Saturday, November 15, 2014

Langkah Berani Dalam Menegakkan Keadilan...Hidup Rakyat

Syabas..pengajaran yang sepatut nya...

Rafizi: Adakah subsidi dihapus jika harga minyak dunia merudum?

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak masih belum mahu menjawab atau memberi komitmen bahawa harga petrol dan diesel akan diturunkan berikutan harga minyak mentah yang merudum di pasaran antarabangsa.


rafizi_pc_hq

Semalam, harga minyak mentah piawai Brent telah jatuh ke paras US$82 se-tong iaitu harga paling rendah dalam tempoh 4 tahun. Pada masa yang sama, Arab Saudi meneruskan tindakan agresifnya untuk meningkatkan dominasi pasarannya berbanding pengeluar-pengeluar lain dengan menawarkan diskaun kepada syarikat penapis minyak di Amerika Syarikat, sekaligus menyebabkan harga minyak mentah pasaran dunia kekal rendah.

Dengan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak serancak seperti sebelum ini, penganalisa komoditi minyak mentah menjangkakan bahawa harga minyak mentah dunia bagi tahun 2015 berlegar sekitar US$70 hingga US$80 se-tong.

Ramalan harga minyak mentah sekitar US$70 hingga US$80 ini adalah begitu penting untuk rakyat Malaysia. Analisa saya menunjukkan bahawa pada harga pasaran sekarang iaitu RM2.30 seliter bagi petrol dan RM2.20 seliter bagi diesel, Kerajaan Persekutuan tidak lagi perlu membayar sebarang subsidi petrol dan diesel sekiranya harga minyak mentah di pasaran dunia jatuh di bawah paras US$73 se-tong.

Dalam keadaan harga minyak mentah dunia terus jatuh dan tindakan Arab Saudi yang dijangka akan cuba mengekalkan harga minyak mentah pada harga rendah, Datuk Seri Najib perlu jawab kepada rakyat apakah beliau bercadang menghapuskan terus subsidi petrol dan diesel apabila beliau masih belum mahu menurunkan harga petrol dan diesel?

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63914

Anwar Sudah Sampai US Untuk Ucapan BBC...Najib Mana Pegi...

Friday, November 14, 2014

Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan



  Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Wednesday, November 12, 2014

Kemalangan Di Highway K.Kangsar..Lagi Gambar Gambar





Komen Pembaca..

Ooooi!!! teruk nye

Anonymous said...k sekali exciden kalau bukan cermin gelap punya hal tentu plate nombor punya pasal. Itu kena tanya jpj

November 12, 2014 at 5:25 PM

Bob ADiah said...

Jpj.....ini plate no pnya pasal ker....khkhkhNovember 12, 2014 at 3:44 PM
Anonymous said...

Kalau tak no plate punya pasal, tentu cermin gelap punya hal!!!!November 12, 2014 at 5:09 PM
ahmad shallehudin bin abd rahman said...

No plat penyebab kemalangan tadi...November 12, 2014 at 9:40 PM

Kemalangan Di Highway Kuala Kangsar Sebentar Tadi.

Malaysia Masih Aman ..


Laporan awal kejadian tembak di Baling petang tadi lebih kurang jam 3.00 petang di Jalan Baling-Sik berdekatan kawasan ladang getah.

- Suspek dipercayai 2 lelaki Melayu menaiki kenderaan sebuah motosikal menembak mangsa dipercayai 3 lelaki Melayu di tepi jalan menggunakan senjata dipercayai AK-47. Tembakan ala2 mesingan (multiple shot) mengenai kepala, dada, peha dan tangan mangsa. Suspek juga sempat memijak mangsa2 yg gagal berbuat apa2. Kejadian sempat dirakam oleh 1 lelaki Melayu penoreh getah di lokasi kejadian.
Kepada para penduduk disekitar kawasan terlibat diminta berhati-hati kerana saspek amat bahaya keran memiliki senjatapi. Jika ternampak org yg mencurigakan sila menghubungi balai yg terdekat.
Suspek masih dikesan. Sekatan jalanraya dan sekatan di sempadan Malaysia-Thailand sedang giat dilakukan. Bantuan dari Kontijen Perlis, Penang, Perak dan Kelantan telah dimajukan.

Tuesday, November 11, 2014

Dimana Keperihatinan Kerajan BN?

Kecualikan ubat dari GST, kata farmaseutikal


 

Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan supaya kesemua ubat-ubatan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Presiden MPS Nancy Ho berkata, kerajaan tidak patut mengenakan cukai terhadap seseorang kerana “sakit dan perlu mengambil ubat”.

MPS juga sedang mengutip tandatangan untuk petisyen rayuan supaya kesemua ubat dikecualikan daripada cukai kontroversi itu.

 










Ho berkata terdapat penyakit-penyakit tertentu yang memerlukan pesakit membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk rawatan dan perubatan.

“Jika mereka terpaksa membayar GST pada kadar standard, mereka perlu membayar lebih RM600 cukai untuk setiap RM10,000 yang diperlukan untuk perubatan.

“Ia menyedihkan apabila seseorang yang jatuh sakit teruk sehingga hilang mata pencarian.

"Dan sekarang mereka dikenakan cukai dan tambahan enam peratus kerana mengambil ubat,” katanya.

Tunjukkan sokongan awam

Kempen kutipan tandangan itu itu akan dijalankan sehingga 31 Disember.

Ia kemudian akan dikumpul bersama rayuan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Ini akan menunjukkan kepada pihak berkuasa bahawa rayuan itu mendapat sokongan awam dan patut ditangani secara serius,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi e-mel medicine.gst.mps@gmail.com.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (atas) ketika membentangkan Belanjawan 2015 di parlimen mengumumkan bahawa 2,900 ubat-ubatan penting akan dikecualikan daripada GST.

Beliau tidak menyatakan secara spesifik kategorinya.

Monday, November 10, 2014

Persempadanan semula: SPR mesti penuhi prinsip ’1 orang, 1 undi’

                   Kami, Dr Mujahid Yusoff Rawa (PAS-Parit Buntar), Ng Wei Aik (DAP-Tanjong), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) telah dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mewakili kerajaan negeri dalam urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi negeri Pulau Pinang. Perlantikan kami telah ditetapkan pada 26 September 2014 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini dipercayai adalah jawatankuasa yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Ini menunjukkan betapa serius Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang perkara ini.


Sim

Menurut laporan akhbar, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan proses persempadanan semula akhir tahun ini. Kami memerhati perkembangan ini dengan teliti dan ingin bekerjasama dengan SPR dengan hati yang terbuka.
Kami menyeru SPR mencadangkan persempadanan semula dengan mematuhi prinsip
“Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” (Fair Delimitation, Effective Parliament). Butiran adalah seperti berikut:

Persempadanan Adil – Perlaksanaan Prinsip “1 orang, 1 undi, 1 nilai”  dalam Persempadanan Semula Pilihanraya
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2012 telah mencadangkan dalam syor ke-20nya supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mengambilkira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip “satu orang, satu undi”. SPR mesti akur kepada syor Parlimen ini dan menghapuskan gejala “pembahagian tidak sekata” (malapportionment) dan “persempadanan tidak adil” (gerrymandering).

Parlimen Efektif – Memastikan keberkesanan Parlimen/DUN
Pengundi mengundi Ahli Parlimen/ADUN untuk membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Ini adalah tugas utama wakil rakyat. Dengan bertambahnya wakil rakyat, kuasa perwakilan dan fungsi setiap seorang wakil rakyat berkurangan. Semakin ramai ahli Parlimen/ADUN, semakin susah untuk menuntut peruntukan kawasan atau grant pembangunan untuk kawasan.

Jika Parlimen menjadi terlalu besar, wakil rakyat juga akan kurang peluang berbahas dan membawa suara rakyat ke Parlimen/DUN. Kebanyakan negara tidak mengubah bilangan kerusi dalam Parlimen/DUN. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, House of Representatives (dewan bawahan) dalam Kongres mempunyai 435 orang ahli pada tahun 1911 dan tetap 435 pada hari ini, sungguhpun penduduk telah bertambah menjadi tiga kali ganda. Di India, saiz Dewan Rakyatnya dihadkan kepada 552 sahaja.

Jika SPR ingin mencadang penambahan kerusi, mereka harus menyakinkan rakyat bagaimanakah Parlimen akan menjadi efektif dengan pertambahan kerusi.
Pihak kami akan mengambil 2 prinsip di atas iaitu “Persempadanan Adil, Parlimen Efektif” sebagai rujukan utama dalam menasihati kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menilai cadangan persempadanan kerusi Parlimen/DUN di negeri Pulau Pinang oleh SPR.

Pihak kami juga akan mengambil langkah proaktif untuk memulakan roadshow kami untuk mengambil maklum balas daripada pihak kerajaan negeri, PBT, Ahli Parlimen dan ADUN, orang awam, NGO-NGO, persatuan penduduk, parti-parti politik sebagai langkah outreach kami.
Hasil daripada usaha itu, kami akan menyediakan laporan penuh untuk membentangkan cadangan dan syor-syor kami kepada Ketua Menteri dan Pihak Berkuasa Negeri.

Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang:
Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS)
Ng Wei Aik
Ahli Parlimen Tanjong (DAP)
Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru (KEADILAN)

Linkwithin