Thursday, April 11, 2013

Tidak Timbul Isu Berat Sebelah Kata Ketua Pemuda UMNO Parit.

USTAZ ISMI KETIKA BERUCAP DI TELOK BAKONG
SITI SAFA MOHD NOR (SINAR)
5 April 2013
PARIT - Dalam maklum balas terhadap kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkenaan penggunaan kemudahan awam untuk kepentingan parti politik tertentu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihak berkenaan perlu adil dalam memberi kenyataan.

Menurut Khairul Shahril, jika dilihat di setiap negeri diperintah pembangkang, situasi sama berlaku, iaitu premis awam seperti dewan dijadikan bilik gerakan atau bilik operasi parti pembangkang.

"Jangan lihat situasi di Perak sahaja. Mereka harus lihat secara menyeluruh sebelum buat kenyataan. Semua premis awam boleh digunakan jika mendapat kebenaran.

"Jika pihak yang bertanggungjawab menjaga premis itu memberi kebenaran, kita boleh gunakan. Begitu juga Pas, mereka boleh guna asalkan mendapat kebenaran setelah mengikut prosedur ditetapkan. Jadi tidak timbul isu berat sebelah," katanya.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib menyatakan rasa tidak puas hati kerana ada parti menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan mereka.


TBO- Masalah akan berlaku apabila pemimpin pemimpin politik tidak mempunyai kefahaman sebenar tentang apakah yang dimaksudkan demokrasi dan tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.TBO telah berulang kali membongkar tentang penyalahgunaan milik kerajaan oleh parti yang memerintah.Sebenarnya pengunaan hakmilik kerajaan sebagai alat dan utiliti UMNO ini begitu berleluasa dikawasan yang mempunyai ramai penyokong UMNO.Apa apa hal pun rujuk perlembagaan,jangan ikut sedap sendiri beri penyataan.Diharap SPRM berani mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini,ianya telah banyak mengelirukan pemimpin dan rakyat yang mempunyai kurang pengetahuan tentang demokrasi dan undang undang negara.

Di Negeri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menyerahkan kunci kereta rasmi nya berikutan dengan pembubaran DUN P.Pinang.Di Kelantan,Tuan Guru Nik Aziz mememang dari tahun 1990 lagi tidak mengunakan kereta rasminya selepas waktu pejabat.Beliau akan mengunakan kereta Datsun "buah khana"nya untuk pergi mengajar.Manakala Khalid Ibrahim telah mengarahkan supaya semua DUN mengunakan separuh sahaja kemudahan kemudahan untuk wakil rakyat setelah DUN Selangor dibubarkan.

Mungkin Ketua Pemuda Parit ini boleh senaraikan kawasan mana yang Pakatan Rakyat gunakan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan,supaya mudah diambil tindakan.Bagaimana dengan UMNO/BN ?

Apa Pandangan Pembaca,komen yang bernas akan dipaparkan dalam post ini...

No comments:

Linkwithin