Thursday, August 14, 2008

Umno - kokok berderai -derai , kepala dan ekor bergelumang tahi


Oleh : Sang Kelulut
kelulut@telokbakong.com

Tarikh :14.08.2008

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26.08.2006 yang melibatkan tokoh paling berpengaruh diMalaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim membuatkan UMNO - BN terus melolong bagaikan disampuk puaka.

Lolongan ' Ketuanan Hak Melayu ' tidak jemu - jemu menjadi pembasah lidah para pencacai dan pemimpin bangkrap idea UMNO . Mereka tidak sedar bahawa dasar merekalah yang meracun secara senyap hak - hak yang sepatutnya dimiliki orang - orang Melayu .Tetapi bila UMNO diambang kemusnahan mereka mencari kambing hitam kononnya Hak Melayu semakin terhakis natijah kerjasama Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI.

Untuk rekod, Umno yang menentang Malayan Union pada tahun 1946 itu bukanlah UMNO yang ada pada hari ini. UMNO 1946 itu adalah gabungan 39 politik dan persatuan - persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura.Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1 - 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Kemudiannya dirasmikan dengan perlembagaannya sekali di Istana Besar , Johor Baharu.

Pada 1948 muncul pula Gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang juga acuan Malayan Union tetapi didalam bentuk yang berlainan. Timbul pula masalah " Jos Soli " yakni memberi kerakyatan kepada semua kaum yang berada di Tanah Melayu ini ditentang habis - habisan oleh orang Melayu .

Dalam hubungan ini , pihak Inggeris bersetuju untuk melaksanakan Jos Soli Terhad ( dengan syarat - syarat ketat). Gagasan Persekutuan Tanah Melayu ini ditentang oleh ramai orang Melayu dan juga parti politik Melayu .

Oleh kerana Inggeris menerima dan mengakui UMNO sebagai wakil orang Melayu maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini diterima pada 1 Februari 1948.

Adalah diyakini bahawa UMNO ini sendiri adalah benih penjajah yang telah disuburkan melalui kalangan orang Melayu sendiri . Pimpinan ini telah mendapat " ijazah" malahan menyuntik racun pecah dan perintah yang telah begitu lama membius jasad serta fikiran orang Melayu .

Prof Dr Ramlah Adam pernah menulis dalam buku beliau berjudul " Gerakan Radikalisma DI Malaysia 1938 -1960 m/s 412 ".......maka termeterailah Perlembagaan 1957 yang memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu tetapi menghapuskan ketuanan orang Melayu untuk selama - lamanya.Sejak tahun 1948 penerima Jos Soli Terhad tidak pernah diambil berat dan tidak pernah dikaji dan diperketatkan oleh orang melayu ( UMNO).Apabila Suruhanjaya Reid menggubal Perlembagaan Tanah Melayu untuk kemerdekaan , masalah ' kerakyatan' tidak timbul lagi.Inilah yang dimaksudkan oleh Ramlah Adam " Hapus untuk selama - lamanya " .


Kini UMNO dan gerombolan cucu cicit mereka meraung, melolong lagi tentang "ketuanan" .Jenis apakah mereka ini adakah setelah hilang 2/3 majoriti baru tersedar taraf 'tuan" sudah hampir lucut ? . Ketika memenuhi kerusi di parlimen siapakah yang mengkhianati bangsa Melayu?


Bagaimana kedudukan ?


* Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
* Tanah rezab melayu
* Biasiswa kepada pelajar
* Agama Islam sebagai agama rasmi
* Kepentingan tulisan jawi
* Kedudukan Raja - Raja Melayu
* Sistem kehakiman dan perundangan
* Rasuah dan salah guna kuasa
* Singapura terlepas ( zaman siapa memerintah ? )
* Pulau Batu Putih ( baru terlepas)
* yang lain cari sendiri...


Inilah agaknya nilai - nilai ketuanan versi Umno dalam suasana politik Malaysia yang penuh ketidakjujuran namun fakta sejarah tidak pernah berbohong.Cuma terpulang kepada rakyat kalau mahu terus bertuankan UMNO sejarah membuktikan merekalah yang menjual kehormatan Malaysia. Jika mereka terus diberi kuasa bermakna "bius" penjajah masih ada ditangan UMNO .

No comments:

Linkwithin