Thursday, July 24, 2014

MB: Selangor bukan alat ke Putrajaya


 
Hasrat menjadikan Selangor sebagai asas Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya mungkin tidak melambangkan hasrat rakyat negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, pilihan rakyat dalam isu itu perlu diteliti memandangkan mereka telah memilih pasukan yang diketuainya dalam pilihan raya umum lalu, yang melonjakkan penguasaan Pakatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Adalah perlu walaupun Pakatan ada bercita-cita untuk menggunakan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya tetapi penting untuk memberitahu rakyat bahawa rakyat Selangor mungkin tidak memikirkan Selangor akan digunakan sebagai alat ke Putrajaya.

“Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

“Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor,” Khalid dipetik sebagai berkata dalam wawancara eksklusif dengan media rasmi negeri Selangorkini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung isu penukarannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang diumumkan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Keputusan pertukaran itu telah dibentangkan dalam Majlis Presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP, dijangka selepas Aidilfitri.

Projek Langkah Kajang sebelum ini diuar-uarkan sebagai sebahagian strategi bagi menawan Putrajaya.

Sementara itu, dalam wawancara sama, Khalid berkata, perkara itu jika tidak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan Pakatan Selangor serta peluang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab dan mengikut lunas enakmen kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Beliau juga berkata, enakmen Selangor memperakui bahawa sultan Selangor adalah penentu jawatan itu.
MKini.

Msinc-Tak payah ler Kajang Move ni..ngabih kan boreh aje..kekal kan kepimpinan yang ade sampai pilihan raya,kalau lepas tu korang nak tukor..silakan.Ape yang sesak sangat nak tukor MB tu...biokan dia buat kojer dia.

9 comments:

Anonymous said...

Nampak sangat TSKI sudah tak selari dgn partinya

Anonymous said...

TSKI lupa bahawa yang melantik nya sebagai MB adalah parti dan bukan rakyat - TSKI dah berubah - alasan yang diberikan tak logik

kampong lad said...

bn boleh kalah ka kat sabah & sarawak? pr hanya menang 9 kerusi parlimen.

Anonymous said...

TSKI harus ingat beliau dilantik atas tiket parti. beliau tak boleh membelakangi parti dlm membuat keputusan. cuma ada 1 persoalan di mata rakyat- adakah kak wan calon terbaik?

anak jawa johor said...

PKR melantik TSKI jadi MB tetapi kalaulah selain dari TSKI jadi MB seperti Azmin Ali ke, pasti PR dah bungkus pilihanraya yang lepas. TSKI berpegang teguh kepada sumpah seti ambil tugas sebagai MB dari Sultan. Pendapat saya TSKI lebih baik taat setia kepada Sultan dan amanah menjadi MB kepada Allah jika dibandingkan dengan MB dan KM yang ade sekarang. Tukarlah MB dan akan bertukarlah MB akan datang kepada parti lain.

Anonymous said...

Khalid dpt diskaun juta2 dr bank umno yg pernah BAN ISLAM dulu. Deepak balaci rosatma juga dpt diskaun juta2 dr bank rakyat.
Khalid juat air Selangor kpd pusat. sila baca laman rafizi ramli pasal kes air ini.
Khalid suka hati bapak dia aje berunding dgn pusat tanpa kelulusan exco. ingat Selangor tu bapak dia punya ke, suka hati buat keputusan?

Anonymous said...

MB ada kepentingan-sangkut hutang lama 70juta. geng umno nak tolong dan dapat kurang ke 35juta. TGHA ada kepentingan anak menantu dalam syarikat kerajaan selangor, jadi itu yang sokong sangat TSKI. Memang jahat sekali mereka2 ini yang berkepentingan diri. Sebaik nya TSKI dan TGHA meletak jawatan dengan segera.

Anonymous said...

perangsang ni bisnes apa ek sampai ada jabatan agama? kalau gitu mais dan jais jadi apa? kalau perangsang sendiri dah byr zakat terus pada asnaf, buat apa ada jais dan mais.
ataupun jabatan tu diadakan utk beri jawatan gaji lumayan kpd menantu presideng agaknya.

Anonymous said...

Kpd anonymous at 8:23 am 31 Jul 14
1. Apakah itu Zakat dan Institusi zakat?
2. Apakah peranan dan perbezaan antara Mais dan Jais.
3. Sekiranya tedapat hamba Allah yang menepati asnaf pertama dan kedua tinggal di sekitar kediaman anda, apakah anda tidak layak memngeluarkan zakat kepada golongan2 ini?

Linkwithin