Tuesday, May 6, 2008

Syair Cak Kun Cak

Oleh Msinc
Negara sekarang heboh dengan isu kenaikan harga beras yang merupakan makanan ruji kebanyakkan rakyat Malaysia.Kesannya keatas ekonomi rakyat adalah membimbangkan.Apa yang pasti kesan keatas penduduk semestinya semakin perit,lantaran kenaikan harga minyak telah mendorong kepada kenaikan harga barangan lain.Dalam jangkamasa dua minggu kebelakangan ini harga minyak mentah dipasaran dunia di sekitar USD 117 sebarrel.Belum lagi selesai kita bergelut dengan harga minyak ini,harga beras pula telah meningkat.
Kenaikan harga beras ini,walaupun menjadi bebanan kepada rakyat,ianya dapat meningkatkan pendapatan pesawah-pesawah.Sebelum kenaikan harga beras,setiap tan adalah bernilai RM710 termasuk subsidi.Maka selepas kenaikan,tentulah nilai per tan akan bertambah.Mungkin kita dapat mengambarkan senyuman pada pesawah-pesawah kita.Kenaikan harga beras ini dijangkakan dapat meninggikan lagi taraf hidup masyarakat kampong.Persoalannya,sejauh manakah masyarakat kampong terlibat disektor ini?
Di Kampung Telok Bakong, keseluruhan kawasan sawah padi adalah lebih kurang 200 ekar.Dari jumlah diatas 120 ekar diusahakan oleh “orang luar”(harap anda faham maksud “orang luar”tersebut )Manakala selebihnya dijalankan oleh petani tempatan.Orang luar ini telah mengambilalih tanah sawah kampong secara sewa sejak 20 tahun yang lalu didalangi oleh orang-orang tempatan sendiri.dalam usaha mereka mengekalkan tanah ini dari diambil oleh petani tempatan,mereka telah melakukan perbagai cara yang dianggap sebagai mengambil kesempatan dan mengianayai penduduk kampong.Sebagai contoh, dengan mengadakan perjanjian sewa tanah yang tidak dinyatakan dengan tepat tarikh tamat tempoh telah menghalang tanah tersebut dari diambilalih petani tempatan.Pernah juga berlaku kejadian dimana tuan pemilik tanah langsung tidak mengetahui tempoh sewa telah dilanjutkan.Sedar-sedar perjanjian telah ditandatangani.Siapa yang tandatangan perjanjian tidak diketahui.Mungkin hantu kot? Kadar sewa adalah tidak seragam,dengan kata lain,mana orang yang mereka boleh makan, akan diberi kadar sewa yang rendah.
Taktik terkini yang dilakukan oleh petani luar ini ialah menaikkan kadar sewa kepada RM 280 seekar. Sekiranya taktik ini berterusan, nescaya ramai orang kampong akan menyewakan bendang mereka kepada petani luar ini.Manakala bendang bendang yang selama ini diusahakan oleh petani tempatan ini akan jatuh ketangan petani luar ini.Akhirnya keseluruhan kawasan sawah akan dikuasai sepenuhnya.Lebih menyedihkan apabila mereka memonopoli,mereka akan menurunkan kembali sewa bendang.Itu taktik biasa mereka.Oleh itu hendaknya orang kampong berwaspada helah dan tipu muslihat mereka ini.
Setelah sekian lama kita dieksploitasi oleh mereka-mereka ini,diatas bumi kita sendiri,sanggupkah kita melihat orang luar ini berterusan menghisap madu dari tanah tumpah,ibu pertiwi kita,sepahnya diberi kepada kita?Apa nikmatnya yang telah kita perolehi dari kawasan sawah padi kita yang luas terbentang itu.Apa sumbangannya kepada pembangunan kampong?.Apa manfaatnya kepada generasi muda?.Dapatkah ibu-ibu kita menanggung sara hidup mereka semata-mata hasil dari sewa bendang?
Tidak dinafikan,segelintir petani tempatan telah membuka mata dan mula mengambilalih secara beransur-ansur tanah dari orang luar ini.Tetapi perkembangannya amat perlahan disebabkan oleh isu-isu teknikal seperti perjanjian dan tarikh tamat tempoh.Selain itu petani tempatan berhadapan dengan masalahan ketidakpercayaan tuan tanah terhadap keupayaan petani tempatan untuk mengusahakan tanah mereka.Mereka beranggapan petani tempatan bersikap tidak serius serta kurang pengetahuan.Sikap seperti ini sememangnya telah lama bersarang disanubari orang kita yang selalu saja tidak yakin kepada bangsa sendiri.Persoalannya,siapa yang boleh membangunkan bangsa kita?.Orang lain tidak akan menolong kita melainkan kita sendiri mengambil langkah membuka minda dan proaktif.Oleh itu berilah keyakinan dan sokongan moral kepada petani tempatan ini.Sehingga kini telah terdapat lebih dari 5 orang petani tempatan yang telah berjaya mengusahakan sawah di kampong.Syabas buat mereka dan teruskan usaha anda.
Apa manfaatnya sekiranya semua kawasan sawah dapat diusahakan oleh petani tempatan?.Ianya haruslah dinilai melalui sudut ekonomi dan sosial.Sekiranya petani tempatan yang mengusahakan sawah,sumbangan ekonomi yang paling besar yang dapat dijangkakan ialah resapan kebawah atau “trickle down effect”.Disebabkan adanya sektor penanaman padi yang dijalankan oleh petani tempatan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada belia-belia dikampong.Belia-belia seperti Rock Bendang, Gendut, Tuah (sekadar menyebut beberapa nama)akan lebih mudah mendapat pekerjaan.Bukan semua belia mampu untuk berhijrah kebandar-bandar besar untuk mendapatkan pekerjaan yang upahnya lebih lumayan.Pemuda-pemuda seperti Rock Bendang terpaksa menetap dikampong untuk membela nasib keluarga dan menjaga ayahnya yang uzur.Belia-belia ini lah merupakan harapan dan pembela orang kampong.Mereka-mereka ini lah yang bertungkus lumus mengali liang lahad sekiranya berlaku kematian dan menolong dalam setiap kenduri kendara.Tidak termasuk lagi menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan kejiranan.Jasa mereka ini harus kita hargai dan sanjung.Malah Tuah lah orangnya yang bertungkus lumus mengantung bendera PAS dan PKR disetiap penjuru kampong.Suatu sumbangan yang amat saya kenang.Jadi, kalau kome ada balik ke kampong,jumpe ngan Tuah ,belanje dia minum kedai Kulop..he..he..
Faedah selanjutnya,ianya akan membangunkan sektor sektor sampingan seperti gerai-gerai jualan makanan,kedai-kedai runcit,bengkel bengkel membaiki kenderaan, kerana setiap aktiviti penanaman padi ini akan mengunakan perkara yang disebut.Pekerja sawah akan membeli makanan dsb,keuntungan petani akan digunakan untuk membeli barangan keperluan dari kedai runcit di kampong.Sekiranya petani luar,dia semestinya membelanjakan keuntungan di kawasan asalnya.Jadi rantaian rantaian inilah yang akan memangkin pembangunan.Aktiviti ekonomi masyarakat kampong mestilah digerakkan,semakin laju ekonomi bergerak semakin membangunlah sesuatu masyarakat itu.Ini belum lagi diambil kira zakat tanaman dan sedekah yang diberi oleh petani tempatan ini kepada masyarakat kampong yang mana ianya akan digunakan untuk membantu masyarakat yang fakir.Tak mungkin petani luar tersebut akan bersedekah atau mengeluarkan zakat.
Oleh itu diseru kepada semua penduduk kampong supaya memberi sokongan kepada petani tempatan ini.Masyarakat haruslah mengubah sikap tidak percayakan orang sendiri.Beri sokongan kepada mereka.Manakala dari pihak kepimpinan yang ada sekarang hendaklah menjalankan kajian dan kaedah untuk membolehkan tanah-tanah bendang diambil kembali.Janganlah jadi seperti kepimpinan yang lalu,bukan sahaja tidak menghiraukan perkara ini malah sesetengahnya,bersengkongkol dengan petani luar demi kepentingan mereka sendiri.Ianya boleh dilakukan,negeri pun boleh di ambil,inikan pula tanah bendang.Bagaimana dengan masalah modal sekiranya pengambilalihan berjaya dilakukan?Mahukah individu selain dari kumpulan petani tempatan ini,melibatkan diri,Bagaimana caranya?.Kita akan mengunakan luang-luang ini untuk sama-sama memikirkan.Mungkin saya akan bincangkan di artikel mendatang. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.kalau hendak seribu daya,kalau tak nak seribu daleh.Hak masyarakat mesti dikembalikan.Kita bukan hendak merampas hak mereka.Kita cuma mahukan hak kita kembali.Kita tak kacau dan usik hak mereka, Cuma mahukan supaya hak hak kita tetap ditangan kita untuk membela nasib orang kita.Pulanglah ketempat asal mu…tempat asal mu..

1 comment:

nagabersembor said...

aku memang respek betul ngn rockers bendang tu...sanggup mengorbankan masa di usia muda camtu utk koje di bendang , selalunya usia2 camtu udah leboh lari ke kelumpo koje,,tapi dia masih lg mengekallakn pekerjaan tradisi di bendang..tak kire panas hujan (panah lintor cabut le die)

Aku pun dah lama x jumpe rockers bendang tu last jumpe pun bulan 12 thn lepas saje kebetulan terjumpa nyembang ngn dia...dia ckp ini koje aku bnyk tuko2 tempat koje bendang kejap sane kejap sini x kira tempat..

tp takpele yg penting semagat dia nak koje bendang begitu kuat sekali , boleh menjadi icon kpd generasi muda di kampung utk bekerja kg, mana tau satu hari nanti dpt membela nasib org kg yg ade bendang yg tertindas oleh petani luar ( paham2 je le petani luar...time nanam pakai kete atau motor buruk , time menuai pakai mercedes heehhee) ..

hidup bendang telok bakong!!!!!

Linkwithin