gerakan.Dalam ucapannya,Beliau menyatakan dan menyarankan agar setiap individu yang menyokong Pakatan Rakyat agar dapat membantu apa yang mampu dan terdaya .Beliau menambah bawasanya Allah akan member ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang berkerja dan membantu menegakkan agama Allah daripada mereka mereka yang berdiam diri sahaja.Beliau telah memberikan nas dan dalil dalam mengupas pendapatnya.

SUASANA YANG SUNGGUH SELESA DI BILIK GERAKAN TELOK BAKONG

Anwar-Manifesto BN Tiada Roh Reformasi, Ketandusan Idea


 Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang di buatsemalam sebelum berlangsungnya penamaan calon.
Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan.

pakatan-rakyat-convention-2013

Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
Justeru, keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan Sementara (“caretaker government”) dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama.
Ini jelas merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.

Walau bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa.

537080_497699743626560_205532564_n

Saya juga telah mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.
Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit.

Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi Barisan Nasional.
Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.
ciplak

Pada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

Ketandusan idea baharu bermakna Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak.

Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional.
Manifesto Barisan Nasional masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang.

Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang.
BR1M-2.0

“Direct transfer payments” seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi.

Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun.

Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat.
Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan Nasional.
Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49550

Linkwithin