Tuesday, November 23, 2010

YB Khalid Samad berkunjung Ke Telok Bakong.




                  Kunjungan YB Khalid Samad ke Telok Bakong kali ini adalah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Selangor Bergelora.Ceramah ini disampaikan di Markas  Pas Telok Bakong Hilir pada 14 hb Nov 2010 pada pukul  9.00 malam.Antara pemimpin yang hadir ialah Ustaz Hasan Johar (YDP Pas Parit) dan Dr Najihah Ahmad.Selain dari penduduk tempatan ,acara ini juga mendapat perhatian daripada penyokong penyokong dari seluruh Perak Tengah.
               Dalam ucapannya,Beliau banyak mengupas isu isu sema sa yang berlaku di Malaysia,sambil memetik isu- isu yang berlaku di Negeri Selangor.Antara isu isu yang dikupas oleh beliau ialah tentang hutang Negara yang semakin meningkat sehingga Menteri, Idris Jala pun memberi peringatan sekiranya perbelanjaan Negara tidak dikawal,dalam masa 9 tahun Malaysia akan muflis.Perbelanjaan yang diluar kawalan ini adalah termasuk pengubahsuaian Seri Perdana,Pembinaan Istana Negara(telah ditingkatkan kosnya agar kroni perolehi lebih keuntungan),Menara Warisan,Pusara Negara dan sebagainya.
             Beliau juga turut megulas tentang piliharaya kecil Galas dan Batu Sapi.Pada beliau kekalahan Pakatan Rakyat kepda BN adalah disebabkan undi orang asal yang telah banyak beraleh.Pihak BN telah mengunakan tentera dengan menghantar mereka kekawasan penduduk orang asal ini 2,3 minggu sebelum hari pengundian.Dalam tempoh ini pihak tentera dengan kerjasama JHEOA telah menanggung makan penduduk ini ,dari makan pagi,tengahari dan malam semua penduduk ini.Disamping itu telah diadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka,karaoke,kugiran dan lain lain untuk menyibukkan dan melalaikan penduduk.Hasilnya petugas petugas Pas tidak dapat berkempen dengan baik dikawasan ini.Seperti yang dapat dilihat dalam kaca TV,Penduduk asal ini telah datang dengan seragam merah,Siapa yang beri seragam ini?.
             Beliau telah menyeru supaya ikatan parti dalam Pakatan Rakyat ditambah eratkan,beliau mengesa penyokong-penyokong PAS,PKR dan Dap agar terus bersatu dibawah naungan Pakatan Rakyat.Beliau mendedahkan tentang usaha usaha pihak media yang sedaya upaya mahu merobohkan perpaduan antara parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau berpendapat kemelut yang berlaku dalam PKR adalah permaasalahan biasa,Cuma ianya nampak teruk akibat digembar gembor oleh pihak media.

Linkwithin