Himpunan yang diadakan di Bandar Sidec di Seri Iskandar ini telah berjaya menarik kira kira 30 000 orang hadirin.Para penyokong datang dari seluruh negeri Perak bermula sejak awal pagi tadi.Sebahagian pula menyertai konvoi dalam bentuk bermotorsikal atau berkereta.Mereka telah mula menghimpuni Dataran Sidec ini untuk berkunjung ke expo yang dikelolakan oleh NGO.Kesesakan lalulintas begitu ketara kerana ini lah himpunan rakyat yang terbesar pernah berlaku di dalam Perak Tengah.Pemilihan Perak Tengah sebagai tuan rumah amat sinonim dengan Harapan Pakatan Rakyat yang begitu bersungguh sungguh untuk menawan dan merebut kawasan ini daripada Barisan Nasional.Kedudukan nya yang berada ditengah tengah negeri telah memberi peluang bagi segenap lapisan masyarakat untuk turut serta dalam himpunan yang diadakan disetiap negeri.
Selain dari expo,acara lain yang turut diadakan ialah sukan rakyat.Turut diadakan persembahan artis seperti Ito Blues Gang,Zua XPDC dan Nik Jidan,Ucapan dari NGO seperti Anak dan Lynas.Upacara kemuncak ialah ucapan dari pemimpin pemimpin utama parti dalam Pakatan Rakyat.PKR diwakili oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.PAS oleh Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang dan Dap oleh Tan Sin Giaw.Didalam ucapan DSAI,beliau menyeru agar menguatkan perpaduan dan jentera parti demi menghadapi PRU 13.beliau juga merasakan kan bahawa ini lah peluang yang paling cerah untuk rakyat membuat perubahan.sekiranya peluang ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin,rakyat akan terpaksa menunggu suatu tempoh yang lama untuk melakukan perubahan.
Perhimpunan yang besar ini telah memberi impak yang besar kepada penduduk setempat dan Negeri Perak amnya.Jumlah besar ini telah membuka mata kepada sebilangan rakyat tehadap kuatnya gelombang kemaraan rakyat untuk menuju perubahan dan keadilan.Selama ini semangat rakyat tidak dapat dilihat oleh kerana adanya sekatan media dan sebagainya.Sekarang rakyat negeri Perak dapat menyaksikan sendiri momentum berkenaan.Bagi pihak lawan pula,ianya merupakan bom saraf yang meresap kedalam jiwa dan sanubari mereka yang mempamerkan kekuatan kuasa rakyat.Sekarang baru mereka sedar yang rakyat benar benar mahukan perubahan.Gelombang rakyat ini sukar dibendung lagi.Maruah dan prinsip rakyat tidak boleh dijual beli lain melalui pemberian BR1M sdan sebagainya.Rakyat sudah mampu menentukan arah tuju mereka sendiri.Kerajaan yang kejam dan zalim musti ditumbangkan untuk menjamin kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia.
Msinc-Dapat merasakan bahawa BOTA akan melakukan HIJRAH besar besaran untuk membela nasib rakyat yang sekian lama diperlekehkan oleh Barisan Nasional.RAKYAT BANGKIT...BOTA BERUBAH...
HIJRAH...BOTA!!!
5 comments:
75sekiranya pemerintahan baru.kita beramai ranai akan kerumah semua menteri untuk merampas harta serta melelong barang barang serta menteri didataran merdeka.
Fuh anon 4:34PM, cadangan kau tu sebijik mcm cerita 3 Abdul... Boleh papa kedana jadinya diorang nanti..kahkahkah!!!
hi..hi..bernas idea tu..
sedo sedolah yop-yop, 11 bulan mb kome nizar memerintah apa jadi, bagi tanah pada orang cina sampai 999 tahun. kome kena ingatle negeri kome itu majoriti kerusi dipegang DAP.Tengokle pemilihan dap baru baru ini ada ke orang melayu menang? takkan tak nampak lagi sifat perkauman yg mendalam parti ini. jgn buat silap lagi yop oi. kite mungkin tak ade ape ape tapi anak cucu cicit mike
dia juga beri tanah pada org melayu,india..ko perkauman..tak payah ler politik adu domba kat sini..umno nih memang seronok main isu perkauman..siapa yang sebenar rampas saham,koata,tender dsb untuk orang melayu..kalau tidak umno..kamu tengok ler sendiri..pemimpin umno semua kaya kaya..mana diorang dapat duit banyak banyak tu?..menabung dari kecik kot...
Post a Comment