Tuesday, August 11, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT


by msinc


Tarikh : 16hb Ogos 2009 (Ahad)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Rumah Sdr. Faizal Effendi Bin Hasim
Kg Durian Kudong,Bota Kanan.


TETAMU KHAS:-

YAB DATO SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
(Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak)



Majlis disertakan bersama dengan kenduri semperna menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.Dijangkakan, Dato Seri Mohammad Nizar akan mengupas tentang ura ura akan berlaku pembubaran DUN pada masa terdekat ini.Beliau juga akan membuat penjelasan tentang isu SUK di tutup dan juga penerangan pada isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.Pemimpin Pakatan Rakyat yang dijangka turut hadir ialah Ustaz Hassan Johar dan Haji Usaili Alias serta pemimpin tempatan yang lain.Orang ramai amat dialu-alukan untuk hadir dan bersama sama meraikan Dato Seri Mohamad Nizar disamping mendengar amanat dan pesanan dari beliau.Pihak TBO akan membuat liputan di majlis tersebut.

3 comments:

colea said...

hai unke....ngape gune nama telok bakong bagi propaganda pkr, name kan aje web rasmi pkr kan bagus..

Budak Sekolah Lambor said...

suke ati deme le yang mike sebok ape pase...

penen ke?

TBO said...

keme org telokbakong ikut suke keme le dalam tu ade pAS ade PKR dan ade UMNo he he

Linkwithin