Saturday, April 13, 2013

DAP Dan TBO kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis

 Ulasan TBO-Risalah ini berserta risalah mengenai Tuan Guru Nik aziz telah disebarkan di dun bota. baru baru ini,Risalah yang bertajuk 'dap rasis' ini telah disebarkan secara meluas oleh pihak pihak tertentu dipercayai oleh umno (Penyebar nya ialah ahli tegar umno,tbo telah mengenalpasti penyebarnya) yang bertujuan untuk memburuk burukkan parti dap dan pakatan rakyat.

satu risalah lain turut diedarkan bersama,iaitu mengenai TGNa.Kandungan nya ialah memburuk burukkan kepimpinan tuan guru nik aziz di kelantan.isunya antara lain ialah tentang pembolotan tgna terhadap balak di kelantan,isu air dan penajaan haji.disamping itu terdapat segmen yang menghina kepimpinan ulama itu.

tbo memandang serius tentang perkara ini.kepada penyokong pakatan rakyat yang menerima risalah ini,adalah dinasihatkan supaya memusnahkannya.diharap pimpinan pakatan rakyat dapat membuat siri siri penerangan untuk menangkis isu isu yang telah diutarakan didalam risalah ini.

hijrah bota....rakyat bangkit ..bota berubah..

Wartawan Sinar Harian
10 April 2013
DAP kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis
Howard (dua, kanan) bersama Kah Woh (tiga, kanan) menunjukkan risalah ‘DAP Rasis’ yang dikatakan diedarkan di sekitar Ipoh sejak lima hari lalu.
IPOH - DAP menganggap pengedaran risalah 24 muka surat bertajuk ‘DAP Rasis’ yang dikesan sejak lima hari lalu sebagai satu situasi politik tidak matang.

Risalah berbahasa Melayu yang mengandungi beberapa paparan mengutuk tindakan dan propaganda parti itu dipercayai diedarkan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Ipoh terutama lokasi majoriti penduduk Melayu.

Setiausaha DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, amalan yang cuba diterapkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menyentuh politik perkauman dan agama itu sama sekali tidak rasional.

Menurutnya, ia hanya menggambarkan tindakan terdesak sebelah pihak untuk meraih kepercayaan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita anggap ini satu fitnah, apa yang dipaparkan ini sama sekali tidak benar, isu-isu yang dibawa juga sebenarnya sudah dijelaskan sebelum ini. “Buat masa ini, kita masih belum dapat mengenal pasti pihak yang terbabit, namun tidak menolak kemungkinan ia didalangi parti lawan dalam usaha memburukkan nama parti ini dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada satu sidang media.

Hadir sama, Ketua DAPSY negeri, Wong Kah Woh dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali. Howard berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada pihak berkaitan untuk tampil memberi penjelasan sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, penyebaran buku berkenaan bukan sahaja menyalahi undang-undang dan akta penerbitan, malah ia dikeluarkan bagi tujuan menghasut rakyat. “Kita akan tunggu maklum balas selanjutnya sebelum tindakan lanjut termasuk laporan polis dibuat,” katanya.

No comments:

Linkwithin