Showing posts with label Nagabersembor. Show all posts
Showing posts with label Nagabersembor. Show all posts

Friday, June 21, 2013

MALAM MENJELANG HIMPUNAN BLACKOUT #505 DI PADANG MERBOK KL

 Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi

 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

 Suasana di dalam dewan

 Skrin di pasang di luar dewan 

 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 

Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi

Sunday, June 2, 2013

Sekitar Majlis Kenduri Rakyat Sempena 5 Tahun MUAFAKAT Di Madrasah Tarbiah Kg Banda Dalam


Majlis Kesyukuran sempena lima tahun penubuhan Muafakat dan terselamatnya tujuh buah kampung Melayu warisan di sekitar ibu kota daripada dimusnahkan oleh kerajaan BN dalam Draf Rancangan Kuala Lumpur 2020

Pengerusi Muafakat, Hj Ishak Surin berpesan kepada anak-anak muda agar pertahankan kampung warisan tidak kira orang Melayu ,Tionghua dan India kalian nanti jangan jadi bangsa Palestin yang di tindas , kita tolak 1 Malaysia , kita mahu Malaysia Bersatu,  dan   lawanlah  penipuan licik oleh golongan penindas



 Lauk pauk masakan kampung yang amat menyelerakan 

Kenduri Rakyat 


Sunday, May 19, 2013

KEMPEN PRU 14 SUDAH BERMULA , CERAMAH POST MOTERM PRU 13 DI TAMAN MELEWAR

Sekitar Ceramah Post Mortem PRU 13  yang berlangsung  
di Dataran markas Tarbiah PAS   Taman Melewar anjuran 
PAS kawasan Batu malam tadi  

 Barisan penceramah yang hadir

Antara ratusan rakyat yang hadir memenuhi Dataran Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar  malam tadi untuk mendengar penjelasan megenai penipuan Piliharaya baru-baru ini

 Antara barisan penceramah yang hadir malam tadi

Tamrin Ghafar hadir   membuat pendedahan mengenai peristiwa sebenar
 punca berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 

 Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
 mendedahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR .

 Kehadiran rakyat yang ramai hadir ceramah malam tadi  

 Kempen PRU 14 kita sudah  bermula awal sekarang

ambik kesempatan bergambar bersama YB  Nurul Izzah selepas habis ceramah 

Saturday, April 27, 2013

Gambar Sekitar Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak BN Berarak ke Bagunan UMNO (PWTC)












 Sekumpulan mahasiswa dan anak muda hari ini berarak dari Dataran Merdeka dan berkumpul secara aman berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  bagi menyatakan bantahan terhadap Umno-Barisan Nasional.


Friday, March 29, 2013

UPDATED BERITA DAN Gambar Sekitar Ceramah Anwar Ibrahim Jelajah Merdeka Rakyat Di Gombak














Ceramah berlangsung di tapak pasar malam MPS  Gombak
Photo By EnoAsan

Anwar umum Azmin pertahan Gombak, Tian Chua di Batu

(Oleh: Sidiqin Omar)
GOMBAK 30 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Presiden KEADILAN , Mohamed Azmin Ali mempertahankan Parlimen Gombak, manakala Naib Presiden Tian Chua di kerusi yang dimenanginya di Parlimen Batu.

Anwar mengumumkan demikian pada ceramah perdana Merdeka Rakyat di PPR Bandar Baru Sentul dan Tapak Gerai MPS, Wira Damai, Gombak malam tadi.

Katanya, Azmin yang bermula sebagai pegawai kepadanya, muncul sebagai tokoh politik terkenal, dan kini merupakan pengarah pilihanraya bagi KEADILAN.
“Saya bincang dengan pimpinan parti dan kita minta supaya dia supaya terus mempertahankan dan menjadi Parlimen Gombak,” kata Anwar disambut tepukan hampir 5,000 hadirin di Gombak.

Terdahulu sebelum itu, Anwar turut mengumumkan Tian sebagai calon di parlimen Batu di hadapan lebih 3,000 hadirin di jelajah padang PPR Bandar Baru Sentul.
“Sebab Tian tegas di luar dan di dalam parlimen. Yang salah dia kata salah. Yang benar dia kata benar. Jadi beri mesej untuk mempertahankan Tian Chua di (parlimen) Batu dan kawan-kawan terutamanya anak muda kena bantu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendapat maklumat, serangan Umno-BN akan ditumpukan terhadap tiga pimpinan KEADILAN iaitu Azmin di Gombak, Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan Rafizi Ramli (Pandan)

“Saya dapat maklumat dari sebelah Datuk Seri Najib. Ini tiga kawasan (ditandingi) KEADILAN. Sebab Datuk Seri Najib bagi arahan khusus dengan apa cara jua pun mesti kalahkan Azmin di Gombak, dan Rafizi Ramli di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai.

“Di Permatang Pauh dia sukar, kerana habis dia dah fitnah. Sebab itu kita nak jawab Umno-BN dan Datuk Seri Najib. Bukan kamu yang tentukan. Tapi Insya Allah, rakyat yang akan tentukan,” kata Anwar disambut laungan Reformasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48659


Linkwithin