Thursday, August 2, 2012
Siri 40 Hadis Tentang Akhir Zaman HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,
"(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas
sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya,jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua
orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya
Penulis:
40 Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment