Saturday, August 4, 2012

Amukan Toyol Di Telok Bakong Part 1



Penduduk Telok Bakong telah gempar kerana berlaku kecurian demi kecurian yang dikatakan akibat perbuatan toyol.Bereapa orang penduduk telah kehilangan wang secara sedikit demi sedikit.Perkara ini yang menyebabkan penduduk dengan penuh yakin berangapan toyol adalah perlakunya. Akibat perlakuan yang semakin menjadi jadi penduduk Telok Bakong dilanda kebimbangan dan kegelisahan dan menjadi modal utama dalam gossip gossip petang suri rumah.

Didalam satu kes,seorang penduduk telah menyimpan wang simpanan kerja didalam tabung dirumahnya telah terkejut apabila mendapati tabung yang dianggarkan nya berjumlah rm 4,000 tinggal cuma rm10.00 dimana wang kertas itu didapati berlipat.Beliau percaya bahawa toyol telah mengambil wang tabungannya itu secara beransur ansur selama tiga hari berturut turut.Andaian ini dibuat kerana ikan puyu yang dibelanya didalam balang berkelakuan ganjil selama 3 malam dan tabung nya itu tidak terdapat kesan pecah dan tampak tidak terjejas sedikit pun.

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang didalam peti besi tanpa menjejaskan nya.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Akan bersambung dibahagian Kedua...

Friday, August 3, 2012

Gambar Lama Surau Nur Ambia Telok Bakong Hilir


Surau Nur Ambia Kampong Telok Bakong Hilir telah dibina sekitar tahun 1960an bagi mengantikan Surau yang lebih dikenali sebagai Surau Asam Kumbang yang terletak di tepi tebing Sungai Perak ,dibelakang rumah Ustaz Zamzuri.Tapak Surau Nur Ambia ini adalah dari sumbangan wakaf Ustaz Zamzuri .Pada tahun 1970an telah dibina satu bangunan untuk mengilang padi di sebelah hulu surau ini.Namun ianya telah berhenti beroperasi pada tahun tahun 80an dan telah dirobohkan dan didirikan rumah kediaman..Gambar menunjukan bangunan asal surau sebelum ianya dibina baru.Surau lama ini juga pernah dijadikan sekolah ugama rakyat dalam tahun 80an dan 90an.Dengan kepesatan pembangunan dan untuk memenuhi tuntutan zaman, Surau atau Madrasah ini telah diperbaharui dan dibina dengan batu.

Gambar lama ini dipaparkan hanya untuk menjadi kenangan kepada generasi baru di Telok Bakong supaya dapat mengimbau kembali peristiwa peristiwa lama. Nama-nama yang kami nyatakan adalah untuk mengingati orang-orang lama di Telok Bakong.Minta maaf kerana ada nama nama yang tercatat hanya mengunakan nama gelaran.Diharap sesiapa yang dapat tahu nama sebenar supaya dapat memberi komen. Pengecaman wajah dan nama adalah dari bonda Blogger Pak Kadok iaitu Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali yang berusia 83 tahun.Sumber pengecaman juga dari Encik Lokman Hakim dan Puan Hajjah Aniah bte Md Rashid juga telah membuat beberapa pembetulan terhadap nama nama yang dinyatakan.Sumber asal penulisan ini adalah dari Blog Pak Kadok.Terima kasih diatas usaha beliau itu.


1.Tuan Haji Zamzuri
2.Hajjah Sopiah (isteri Tuan Haji Zamzuri )
3.Hajjah Mariah (isteri Pandak Ba’i)
4.Puan Aminah (isteri Pak Cik Baki - kedai kopi )
5.Puan Alang Lihah (isteri Encik Saring).Emak Mat Lihom
6.Puan Long Hamidah (kakak bidan Ah)
7.Puan Mendut (adik Kulop Ayo) - Mak We Ranon isteri Mat Sarip.
8.Hajjah Hasmah Pandak Ba’i (isteri Tuan Haji Sabran)
9.Puan Che'An (bidan Kerajaan klinik bidan Telok Bakong)
10.Tuan Haji Abdullah bin Abdul Salam (Pak Kolah-nama gelaran)
11.Encik Mat Sarip (Abang Makcik Hendon Sendu)
12.Encik Chu Mat Ali /Chu Lungam (nama gelaran ).Bapa Cikgu Embon
13 En Abbas (Bapa mertua Encik Bari Lamun)
14.Tuan Haji Sabran bin Munir
15.Encik Ahmad (Mat Bisu)
16.Tuan Haji Yeop Alif
17.Encik Mahyiddin bin Abdul Syukor /En.Mayit (teksi)
18.Tuan Haji Rashid
19.Puan Sa'i riah (isteri Pak Kolah)
20.Puan Fatimah binti Mokti (isteri En.Zaini)
21.Tuan Imam Jabor
22.Encik Mohd Noor bin Uda Ghaffar ( Noor tukang gunting- Ayahanda Msinc TBO )
23.Encik Dayit bin Kulop Musa (Ayah kepada Tuan Mir Nazari)
24.Encik.Zaini (Penjual kain baju/barangan terpakai) Bapa kepada Encik Alwi
25.Cikgu Ahmad Fadzilah (orang Bota Kiri - suami Cikgu Nor)
26.Encik.Mat Repi (Datuk kepada Encik Kamardin/Pandak - kedai basikal Telok Bakong)

Semperna bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini. Marilah kita bersama sama menghadiahkan Al-fatihah kepada mereka-mereka yang telah pergi yang berada didalam gambar ini dan kepada semua muslimin dan muslimah yang mati dahulu dan mati kemudian. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin..


Thursday, August 2, 2012

Siri 40 Hadis Tentang Akhir Zaman HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN



HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,
"(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas
sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya,jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua
orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya

Linkwithin