Sunday, March 22, 2009
PRK KITA BUKAN MAHU MENANG.....KITA MAHU MENANG BESAR
Bengkel Kepimpinan Umno telah mengusulkan kemungkinan kakitangan awam dibenarkan berpolitik.Diketahui umum golongan gred A dilarang terlibat dalam kancah politik.Adakah ini langkah bijak dari Umno setelah sokongan dari rakyat semakin merundum.Mengikut tinjauan kumpulan sokongan kakitangan awam ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.Dari buruh semuanya semakin membenci Umno.
Langkah ini bakal memakan diri.Sama ada di laksanakan atau tidak tidak memberi faedah kepada Keajaan BN.Percayalah larangan tersebut selama ini hanya membuatkan golongan profesional kerajaan di halang dalam proses menyuburkan demokrasi.Hasilnya undian mereka majoritinya berpihak ke Pakatan Rakyat.
Dijangkakan 6 juta pengundi baru akan mengundi pada PRU 13.Majoritinya adalah golongan muda yang pasti akal pemikiran mereka sudah terdedah dengan kelaku sumbang mambang pemerintahan BN selama ini.Kadar peratusan mereka yang membaca media alternatif hampir mencecah 90%.Inilah rakyat yang menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding pada PRU 13 kelak.
Strategi seharusnya sudah di gerakkan oleh Pakatan Rakyat,Bloggers2 PR dan penyokong PR untuk menarik golongan ini.Setiap orang ada peranannya.Jangan kita mendabik dada kitalah juara dalam Pakatan Rakyat.Usaha kitalah yang menjamin kemmenangan mutlak kelak.Penyokong PAS ada caranya,Pro Keadilan ada acunya begitu jua DAP ada tekniknya.Matlamat sama hasrat sama cuma perlaksanaannya mungin sedikit berbeza.Jangan jadikan itu suatu masalah sesama kita.
Kita bukan sekuat mana lagi,PRU 12 kita telah dibantu oleh undi dari ahli Umno sendiri dalam kemenangan beberapa negeri.Yang kita sanggah adalah golongan atasan yang mabuk kuasa.Yang perlu kita tarik adalah rakyat dan ahli umno biasa yang menjadi jumlah pengundi terbanyak.Maka pendekatan harus sesuai dengan situasi tertentu dalam mengerakkan jentera PR.Mat Rempit ada menyuarakan keinginan mereka bersama jentera PR dalam berkempen.Namun ia di pandang sinis oleh segelintir penyokong PAS.Inilah satu contoh kegagalan penyokong PAS memahami hasrat pucuk pimpinan PAS sendiri.Sama2lah kita berubah untuk kebaikan bersama.
Tunjukkan kepada rakyat komitmen kita.Tanpa rakyat siapalah Pakatan Rakyat.Buat saudaraku dari Umno kami sedia menyambut kehadiranmu ke dalam Pakatan Rakyat.Tanyakan didalam hatimu mengapakah situasi politik semakin kacau didalam Umno.Kerana ahli sendiri pun ditipu hidup - hidup oleh pemimpin atasan Umno dan BN.Sama-sama kita membantu PR di Bukit Gantang,Bukt Selambau dan Batang Ai.Jangan terpedaya khabar angin kita sudah menang....Bila tengok berita TV3 suku kena faham terbalik.Baru betul berita songsang tu.
KITA BUKAN MAHU MENANG,KITA MAHU MENANG BESAR
Penulis:
KTB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment