Oleh: KTB
Sebentar tadi penulis telah melawat semula lokasi kejadian ribut di Felcra Nasaruddin Seri Iskandar.Kelihatan beberapa mangsa masih lagi memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam kejadian ribut selama 3 -5 minit itu.
Penduduk kawasan tersebut memuji Pakatan Rakyat yang seawal mungkin telah sampai dan memberi bantuan kilat.Turut memberi bantuan adalah pihak pengurusan Felcra sendiri yang begitu prihatin akan nasib pekerja-pekerjanya.Kehadiran MB Perak tempohari amat dihargai oleh penduduk setempat bak kata salah seorang penduduk 'kalau MB dulu jangan harap ler jenguk mukenye'.Pelbagai aktivitis dari PAS dan PKR turut membantu dari segi kewangan dan bekalan makanan di penempatan sementara di sebuah sekolah.
Terdapat rungutan dari penduduk memgenai laluan utama ke penempatan mereka dimana pembentung mengalami sedikit kerosakan.Siasatan telah dilakukan dan kerja tambakan hakisan yang berlaku telah siap dibuat dan pemantauan dari masa ke semasa di akan teruskan.
Semoga penduduk Felcra Nasaruddin tabah dan kelihatan semangat tolong menolong masih menebal di dalam masyarakat ini.Tahniah di ucapkan buat Pakatan Rakyat Perak Tengah yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan amanah rakyat.Rata-rata penduduk memuji tindakan pantas Ustaz Ismi,Tuan Hj .Usaili Alias dan Saudara Khir membantu mereka.
Tuesday, October 14, 2008
Jamuan Hari Raya Eidul Fitri Di Dewan Orang Ramai Bota Kanan Perak
Oleh :msinc
Pada 12hb Okt 2008 yang lalu,Jamuan Hari Raya Eidul Fitri telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bota Kanan Perak. Jamuan Hari Raya anjuran PKR Parit itu telah dihadiri oleh seramai 500 orang rakyat dari pelbagai lapisan dan golongan. Ianya turut dihadiri oleh Pemangku Pengerusi PKR Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim, Yang Dipertua Pas Parit Ustaz Hasan Johar, Mantan ADUN Bota Kapten(B) Usailli Alias, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak Saudara Faizal Efendi serta para pendokong parti yang lain. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Eric iaitu Setiausaha AMK Perak. Kemudian nya diikuti dengan ucapan perdana oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim.Di dalam ucapan ini, beliau telah banyak mengupas isu isu semasa termasuk halangan halangan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16hb September yang lalu. Isu-isu negeri Perak juga turut diulas dengan panjang lebar oleh beliau dengan harapan memberikan maklumat-maklumat semasa untuk rakyat.
Saudara Eric juga memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Perak bersetuju untuk melaksanakan satu skim takaful seperti takaful kafalah seperti di Kelantan, sekiranya berlaku ahli keluarga meninggal,kerajaan negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada waris simati.Namun begitusyarat utama simati mestilah berusia 65 tahun keatas.Beliau kemudian mempersilakan para hadiri menikmati jamuan hari raya yang ditempatkan di luar dewan.
Jamuan hari raya ini sederhana tetapi meriah kerana dihadiri oleh semua rakyat jelata tanpa mengira umur, jantina dan parti politik. Suasana pertemuan ini penuh ramah tamah sesama tetamu demi meningkatkan kefahaman dan perpaduan. Juadah yang disediakan juga amat menyelerakan. Bermula dari makanan seperti lemang, bihun sehinggalah kepada >muih tradisional melayu. Sebenarnya apa yang dihidangkan itu tidak menjadi keutamaan, tetapi keberkatan jamuan menjadi keutamaan. Ianya tidak perlu dibuat di hotel-hotel besar dengan makanan yang mahal mahal. Cukuplah sekadar ianya diadakan dibawah khemah serta dikawasan yang mudah untuk rakyat datang. Para tetamu yang hadir sungguh berdisiplin mengambil makanan dan minuman masing masing.
IWalaupunni skala jamuan tidaklah dianggap besar, tetapi cukup untuk semua para hadirin menjamu selera. Penulis cuma makan beberapa ketul kuih dan lemang,tetapi masih terasa kekenyangan hingga ke malam.
Ini berlainan sekali jika dibandingkan dengan Jamuan Rakyat anjuran UMNO yang selalu diadakan ditempat yang sama pada tahun tahun yang lepas.Walaupun jamuan mereka diadakan dengan skil yang besar-besaran, namun disiplin para jemputan berada ditahap yang rendah. Berlaku perebutan makanan, mengisi makanan dengan kadar yang banyak berbanding kemampuan untuk makan, membungkus makanan untuk dibawa pulang,sebelum jamuan selesai dan sebagainya.
Disebabkan hal-hal sedemikian selalu berlaku tidak cukup makanan kerana ada yang bersikap tamak.Jika kita mengambil jamuan rakyat sebagai contoh,akan memberi kesimpulan bahawa kekayaan negara sebenarnya cukup untuk semua rakyatnya sekiranya diagih secara adil dan menyeluruh.Terjadinya kepincangan dalam agihan ekonomi negara berlaku apabila terdapat pihak-pihak yang bersifat tamak haloba yang mahu membolot kekayaan tanpa menghiraukan dan menafikan hak hak orang lain.
Sambutan Hari Kemenangan Eidul Fitri ini akan diterusan lagi,apabila PAS Kawasan Parit juga akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 19 hb Okt 2008bertempat di Pusat Khidmat Masyaraat DUN Belanja, Kg Tengah Parit.Jamuan akan berlangsung bermula dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang.Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.Sesungguhnya aktiviti sebegini digunakan sepenuhnya oleh orang ramai untuk mengeratkan pertalian silaturahim sesama muslim.
msinc-terkenang kemeriahan jamuan TBO
Subscribe to:
Posts (Atom)