Saturday, May 24, 2008

Lawatan MB Perak Ke Padang Marhum Kg Telok Bakong 26hb Mei

Sempena lawatan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Seri Ir.Mohammad Nizar bin Jamaluddin pada 26 hb Mei 2008 ke Daerah Perak Tengah nanti,beliau juga turut berkesempatan untuk merasmikan Kilang Minyak Burung Unta (Ostrich) MS Worldwide Manufacturing (M) Sdn Bhd yang terletak di Padang Marhum,Kg Telok Bakong.Syarikat ini adalah syarikat Bumiputera yang sedang berkembang pesat.MS Worldwide ini dijangkakan akan menubuhkan cawangan di Bandar Seri Iskandar dan Shah Alam.Buat masa ini barangan syarikat telah berjaya dieksport ke luar negara.Perkembangannya yang begitu pesat telah menjadi kebanggaan penduduk Kg Telok Bakong.
Lawatan ini merupakan suatu kebanggaan kepada warga Telok Bakong,kerana inilah masanya rakyat dapat mengenal dan beramah tamah dengan beliau.Menurut Y.B Usailli Alias,kesempatan sebegini sepatutnya diambil oleh orang ramai untuk mengenal dengan lebih dekat pemimpin mereka.Beliau juga menyatakan bahawa Y.A.B Menteri Besar akan memberi kelonggaran untuk rakyat berjumpa dengan nya tanpa protokol yang ketat.Selanjutan dari itu, pemilik MS Worldwide iaitu Encik Shahrom bin Shahidan telah berbesar hati menyediakan suatu jamuan rakyat diperkarangan kilang tersebut.Dari sumber-sumber tidak rasmi seekor lembu akan ditumbangkan.Beliau menyeru agar warga Telok Bakong sama-sama hadir untuk meraikan lawatan tersebut dan bersama-sama menyertai jamuan yang diadakan itu.Y.A.B Menteri Besar dijangkakan akan meluangkan masa di Kg Telok Bakong selama satu jam sebelum bertolak ke Kg Gajah. Lawatan tersebut dijadualkan bermula pada pukul 2.15 petang.
Oleh itu,diseru kepada semua warga Telok Bakong khasnya dan orang ramai amnya untuk datang beramai-ramai kemajlis perasmian ini,bagi menunjukan sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat ini.Bersama-samalah kita meraikan kedatangan Y.A.B Menteri Besar Perak ini dengan penuh mesra dan berhemah.Luangkanlah sedikit masa anda dan hebahkan berita lawatan ini kepada saudara mara dan rakan taulan.Ini merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk kita berjumpa dan berkenalan dengan beliau.Mungkin ada pesanan yang mahu beliau sampaikan kepada kita semua.

No comments:

Linkwithin