Friday, December 21, 2012

Sila Hadir Beramai Ramai Ke Simulasi Piliharaya DUN BOTA Di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan



Mock Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya DUN Bota Pada 25 Disember 2012.

            Dijemput semua jentera parti,ahli NGO,sukarelawan dan  orang persaorangan untuk turut serta didalam aktiviti simulasi pilihanraya ini.Program akan diadakan di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan pada 25 Disember 2012.Bermula pada pukul 8.00pagi-6.00 petang.Sila hadir beramai ramai tanda sokongan anda.

              Simulasi Pilihanraya atau "Mock  Election"  akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini  di  Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara  yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti  yang  bertanding.

                Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.

             Sebagai penutup kepada ‘mock election’ ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di Telok Bakong.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail dan Ustaz Zulkifly Ibrahim.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.

No comments:

Linkwithin