Monday, April 8, 2013

“Allah Akan Beri Ganjaran Berganda Kepada Mereka Mereka Yang Berjihad Menegakkan Agama Allah”.Pelancaran Dan Perasmian Bilik Gerakan JDM Telok Bakong Ceria Dan Panasss..Dengan Slaid Show...


CALUN DUN BOTA USTAZ ZULKIFLY IBRAHIM
       Telah berlangsung perlancaran dan perasmian JDM telok Bakong dalam suasana ringkas dan ceria.Majlis yang bermula pada pukul 9.30 malam itu turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim Ketua Penerangan PKR Perak dan Ustaz Muhammad Ismi YDP Pas Parit.Ianya turut dihadiri oleh Jentera PRU DUN Bota dan masyarakat setempat.
CIKGU HASSAN,TUAN HAJI RAMLI DAN TUAN HAJI MA'AMUR SERTA HUSIN..MON MANA?

      Majlis ringkas itu telah diisi dengan ceramah ,tayangan video dan slaid dan jamuan makan malam.Selain dari itu JDM Telok Bakong telah bermesyuarat melakukan beberapa rombakan terhadap struktur organisasi .Ketua JDM disandang oleh ketua ranting Tuan Haji Bakar.Naib Ketua Encik Nazri Hassan,Setiausaha Encik Termizi,Bendahari Encik Baharom.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN,ANTARA BILIK GERAKAN YANG TERBAIK DALAM DUN BOTA

PERTUNJUKAN SLAID OLEH SDR ZAIM

         Manakala Jawatan Ketua Penerangan berlaku pertukaran kepada Encik Halimi Mansor.Logistik Dan Keselamatan Encik Wahid/Zaharin Abd Karim.Ketua Program Encik Sahak dan Ahmad Din bin Abd Rani mengantikan Encik Nazri yang melepaskan jawatan tersebut berikutan perlantikannya mengisi jawatan Pengarah Logistik didalam Jentera DUN Bota.

USTAZ ZUL MEMBACA DOA
        Dalam ucapannya Ustaz Zulkifly menegaskan bahawa untuk menang setiap ahli jentera mestilah mempunyai strategi dan perancangan yang baik dan teratur,berkerja dengan ikhlas dan tidak mengenal erti kalah dan jemu.Sejarah Islam menunjukkan kemenangan hanya akan dicapai dengan adanya perancangan yang baik serta ketakwaan kepada Allah.Walau apa pun perancangan jahat yang bakal diatur oleh pihak lawan,ketentuan Allah mengatasi semua.Ustaz Zul begitu berharap masyarakat setempat akan berani melakukan perubahan demi kebaikan dan kepentingan generasi yang akan datang.

BILIK MESYUARAT JDM TELOK BAKONG
USTAZ ISMI YDP PAS PARIT
       Ustaz Ismi turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk makanan kepada Bilik Gerakan.Dalam ucapannya,Beliau menyatakan dan menyarankan agar setiap individu yang menyokong Pakatan Rakyat agar dapat membantu apa yang mampu dan terdaya .Beliau menambah bawasanya Allah akan member ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang berkerja dan membantu menegakkan agama Allah daripada mereka mereka yang berdiam diri sahaja.Beliau telah memberikan nas dan dalil dalam mengupas pendapatnya.

SUASANA YANG SUNGGUH SELESA DI BILIK GERAKAN TELOK BAKONG

No comments:

Linkwithin