Moop Election Atau Pilihanraya Olok Olok Akan Dijalankan Oleh Jentera Piliharaya
DUN Bota Pada 25 Disember 2012.
Stimulasi Pilihanraya atau Moop Election
akan diadakan oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota pada 25 Disember ini di
Titi Gantong. Ianya lebih dikenali sebagai pilihanraya olok olok ini adalah suatu alatan atau kaedah untuk mengkaji pola pengundian atau kecenderungan pengundi terhadap parti parti
yang bertanding.Ianya adalah suatu perkara
yang dilakukan oleh parti parti politik sebagai satu kaedah untuk mengukur tahap sokongan dan juga kepopularan suatu parti yang
bertanding.
Pilihanraya olok olok ini akan melibatkan keseluruhan 16 UPU
yang terdapat di Dun
Bota.Setiap UPU akan menghantar seramai 10
orang sukarelawan yang
akan melakukan pengenalpastian (culaan)
terhadap pengundipengundi dari kawasan mereka.Data data
ini akan dikumpulkan dan seterusnya dikaji oleh penganalisi dan pakar strategi jentera kempen piliharaya untuk menentukan tahap sokongan dan tindakan tindakan susulan
yang perlu dilakukan untuk memperbaiki strategi strategi agar
lebih ramai pengundi akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
Oleh kerana ini adalah suatu projek besar yang bakal dijalankan oleh Jentera Pilihanraya dan merupakan salah satu kaedah utama untuk Pakatan Rakyat bagi memenangi Piliharaya Umum ke 13, ianya melibatkan kedua dua parti yang bertanding iaitu PAS dan PKR.Sukarelawan juga melibatkan dari kedua dua parti.Manakala beberapa pemerhati dari PKR Pusat akan turut sama membantu dalam menyelia aktiviti ini.
Sebagai penutup kepada
‘moop election’ ini,satu siri ceramah perdana akan diadakan di
Pekan Lambor Kanan.Para pemimpin yang dijangkakan akan berucap ialah Y.B Azmin Ali,
Tengku Iskandar Al Hiss dan Ketua Serikandi Siti Aishah Sheik Ismail.Para Pemimpin ini akan diberi taklimat tentang keputusan dan dapatan data
dari pengundian olok olok yang dijalankan pada siangharinya.Dijangkakanucapan Y.B
Azmin Ali akan membuat kesimpulan dan pengulungan tentang keputusan stimulasi piliharaya
ini.
No comments:
Post a Comment