Sunday, December 16, 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERAK SUDAH BERMULA..!!!AWAL AWAL LAGI DAH KENA SEBOTAJ...


                Persiapan sedang lancar dijalankan pada pagi hari tadi.Berbagai gerai di sediakan .Untuk parti PAS dan PKR ,mereka telah menubuhkan satu gerai yang bersebelahan antara satu sama lain bertujuan untuk mengedar risalah semasa dan membolehkan para pengunjung melakukan penyemakan daftar undi.Disamping itu kepada mereka mereka yang berminat untuk menjadi ahli PAS dan PKR bolehlah mengisi borang borang yang disediakan digerai ini.


                  Tetamu dari segenap pelusuk negeri telah mula sampai untuk menyertai aktiviti pada petang ini.Dato Seri Anwar Ibrahim dijangkakan akan sampai ke Bandar Seri Iskandar pada petang nanti.Persiapan pentas utama sedang giat dijalankan.Kemungkinan ruang tersebut tidak dapat menampung kunjungan penyokong penyokong yang mahu mendengar sendiri amanat amanat dari pemimpin mereka.Sebenarnya tempat Himpunan Rakyat |ini telah tiga kali berubah tempat kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dengan pelbagai alasan.Terdapat semacam suatu tangan ghaib yang berselindung disebalik pihak berkuasa.Namun setelah pelbagai kerenah dan permasalahan yang dihadapi,pihak Pakatan Rakyat telah dapat menyediakan segala persiapan dengan jayanya.Diucapan syabas kepada semua.



msinc -  Kepada individu yang merasakan dia nya sudah menyumbang banyak kepada parti..jangan lah mendabik dada.Setiap orang mempunyai peranannya yang tersendiri..dan jangan anggap diri sendiri sahaja yang berjuang untuk parti.Jangan pandang orang dari luaran sahaja.Dan yang penting..jangan ego..ujub dan sombong serta riak.Bukannya awak seorang sahaja yang gerakkan parti..So jangan kata orang itu tak buat kojer..orang ini tak buat kojer..masing masing ada peranannya..bukan sekadar gantung bendera.Jadi kalau anda ada masalah dengan AMK kawasan anda..selesaikan dengan demer..bukannya dengan TBO.Oleh itu jaga sikit tutur bahasa tu..awak orang tua..pa\tut patut cakap berbahasa lah sikit..kamu pun bukannya ketua aku..aku tak kerja ngan sapa sapa dalam perjuangan rakyat ini.BOSS aku adalah RAKYAT..jangan ler cakap sebarangan...Ini yang aku malas bercampur dengan orang parti ni..macam macam kerenah dan birokrasi..tu pasal TBO selalu ambil pendekatan mengasingkan diri dari parti..pasai ini semua laa..tapi disebabkan untuk kepentingan umum,semperna PRU 13 ini,paksa terpaksa TBO kena follow dan tolong  parti..BERJUANGAN DENGAN PENUH KEIHKLASAN DAN KETAKWAAN.

5 comments:

baretta said...

Bagi aku yg slalu baca blog PR ni, dari satu blog ke satu blog aku baca....rupanya, ketiga2 parti PR masih tinggi dan tebal diorang punya 'perkauman'... Kaum apa? Maksud aku kaum pas, dap dan pkr... Contoh terbaik ISU MC HKR Penang, apa benda tu? Kenapa hal yg telah diputuskan dlm mesyuarat, masih ada yg nak langgar??? Dahlah tu, hanya jadi MC, nak rebut jugak??? Korang ajk pemuda ni, kalau dapat kat aku, memang makan pelempang aku jer... Aku peduli apa?? Ustaz tak ustaz... Klu ustaz tak reti nak hormat keputusan minit mesyuarat, mana layak panggil ustaz??? Memang patutla PR ni tak kemana sangatpun kemajuannya... Harap pemimpin2 atasan jer yg dpt tarik rakyat dtg ceramah, klu harap ajk yg di kwsn tu, HAMPEHHHHH!!!!

Anonymous said...

alamak bro baretta, yg lu sakit ati sgt tu apasal, nak komen tp habuk pon takde isi laa bro, siap ckp 'perkaiman' laa plk konon...utk org PR tu bukan isu laa bro, siap eksyen nak pelempang org tu...paling kurang belajar laa hormat kat sesama makhluk Allah ni...Ajib Gor dah ckp td Malaysia lebih maju tahun depan...macam dah tahu Insya Allah malaysia akan ditadbir oleh PAKATAN RAKYAT, makasih.

GEBU said...

Untuk baretta, kita setuju dengan pandangan baretta...tapi tak usah lah sampai nak lempang...bertenang.
Amat perlu kita bagi kesedaran kat ustaz Hafnan ni....kita nak pilih pemimpin yang ikut sifat Rasul SAW iaitu AMANAH,PATONAH,SIDIQ dan TABLIGH.
Kalau pemimpin yang ada sekarang ni tak menzahirkan sifat2 ini, kita biarkan dia keseorangan untuk masa yang akan datang...Setuju tak?
Tindakan yang sebegini rasanya lebih berkesan dari lempang.
Sesungguhnya sifat kepimpinan ini adalah satu anugerah, bukan sesuatu yang kita boleh bentuk seperti mana yang diwarwarkan oleh Barat dan Sekular.

baretta said...

Memula sekali, aku minta maaf atas keceluparan aku, seterusnya aku cuma mintak korang pelapis pimpinan komponen PR di peringkat akar umbi ni, boleh tak korang tunjukkan kepada khalayak ramai terutamanya yang tidak berparti macam aku ni, bahawa korang adalah DUTA kepada PR? Cerminkan kepada kami bahawa PR memang teguh, sebulat suara dalam apa saja aktiviti, dari peringkat atasan sampai ke bawah, semua nampak seiring dan sederap langkah, kalau DAP buat event, PKR dan PAS ada bantu. Macam tu jugak sebaliknya. Kalau ada sikit2 masalah, jangan tunjuk kat blog... Blog ni sesapa pun boleh tengok, korang tak fikir ke benda2 tu jadi bola tanggung yang menjadi modal untuk geng2 pencacai umno guna untuk belasah PR? Apapun, terpulanglah kepada pada individu yang terlibat dlm isu HKR Penang tu... Sekian, salam perjuangan.

Telok Bakong said...

Untuk himpunan rakyat ini tak de masalah..mc bertukar tukar antara PAS dan DAP..semua masalah boleh diselesaikan..mula mula heran pulak..apesal mc sampai 2,3 orang..bila baca posting ni barulah paham..so jalan penyelesaiannya..diaorang pakai 3 mc..so kita kena pandai ler cari penyelesaian..boleh bertolak ansur sesama kita...demi rakyat...

Linkwithin