Wednesday, March 25, 2009
Kerusi DUN Bukit Lanjan akan dikosongkan, selepas PRK 2 Bukit 1 Batang ?
kelulut@telokbakong.com
25.03.09
Pada jumaat lepas setelah selesai solat penulis bertemu dengan seorang kenalan.Dia antara individu yang rapat dan merupakan sebagai orang penting di Parlimen Bandar Tun Razak .
Kami bekerja di bangunan yang sama ,tetapi sejak beliau diamanah untuk membantu YB Tan Sri Khalid Ibrahim kami jarang bersua.
Pada pertemuan tersebut penulis bertanya tentang YB Eli apakah akan diterima perletakan jawatannya sebagai ADUN ?.
Beliau menjawab ; " akan letak jawatan , lagi pun itu kawasan kita "( Pakatan) ujar beliau sambil tersenyum .
Penulis menjangkakan Eli akan tetap ' bersara' awal memandangkan kes gambar separa bogel tempohari adalh terlalu berat . Lagi PKR sekarang ini semakin dilanda kemelut dalaman termasuk kes Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang .
PKR sebelum ini digambarkan sebagai parti yang telus.Maka pasti PKR mahu menunjukkan contoh yang terbaik.Pada hemat penulis mereka sedang menjalani ujian kemahiran pentadbiran .
Jika PKR gagal bertindak secara wajar pastinya kreadibiliti pimpinan akan terjejas.
Berbalik kepada kes Adun Bukit Lanjan , keputusan penuh samada ada dikosongkan atau tidak adalah bergantung kepada prestasi PR di Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai.
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment