Fazallah Pit(Keadilan Daily)
KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.
“Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?
“Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas.
Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.
Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen ‘Turun Harga Kereta’.
Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.
Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN.
Pakatan membentang ‘Manifesto Rakyat’ di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.
Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.
“Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan),” katanya.
1 comment:
salam semua, saya penyokong pakatan rakyat daripada dahulu. namun untuk situasi sekarang, barisan nasional mendahului sekarang sebenarnya..dengan pengumuman manefesto secara langsung malam tadi, telah menyebabkan segelintir rakyat percaya dengan cubaan najib untuk mengekalkan kuasanya..Selain terdapat kerjasama daripada media-media prima yang mampu dan mudah dimiliki oleh rakyat tidak kira mana ceruk yang mereka tinggal. Oleh itu ayuh semua..mari kita berkempen secara sehat bagi membuka mata rakyat yang sedang asyik di taburkan dengan wang...jangan hina mereka,,sedarkan mereka...sesungguhnya orang yang digelapkan dengan wang..bersama-sama syaitan..Terima kasih
P/s: Mohon bloggers berkempen dengan fakta dan bukti..supaya dipihak kita tidak nampak mereka-reka cerita untuk meraih undi...Jangan pandang ringan manefesto Barisan nasional semalam...ia betul2 berkesan dihati rakyat yang atas pagar mahupun yang memang bersama umno...percayalah
-Penyokong PAS-
Post a Comment