KUALA LUMPUR: Rata-rata panelis
forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat
Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.
Dr Mahathir dipersalahkan kerana
menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek
IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah
menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua
Daerah Sandakan.
Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar,
Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa
kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil
kelahiran.
Katanya, semasa Sabah di bawah
pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak
kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan
persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.
“Gunung berapi dalam dada saya sudah
mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,”
katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Di Petik Dari Blog Mae
Photo By EnoAsan Telok Bakong Online
No comments:
Post a Comment